05

17 3 13
                                    

[Kim Seokjin]

" Nanti file pesakit baru tu letak di  meja saya ya ? " kataku ramah kepada nurse Areum .

"Baik doktor". Kata nurse itu lalu beredar.

"Haih siap pon kerja. Balik ni nak ambik Moci , lepastu nak pergi kedai sekejap beli penyapu , lepastu balik tu nak kemas rumah , lepastu nak masak , lepastu baru boleh tidur" kataku keseorangan sambil mengemaskan meja sesekali memandang jam di pergelangan tanganku.

Aku mengorak langkah menuju ke parking kereta untuk pergi ke klinik haiwan.

..........

" Terima kasih ya doktor , sebab dah jagakan Moci selama beberapa hari " kataku sambil menghulurkan duit kearah doktor yang menjaga Moci.

" Benda kecil je tu ". Kata doktor itu lalu menyambut duit di tanganku dengan senyuman yang gembira.

Aku mengangguk lantas membawa Moci kedalam kereta.

"Yaaaa!! Moci duduk sini diam diam tunggu appa buka kereta ya " kataku lantas membuka pintu penumpang hadapan sambil menggosok bulu Moci yang lembut itu.

" Meoww~~" sahut Moci seolah-olah faham dengan kataku.

Aku tersenyum kearahnya sambil menyerabutkan lagi bulunya.

Segera kaki aku melangkah menuju ke pintu pemandu. Kaki kiri aku dahulukan lalu masuk sepenuhnya kedalam kereta.  Moci aku pandang lama sambil mengusap lembut bulunya yang putih itu .

"Jom kita pergi kedai !! appa nak beli penyapu , sebab penyapu kat rumah dah rosak. Lepastu nanti appa belikan mainan untuk Moci ye ? " kataku sambil melihat cermin belakang untuk mengundur.

"Meow" sahut Moci gembira.

Iya iya je dia gembira.

Selepas beberapa minit aku dan Moci pun sampai dihadapan kedai. Moci aku ambil lalu aku pegang dia macam pegang baby.

Kakiku melangkah keluar dari kereta lalu masuk kedalam kedai.

Aku mencari rak yang menempatkan penyapu. Penyapu yang berwarna pink menjadi pilihanku lantas aku ambil lalu bergegas ke kaunter.

Aku mendekati kaunter untuk membuat pembayaran sambil memegang Moci dan penyapu berwarna pink.

"Hacuuuuuuuwwwwwwwwww ! " .

Tiba-tiba aku terdengar seorang perempuan yang sedang bersin di kaunter pembayaran.

Aku berada dibelakangnya sambil menunggu giliranku untuk membayar. Terlihat si dia membuat pembayaran untuk sepapan Panadol.

Aku hanya melihat gerak-gerinya tanpa melihat sisi mukanya kerana dia mengenakan hoodie putih yang menutup kepala.

Dari segi tingkah lakunya sudah dapat kujangkakan bahawa dia seperti seorang yang aku kenali. Aku menarik lengannya sedikit untuk melihat mukanya.

"Haena?". Aku berkata sambil membuat muka seolah-olah tidak percaya.

Bahunya terhincut lalu menoleh kearahku.

Dia hanya membuat mimik muka yang terkejut lalu mengangguk kearahku.

Lantas aku tersenyum kearahnya lalu berkata.

"Kau....buat apa kat sini ? " tanyaku seolah-olah tidak mengetahui. Walhal aku sudah tahu yang dia sedang membeli panadol. Saja ingin menghilangkan perasaan janggal.

Tanpa dia berkata apa-apa lantas mengambil panadol lalu ditunjukkan kepadaku.

Aku hanya melihatnya sambil tersenyum.

DIAL ||  Kim Seok Jin ||حيث تعيش القصص. اكتشف الآن