。 •́ ✿ ( 01 ) ✿ •̀ 。

34.5K 543 18
                                    

💋 💋💋

Nine years ago

Amri menyandar belakang badannya pada kereta BMW miliknya. White coffee yang di beli tadi di teguknya sambil matanya melihat pergerakan pelajar yang lalu - lalang di hadapannya. Senyuman manis di hadiahkan pada pelajar perempuan yang tersengih - sengih memandangnya. Susah juga jadi lelaki pujaan ramai ni.

Air tin yang sudah di habis di teguknya di campakkan masuk ke dalam tong sampah yang berada berdekatan dengannya. Beg sandar di gapai dan terus dia menuju ke kelasnya. Sambil matanya melihat sekeliling. Matanya tertacap pada seorang perempuan yang baru saja melintas di hadapannya. Gadis itu sedang gelak ketawa bersama seorang lelaki. Amri mengamati perempuan itu. Rambut coklat ikal mayang, baju putih sekolah yang ketat membalut tubuh montok perempuan.

Amri tersenyum sinis. Perempuan yang menjadi perhatiannya sejak akhir ini. Dengan langkah besar, Amri berjalan mendekati perempuan itu. Dengan sengaja bahunya menolak tubuh perempuan itu.

"Ops sorry," Amri tersenyum nakal, perempuan itu sudah menjegil matanya. Mukanya merah menahan marah.

"Bro, tak nampak ke?" Lelaki yang bersamanya mula menolak tubuh Amri. Namun Amri hanya mengangkat bahu saja dan terus dia berlalu dari situ.

"Baby, are you ok?" Lelaki yang bernama Syafiq itu menyoal kekasih hatinya.

Gina sudah menahan geram. Matanya tajam memandang kelibat Amri yang sudah hilang dari pandangannya. Dia benci lelaki itu. Lelaki yang selalu memandang dengan sinis, seperti dia ni seekor kuman saja. Dia kenal lelaki sombong itu, kawan Naqib. Walaupun mereka tidak pernah bercakap, namun di mata lelaki itu jelas menunjukkan segala. Setiap kali dia bersama Naqib, lelaki itu mesti ada sama. Pandangan mata mereka berdua menunjukkan kebencian.

💋💋💋

"Naufal dengan Naqib mana?" Asy menyoal Amri yang termenung jauh memandang padang sekolah yang kosong itu.

Amri mengangkat bahu tanda tidak tahu. Air tin miliknya di teguk menghilangkan rasa hausnya. Asy sudah mencebik, geram dengan perangai kawan baiknya ni. Bungkusan nasi lemak yang di beli tadi, di buka. Perut sudah berbunyi. Waktu rehat itu di isi sepenuhnya, waktu makan dia sila jangan ganggu.

"Asy.."

"Pe?" Asy menyahut panggilan Amri dengan mulutnya penuh, nampak tak senonoh namun apa yang di kisahnya. Asy menunggu ayat seterusnya dari Amri namun tiada pula. Eh mamat ni, kalau aku sepak memang tak jadi apa pun.

"Kau apahal ni? Macam orang putus cinta je?"

Diam. Tiada sahutan dari Amri. Asy dah bengang apabila soalaannya tidak di jawab.

"Babi betul," Carut Asy perlahan, namun masih di dengar oleh Amri dan tidak ambil hati pun mengenai itu.

"Ssup!" Naufal yang tiba - tiba muncul terus menyapa, belakang Asy di tepuknya kuat sehingga Asy yang masih mengunyah itu tersedak. Terbatuk - batuk Asy mencari air miliknya.

Naufal sudah tergelak melihat Asy yang sudah separuh nyawa tu.

"Sumpah kau anjing Fal, sumpah bodoh. Kau nak aku mati ke?!" Tengking Asy, matanya sudah berair menahan perit di tekaknya. Bodoh punya kawan!

Naqib dan Azra yang juga tiba bersama Naufal sudah geleng kepala, penat dengan karenah mereka berdua. Ada saja akal mereka mahu mengenakan sesama sendiri.

"Well, ni kes aku nak balas dendam pasal semalam ok," Naufal menjeling Asy yang memandangnya dengan mata merah. Kepalanya masih teringat kejadian semalam.

TEASEOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz