。 •́ ✿ ( 13 ) ✿ •̀ 。

24.5K 561 22
                                    

💋💋💋

"Pulau Tioman? Ew noooo! I tak nak!" Gina berpeluk tubuh sambil memandang Amri yang sedang memegang ipad ditangan kirinya membaca news. Tangan kanan pula memegang secawan kopi, sesekali dihirup. Rasa pahit manis kopi melegakan tekaknya.

Mata Amri mengerling Gina, bibir cuba ditahan dari senyuman. Wajah merah Gina yang merah menahan marah benar – benar mencantikkan lagi wajah jelita itu.

"Apa salahnya honeymoon dekat Pulau Tioman?"

Gina sudah ternganga, "Excuse me? Apa class honeymoon dekat Malaysia! No I tak nak! I nak Venice! You tahu tak, I dah save tempat tu untuk honeymoon kita," Gina mula merengek, kaki mula mendapatkan Amri yang duduk di sofa. Gina duduk melutut di tengah kaki Amri.

Dia teringin sangat nak pergi Venice. Walaupun dia boleh saja menjejakkan kaki ke sini. Tapi dia sudah save dalam wish list dia, 'nak pergi Venice pergi bersama Amri' a.k.a untuk honeymoon mereka. Tetapi, boleh pula Amri kata honeymoon mereka di Pulau Tioman?! Dia tengah buat lawak antarabangsa ke?

Amri menghela nafas dalam, dia mula mengalih perhatiannya pada Gina. Riak sedih Gina ditenung. Gina mula mencebik, dia menaikkan sedikit tubuhnya berdiri dengan lututnya. Pinggang Amri dipeluk, dagu di sangkut pada dada bidang Amri.

"Please..."

Amri menahan senyumannya. Kedua tangannya didepa pada sofa. Dia menunduk sedikit memandang Gina. Riaknya seakan berfikir, sengaja dia mahu mendera perasaan kekasih hatinya.

"Tapi I dah pernah pergi Venice,"

Gina mengigit bibir, dada bidang Amri di pukul.

"Tapi I tak pernah pergi!"

Amri mengangkat bahu, "Bukan masalah I,"

Gina mengecilkan matanya, geram pula dengan sikap tidak endah Amri hari ni.

"You sayang I ke tak ni?"

Terangkat kening Amri dengan pertanyaan Gina.

"Sayang,"

"Dah tu! Kenapa tak nak tunaikan permintaan i!"

Hujung bibir Amri terangkat, "Tak semua permintaan you I kena tunaikan,"

Terus bulat mulut Gina, tidak percaya itu yang keluar dari mulut Amri.

Sampai hati!

Gina mengetap gigi, "Okay fine! You nak pergi sangat Pulau Tioman tu, pergilah. I tetap nak pergi Venice!" Terus Gina bangkit meninggalkan Amri dan menuju ke biliknya.

Orang nak pergi Venice dia sibuk nak pergi Pulau Tioman. Pulau tioman tu bila – bila boleh pergi. Sudahlah Amri tu selalu sibuk dengan kerja. Ini pun, selepas dua bulan kahwin baru mereka bincang mengenai honeymoon mereka. Cuba bayangkan honeymoon dekat Malaysia je, silap – silap tak sampai seminggu Amri sudah mengajak balik sebab fikirkan kerjanya. Ni, at least ajak jauh sikit boleh dia bawa lari Amri dari kerja dia. Ni je masa mereka dapat bersama dan sebab tu dia memilih Venice sebagai tempat honeymoon mereka. Tapi.. Eeee apa lelaki tu kisah!

Gina berdiri di tengah – tengah bilik. Kakinya dihentak – hentak melepaskan rasa geram terbuku di hatinya.

Terlepas ketawa kecil Amri, kepala di geleng. Telefon yang berada di atas meja di capai. Bibirnya tersenyum melihat 'sesuatu' di skrin telefonnya, sebelum 'sesuatu' itu di hantar pada contact nama Gina.

Tak sampai 10 saat, kedengaran bunyi kaki Gina berlari.

"Sayanggg.....!" Terus Gina berlari ke arah Amri dan melompat duduk di atas riba Amri. Leher Amri di rangkul dan bibirnya naik mengucup keseluruhan muka Amri.

TEASEWhere stories live. Discover now