8

6K 296 54
                                    

"Lama tak jumpa, kan?"ujar Jungkook sambil membetulkan rambutnya yang terjuntai ke hadapan. Segelas latte diletakkan di hadapan Hannah yang berwajah muram.

"Kau sihat? Kau nampak pucat... ada masalah? Kau perlukan aku tak?"soalnya bertubi- tubi untuk mengelakkan kejanggalan di antara dirinya dan Hannah.

Wanita itu mengangkat wajahnya dan tersenyum kecil sebelum mengacau latte yang dipesan oleh Jungkook menggunakan sudu.

"Kau... semakin kacak. Mana kaca mata kau?"soalan berbalas soalan membuatkan Jungkook tersengih malu dan meramas lembut rambutnya.

"Hish kau! Biasa je, mana ada kacak. Kalau betul kacak, mesti perempuan yang aku sukakan itu dah notice aku."jawapan yang masih lagi berteka- teki diberikan kepada Hannah. Malangnya, wanita itu tidak menyedari klu yang diberikan oleh Jungkook.

"Wae, kau pandang aku macam itu? Ada sesuatu ke dekat muka aku?"tanya Hannah lantas meraba wajahnya. Risau jika terpalit sebarang kekotoran.

"Taklah, kau nampak semakin matang. Datang jumpa aku pun pakai suit for women. Kau kerja apa?"

Hannah tersenyum sinis lantas mendekatkan wajahnya dengan Jungkook.

"Revenge."

•••••

"Your meeting akan bermula dalam 25 minit sahaja lagi dan segala dokumen yang akan dibentangkan, saya telah sediakan dan diletakkan di bilik mesyuarat. Anything else?"ujar Hannah sambil memandang lama Taehyung. Lelaki itu bagaikan terkejut dengan kebolehannya.

Taehyung memuji adik tirinya dalam diam. Cekap dalam membuat sebarang kerja.

"Nothing. Lepas habis meeting, stay here. Tae nak keluar sekejap—"

"Ke mana?"pantas Hannah menyoal sebelum mengeluarkan notepadnya dan sebatang pen.

"Tae rasa Hannah—"belum sempat Taehyung menghabiskan kata- katanya, wanita itu terlebih dahulu memotong kata.

"Why? Adakah saya tidak dibenarkan mengambil tahu ke mana encik mahu pergi? Also, stop calling me Hannah and talking like that to me. Please, be professional. Cik Hannah."

Taehyung menjeling tajam Hannah. Bukan dia bodoh! Hannah sengaja memancing api kemarahannya.

"Fine, Cik Kwon. Saya ada check up dengan my future wife at hospital. She is pregnant my baby."ujarnya sebelum berlalu pergi meninggalkan Hannah bersendirian.

Wanita itu berpaling ke belakang melihat susuk tubuh Taehyung yang semakin menjauh.

"Tae sengaja buat Hannah sakit hati, wae? Tak apa Taehyung, ini Kwon Hannah. Aku akan musnahkan hidup kau sepertimana kau musnahkan diri aku."

•••••

Okay tarik balik kata- kata tadi.

Now, Hannah betul- betul perlukan Taehyung untuk segera pulang ke rumah. Dia kelaparan bagaikan sudah seribu tahun tidak menjamah makanan.

Nak masak? Tak ada satu pun bahan yang boleh dimasak kecuali beberapa bungkus ramen. Dan... Hannah sudah muak dengan makanan segera itu. Tekak bagaikan ingin muntah dengan hidangan itu.

'Kalau ada apa- apa yang Hannah nak, jangan segan silu nak whatsapp Tae... okay?'

Fuh, Hannah melepaskan keluhan lantas menekan profile account milik abang tirinya. Dapat dilihat dengan jelas, sudah lama dia tidak berhubungan dengan lelaki itu.

Kejanggalan. Itu yang dirasakan oleh dirinya sekarang ini.

Tae... Hannah lapar, tolong belikan barang basah.

Tak, ayat itu agak mengada ! Segera butang 'undo' pada papan kekunci ditekan.

Tolong belikan barang basah, nak masak.

Hannah menggelengkan kepalanya. Ayat itu boleh mencetuskan pergaduhan lagi! Argh, send jelah apa- apapun!

"Okay."butang 'send' ditekan. Selang beberapa minit, kelihatan tanda 'tick' berwarna biru bernyala dan saling bertindihan, menunjukkan whatsapp tersebut dibaca. Malang sekali, balasan Taehyung membuatkan Hannah kaget dan terdiam seribu bahasa sebelum menghantukkan kepala di atas meja.

Taehyung:

Bi? Hm, okay... Tae belikan barang- barang macam Hannah nak.

Arghhhh! Hannah meraung sekuat hati sambil merenung mesej yang dihantar oleh diri sendiri.

Bi... belikan barang basah, nak masak.

•••••

Kreekkkk.

Pintu rumah dibuka membuatkan Hannah berlari mendapatkan Taehyung yang sedang membawa dua buah beg plastik berisikan barang basah.

Taehyung mengecilkan mata, terkejut. Perilakuan Hannah mengingatkan dia kepada zaman mereka berdua masih kecil.

Di mana Hannah akan berlari keriangan mendapatkan dirinya yang baru sahaja pulang daripada sekolah.

"Bak sini barang."plastik- plastik tersebut dirampas.

Taehyung smirk.

"Bi? Somehow, actually I think that you really want to call me baby."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Senpai『K.T.H』Where stories live. Discover now