。 •́ ✿ ( 06 ) ✿ •̀ 。

28.8K 612 86
                                    

💋💋💋

"Oh my god, hi Adam Ashaf," Gina menunduk mengusik pipi montel Adam yang duduk diam dalam stroller. Adam dengan mata bulatnya memandang wajah Gina dengan bibirnya ternganga menunjukkan gusi comelnya. Tangan kecilnya cuba untuk mengapai wajah Gina.

"Aaa Azra! Baby you cute sangatlahhhh!"

Azra tersenyum kecil, matanya melihat tubuh sihat anaknya. Sudah mahu masuk 6 bulan, tubuh anaknya makin montel dan bulat dan of course makin nakal!

"Well, tengoklah mak dia siapakan?"

Terlepas ketawa kecil Gina, "Tapikan, makin lama I tengok muka Adam ni, ada iras – iras muka Naqib sikit. Nanti, bila besar mesti ikut muka Naqib. Hensemlah anak you nanti," Sudah mak ayahnya cantik dan kacak, tidak boleh bayangkan wajah anak Naqib dan Azra nanti.

Azra hanya gelak saja, "Susahlah I nanti kalau anak I hensem besar nanti,"

"Tak apa, i cop anak you anak awal – awal. So tak payah nak pening dengan siapa girlfriend dia nanti. Sebab girlfriend anak you, is my daughter soon,"

Terus terlepas gelak Azra dengan kata – kata Gina tadi. Ada saja akal gadis itu, berbeza dengan Gina yang dia kenal dahulu.

"Eh I dah lapar, jom makan dulu,"

Hari ini, sengaja Gina mengajak Azra keluar sebab dia bosan yang teramat. Lagipun sudah lama tidak berjumpa dengan Azra sejak Azra bersalin hari itu. Mardiah tidak dapat turut serta sebab ada hal keluarga katanya. Sekarang ni hubungan Mardiah dengan Naufal agak goyah. Dengar dari pihak Mardiah yang Naufal ada perempuan lain katanya. Tapi apa – apa pun, dia doa yang terbaik untuk mereka. Amri pula tiada sekarang ni, sudah 2 minggu tiada sebab outstation jadi dia keseorangan tiada teman.

"Amri balik bila?" Azra menyoal sambil membetulkan kedudukan Adam yang makin lasak, tidak mahu duduk dalam stroller. Adam mula meronta, minta di dukung. Ni semua salah Naqib, Naqib rajin sangat layan karenah anak lelakinya ini. Setiap masa dikendongnya Adam sampai jadi kebiasaan Adam mahu duduk dalam tangan mereka. Pantang letak sekejap, mula merengek minta di dukung kembali.

"Today! Petang nanti flight dia sampai, nanti lepas ni I terus gerak KLIA nak pickup dia," Gina mengatakan dengan gembiranya, sebab dia rinduuu dengan Amri sekarang ni. Tak sabar nak jumpa Amri nanti.

Azra tersenyum kecil, nampak riak wajah Gina yang gembira itu. Siapa sangka yang Gina akan bermain cinta dengan Amri? Sedangkan, Gina yang dia kenal dahulu amat gilakan Naqib. Sekarang? Amri yang menjadi pilihan hatinya. Tidak tahu, kuasa apa yang Amri guna sampaikan Gina yang dulu boleh jadi sopan sebegini.

"So... you guys punya majlis lagi 4 months kan? How preparation wedding you guys? Okay?"

Soalan Azra buatkan Gina diam sejenak. Kepalanya menunduk melihat jarinya yang berhias dengan cincin tunangnya.

"Okay, semua okay..." Bibirnya cuba untuk mengukir senyuman, menutup rasa gusar yang dirasanya.

"Are you okay?" Azra bertanya sebab dia dapat tangkap riak wajah Gina yang seakan sedang memendam sesuatu apabila topik ini dibangkitkan.

"i- tak tahulah Azra. I takut, I takut tak mampu nak pegang title seorang isteri nanti. I sayang Amri, and of course I nak yang terbaik untuk dia, but I takut I tak mampu. Banyak sangat kekurangan dalam diri I ni Azra,"

Azra mencapai tangan Gina dan di genggamnya erat.

"Hey, listen. I know you akan jadi yang terbaik untuk Amri. You guys memang ditakdirkan untuk bersama. I tahu you mampu isteri yang terbaik untuk Amri," Kata – kata Azra cuba untuk memujuk Gina. Dia faham apa yang di rasai oleh Gina sebab dia dulu seperti Gina. Dia rasa apa yang Gina rasa sekarang. Apabila melangkah masuk ke alam perkahwinan, tanggungjawab mereka akan berubah.

TEASENơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ