03

27 8 39
                                    

[Park Haena]

Aku mematikan ejen keretaku. Satu persatu kaki aku orak menuju masuk ke dalam rumah. Suis lampu aku hidupkan.

Tittttt.... Tittttt...

Aku hanya membiarkan sahaja telefonku berbunyi. Malas nak tengok.

Telefon yang berada di dalam beg tangan aku masih berbunyi.

Tidak lama kemudian...

Tiba-tiba senyap.....

Huh lega sikit. Sape pulak malam malam ni call.

Aku naik satu persatu tangga rumahku. Sunyi sepi. Agaknya eomma dah tidur. Takpela mungkin dia penat. Appa pon masih dekat Dubai. Almaklumla sibuk dengan urusan kerja. Biasala Doktor.

Pintu bilik aku buka.

Sekali lagi telefon aku masih berbunyi. Dengan malasnya aku mengambil telefonku yang berada di dalam beg dan menatap nombor yang tidak aku kenali. Aku hanya membiarkannya sahaja lantas melekapkan telefonku di telinga.

"Yeoposeiyo"...

Sepertinya aku mengenali suara itu.

Suaranya tidak lain tidak bukan lelaki dingin. Menyampah aku

"hmmm kau nak apa ? " lantas aku berkata dengan suara yang malas.

" Ha ? Kau tanya aku nak apa . Bukan ke sepatutnya aku yang patut kata dekat kau , kau nak apa sebenarnya? ". Dia berkata dengar agak kuat.

Eh mamat ni aku tanya dia, dia tanya aku pulak. Dahlah cakap kuat kuat, cakap slow slow tak boleh ke?

Belum sempat aku membalas, dia sudah berkata dulu di dalam telefon.

" Ada apa kau call aku tadi ? " suaranya mula dingin.

Oooo baru aku ingat yang aku tadi ada call dia masa jumpa Min Young dan Han Na. Hiisshhh kau ni Haena cepat betul lupa. Patutla mamat ni call kau cakap kuat-kuat.

" Tak ada apa-apa ".

" Iye-iye je kau ni tak ada apa-apa " katanya dengan nada sindiran disitu.

" Betulla , dahla malas aku nak layan dengan orang yang aku tak kenal . Bye ! " aku pula yang jerit kat corong telefon , biar dia rasakan macam mana aku rasa masa dia jerit kat telinga aku tadi.

Belum sempat aku mahu mematikan telefon, dia dulu berkata.

"eh jap jap. Boleh aku nak jumpa kau besok dekat Flower Cafe ? ". Haduh nak jumpa pulak dia ni. Gedik betol !

" sudah semestinya TIDAK BOLEH " jerit aku lagi.

" Ahhhhhh tak kira , besok jugak aku nak jumpa kau, disebabkan kau dah call aku banyak kali dan mengganggu ketenteraman aku semasa memasak... Aku nak jumpa kau jugak. Tak ada alasan. Muktamad. Kalau kau tak datang besok pukul 11.00 pagi dekat meja nombor 12 . Siapppppp kau. Kau akan jadi pemerhatian aku " . Dia berkata panjang lebar dan seperti mengugut ya disitu.

" Heyyyy kau fikir kau siapa nak arah-arahkan aku " tapi perkataan ini hanya berkata di dalam hati aku sahaja.

"hmmmmm" aku berkata malas dan mula naik menyampah.

"kau jangan hmm hmm je, nnti tak datang , pastu aku tunggu kau lama kat cafe tu bertemankan secawan coffee , pastu orang ingatkan aku lonely, habislah reputasi aku sebagai lelaki paling handsome dekat abad ni. Lepastu aku tunggu kau lagi sampai malam tak datang-datang bertemankan entah berapa cawan coffee. Sampai cafe tu pon nak tutup" .

Okay dia dah mula membebel.

Tak padan langsung dengan suara dingin yang mula-mula sekali aku call. Aku syak dia berlakon je tu.

"Yelah saya janji saya akan datang cafe tu , dan tak akan buat anda lonely dan tidak bertemankan beberapa cawan coffee, hanya bertemankan saya sahaja disitu. Puas hati ! ". Ha mula dah aku nak membebel.

" okay. Aku pegang janji kau. By the way jangan lambat. Sebab takut nanti orang anggap aku lonely and one more thing takut orang datang serbu aku, maklumla aku ni kan handsome " okay dia angkat keranda sendiri.

" hmmm " pendek aku berkata.

"bye bye, tata titi tutu. Mimpi yang indah. Sebab besok kau akan tengok orang yang lagi indah " .

Tanpa melengahkan masa aku tutup telefon aku. Malas nak dengar dia bercakap. Tak habis-habis puji diri sendiri. Kau tak handsome besok siapppp kau. Kalau handsome tak apa.

**********

Aku melihat jam di pergelangan tanganku menunjukkan pukul 11.10 minit pagi. Aku terlambat bukan sebab suka-suka , sebab tadi jalan jem pastu tak jumpa parking pulak, terpaksa la aku parking jauh sikit.

Aku berlari secepat yang mungkin untuk menuju ke Flower Cafe.

Sedang aku berlari tiba-tiba aku terlanggar bahu lelaki yang tidak aku kenali, sikit lagi dia mahu termasuk ke dalam longkang . Terlihat lelaki itu juga sedang tergesa-gesa. Sempat aku melihat wajahnya yang handsome seperti....

Buat masa sekarang ni dia yang handsome tak de lagi aku tengok orang yang handsome selain die. Kalah abang aku Park Chanyeol. Mule la nak tercrush kat dia .

Dia memandang aku pelik.

Aku melihatnya sampai tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 11.14 minit pagi. Sesungguhnya memang aku dah terlambat. Tanpa meminta maaf kepadanya segera aku berlari menuju ke cafe yang dikatakan oleh mamat dalam corong telefon malam tadi.

Akhirnya tiba juga di cafe itu. Aku menolak pintu kaca lut sinar yang berada di kanan kedai serentak dengan lelaki yang aku terlanggar tadi menolak pintu kaca lut sinar di kiri kedai. Mata kami bertembung. Aku dan dia hanya melemparkan senyuman.

"eh dia ada jugak kat sini " mula la aku senyum simpul.

Terlihat meja nombor 12 tidak berpengunjung lagi. Segera aku menuju kearah meja itu.

Tanpa aku sedari lelaki itu juga duduk berhadapan denganku.

Adakah dia benar-benar lelaki yang berada di dalam corong telefon malam tadi ?
______________________________________

Sorry sangat sebab dah lama tak update cite dial ni. Sorry buat yang menunggu. Sebelum tu author nak cakap , maybe lambat nak update busy dia Ya Allah x taulah , banyak sangat keje sekolah dan tahun ni author periksa. Kalau ada masa saya update ye. Jangan lupe untuk support cite dial . Bye 🙋. Please vote and comment💕.

DIAL ||  Kim Seok Jin ||Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu