4 ;

3.3K 432 58
                                    

Jungkook terjaga dari lenanya , wajah Kim Yoojung ialah wajah pertama yang menghiasi ruangan matanya.

Perlahan dia mendengus , selimut diselak perlahan. Bathrobe yang tergantung di bucu katil dicapai lalu dipakai.

Bunyi telefon yang berdering menarik perhatiannya.

Dalam keadaan mamai , dia melihat mesej - mesej yang diterimanya.

Jung Hoseok

aku dah dapat maklumat dia.

seperti yang kau cakap , dia bekerja sebagai EMF. Bukan hanya di Korea tapi di merata dunia.

aku akan uruskan semuanya.

Tersenyum Jungkook saat menerima mesej tersebut. Dia menggelengkan kepalanya lalu segera masuk ke dalam bilik air.

⚪️⚪️⚪️

Sebuah beg bagasi diheret oleh Jeon Jungkook menuju ke sebuah tempat. Dia memasuki kawasan banggunan tersebut berseorangan dengan bersahaja tanpa rasa gentar.

Apa yang ingin diberikan ini bukanlah dadah atau syabu yang sering dimarket olehnya. Tetapi tiada yang mustahil dalam Black Hustle , mereka mempunyai segalanya.

Melihat orang yang ingin berjumpa ada di hadapan. Dia melepaskan beg yang dipegang.

"Mana barang yang kau janjikan?"

"Ada dalam keadaan baik. Tapi tak akan jadi baik kalau kau tak serahkan dulu duit tu" Jelas seorang lelaki sambil menayangkan sebuah beg berwarna hitam di hadapan Jungkook.

"No that thing , no money" Angkuk Jungkook berbicara.

"No money , no that thing" Lelaki itu kembali membidas kata - kata Jungkook.

Jungkook mencampak beg bagasi yang berada di sebelahnya. Konco - konco lelaki yang berurusan dengannya segera memastikan wang tersebut berada di dalam bagasi itu.

Melihat duit sudah diberikan kepadanya. Dia membaling beg hitam itu ke arah Jungkook. Dan dia juga melakukan perkara yang sama , memastikan benda yang dia inginkan berada di dalam beg itu.

"Well , aku tak sangka gangster macam kau perlukan Eagle Eye. Aku tak rasa kau perlukan—"

"Aku bukan gangster murahan yang hanya menjual dadah. Aku penjenayah , ketua kumpulan penjenayah...

so .. Kim Taehyung. Kita dah selesai berurusan" Jungkook menoleh ke arah seorang perempuan yang berada di sebelah lelaki itu.

"Dan Kim Deu Rim , welcome back"

Jungkook melangkah pergi sambil membawa eagle eye yang sudah dibeli olehnya sebentar tadi.

" Jeon Jungkook !"

Jungkook tersenyum mendengar jeritan Deu Rim. Dia meneruskan langkahnya keluar daripada banggunan itu.

" i found you baby girl"

[2019]GangstarismWhere stories live. Discover now