01

63 11 2
                                    

[ Park Haena ]

"Hahahahahhaha..... " .

Suara gelak tawa bergema di ruangan kafe. Siapa lagi kalau bukan suara kami bertiga , aku ,  Kang Han Na dan Park Min Young. Sememangnya , sudah lama aku impikan suasana begini. Dah lama tidak berjumpa la katakan. Bertambah pula dengan perangai yang masing-masing gila. Situasi ini memang aku rindu.

Mana tidaknya sebelum ini masing-masing membawa diri keluar negara. Aku ke London , Kang Han Na ke Australia,  manakala Park Min Young ke Amsterdam. Semua ini atas urusan pembelajaran.

"Finally... giliran kau pulak" kata Han Na dengan sisa tawanya yang masih ada sambil menunding jari kearahku tanda giliranku sudah tiba.

"ha cepatlah. Aku dah lama bersedia dengan soalan dan cabaran korang" berlagak aku berkata sambil memandang mereka.

Han Na yang mendengar kata-kata ku lantas berkata.

"so.... Truth or Dare? " soalnya seperti seorang detective menanyakan kepada suspek yang bersalah.

" hahaha..  Ini Haena la , opcos la DARE " berlagak aku berkata.

"huiisshhhh..Yakinnya " sambung Min Young pula.

Aku hanya tersenyum memandang mereka.

Min Young yang dari tadi memandang aku lantas merapatkan dirinya kearah Han Na yang berada di sebelah. Dia mula berbisik di telinga Han Na. Dan mereka mula berbincang.

Selepas beberapa minit menunggu akhirnya Han Na mula mengungkapkan kata-kata.

" so.. kitaorang nak kau.....reka je apa-apa nombor yang kau suka and than kau call orang tu.  Sehinggalah dia angkat dan sebut 'yeoposeiyo'. Tapi kitaorang nak dia yang sebut...bukan kau yang sebut 'yeoposeiyo'.  Okay setuju tak? ".

" HA ! .... Ye ye aku setuju " terkejut aku apabila mendengar permintaan mereka. Aku hanya gelak hambar.

"Eomma nak balikkk.... ≥﹏≤ . Menyesalnya aku pilih dare " hatiku bermonolog.

"tulah padan muka kau Haena beria sangat tadi nak DARE. Ha sekarang pandai-pandaila kau tanggung " hatiku bermonolog tanda mengenakan aku. Nak je aku carut.

"kalau kau tak setuju pon , kami akan suruh kau buat jugak" kata Min Young pedas sambil ketawa.

Aku yang mendengar kata-katanya tadi hanya tersenyum hambar.

"heeh dia ni , nasib baik kau kawan baik aku , kalau tak dah lama aku sekeh-sekeh kepala kau " hatiku mula membahang.

Air strawberi yang berada di depan mata aku ambil. Lalu kusedut bagi membasahkan tekakku yang kering.

**********

[ Haena's House ] (acah omputih kit ≥3≤)

Siling bilik aku tatap macam aku tatap orang.

"yek. Acah. Macam la kau penah tatap orang Haena ". Hatiku berbisik

Sesungguhnya hatiku ini memang tidak habis-habis memperlakukan aku sebegini.

"huhhhh" . Nafas berat aku hela.

Tiba-tiba aku teringat akan pesanan Han Na petang tadi tentang misi itu.

"kalau aku buat misi ni awal lagi bagus , tak delah banyak sangat bebanan yang aku akan tanggung".

Sedang aku berkhayal tiba-tiba

"HAENA!!!!! "

Kotak lamunanku pecah berderai apabila terdengar jeritan dari seorang yang kukasihi , iaitu eomma.

DIAL ||  Kim Seok Jin ||Where stories live. Discover now