。 •́ ✿ ( 07 ) ✿ •̀ 。

29.3K 531 46
                                    

💋💋💋

Pinggan yang baru dibasuh dilap dengan kain kering. Kemudian di susun elok di dalam cabinet. Selesai dengan kerja mengelap, Gina menuju ke peti ais lalu dikeluarkan bahan – bahan untuk masak tengah hari. Jam sudah mahu menunjukkan pukul 11 pagi. Hari ini dia terlewat bangun, sakit kepalanya masih bersisa membuatkan dia terlajak tidur. Amri masih terlena di biliknya. Baru pulang sudah tentu penat kemudian duduk dalam pesawat untuk beberapa jam.

Gina terdiam memikirkan keberadaan Amri di sini, tidak tahu pukul berapa Amri datang kerumahnya malam tadi. Jarak apartment mereka tak adalah jauh mana, hanya dalam setengah jam sahaja. Agak – agak Amri ada sempat ke tengok dia menangis malam tadi? Dia pun tidak sedar pukul berapa dia terlena selepas puas merendam air mata dan tidak tahu pukul berapa Amri sampai malam tadi.

Keluhan kecil di lepaskan. Fikiran mengenai malam tadi ditolaknya jauh – jauh tidak mahu merosakkan mood baik dia pagi ini. Perut sudah berbunyi, baik dia masak cepat. Dengan pantas Gina membasuh ayam mentah yang dikeluarkan tadi. Ayam itu dibasuhnya bersih – bersih kemudian ditosnya. Papan pemotong serta pisau diambil. Matanya melihat bekas yang berisi bawang, hanya tinggal beberapa biji bawang saja yang tinggal.

Nak kena keluar beli barang dapur, sudah lama rasanya dia tidak keluar beli barang dapur. Selalunya Amri yang keluar beli. Amri saja yang rajin keluar beli barang sebab Amri tahu apa barang yang diperlukan saja. Kalau dia sendiri, semua benda dibelinya. Kalau boleh satu kedai nanti dia beli. Dia tidak reti nak bajet barang – barang masak dapur ini. Masak je pandai, nak beli tak pandai. Shopping dia pandai.

"Hi..."

Bisikan dan pelukan dari belakang membuatkan Gina menoleh. Senyuman kecil dihadiahkan kepada Amri yang baru selesai mandi. Wangian sabun yang dipakai menghiasi ruang dapur kecilnya. Gina kembali mengupas kulit bawang. Degupan jantungnya berdetar hebat. Dia tidak tahu mahu riak macam mana sejak kejadian malam tadi.

Amri mengetatkan pelukannya, kepala Gina dikucupnya. Dia juga terdiam apabila tiada reaksi dari Gina. Selalunya Gina akan menciumnya dan mengucapkan selamat pagi. But, not today. Gina hanya diam dan menghadiahkan senyuman saja. Amri mengintai wajah Gina dari sisi, gadis itu hanya menunjukkan riak tenang saja. Ye tenang, masalahnya sekarang dia yang tak tenang.

Nafasnya ditarik perlahan, telinga Gina dikucupnya sambil tangannya menyentuh tangan Gina yang baru saja mahu memotong bawang. Terhenti terus pergerakkan Gina.

"Let's talk," Pisau ditangan Gina di ambil dan diletakkan ditepi. Tubuh Gina ditarik menghadapnya. Hujung dagu Gina disentuh dan didongakkan sedikit membuatkan matanya memandang wajah Gina. Namun, mata cantik itu langsung tidak memandangnya.

"I nak masak,"

"Sekejap, sayang, pandang mata I sekarang,"

Gina mengetap bibir, debaran di dada semakin terasa. Perlahan – lahan matanya menatap mata Amri yang tajam itu.

Amri memandang lama mata Gina, dia nampak kegelisahan dimata bulat itu.

"What happen? Kenapa you macam moody je ni. Dari malam tadi I perasan you tak banyak cakap langsung. You senyap. Kenapa? You ada problem ke? Ke I ada buat salah apa – apa? Kita dah janjikan tak nak simpan rahsia antara kita," Amri memujuk dengan nada perlahan. Dia yakin mesti ada sesuatu yang terjadi sampaikan Gina jadi sebegini.

Gina diam, tidak menjawab soalan Amri. Bibirnya terkunci rapat, suaranya seakan tidak mahu keluar.

"Sayang..."

Mendengar panggilan manja Amri, terus Gina melarikan pandangannya.

Amri memandang wajah Gina, "Ni sebab Zara ke?"

TEASEWhere stories live. Discover now