02

51 11 7
                                    

Krekllll...kerkklll.. (aku tak tahu bunyi ejen kete macam mane) (っ´▽')っ

Aku menghidupkan keretaku. Setelah sesi pembelajaran habis aku pon pulang.

Selepas beberapa minit memandu kini aku tiba dirumah eomma. Pintu rumah aku buka sambil memandang ruang tamu yang terbentang luas. Rumah aku ni nak kata besar tak delah besar sangat ,  nak kata kecil tak delah kecil sangat , biasa biasa giteww.

"dah balik" soal eomma.

"haah". Pendek aku berkata sambil tersenyum kearahnya.

Aku mengorak langkah menuju kearah tangga lalu aku daki satu persatu anak tangga.

Pintu bilik aku buka. 

Beg yang terletak ditangan kiri dan buku yang terletak ditangan kanan aku letak diatas meja belajarku.

Aku menghempapkan badanku keatas tilam yang empuk lagi lembut ni.  Tiba masanya untuk aku dating dengan tilam ni.

Angan-angan aku tiba-tiba musnah apabila terdengarkan notification whatsapp yang dari tadi berbunyi. 

Runsing betol otak aku ni. Bagila aku rehat sekejap....

Tiba-tiba telefonku senyap.  Macam tau-tau je aku cakap apa.

Baru sahaja aku mahu melelapkan mata tiba-tiba makin bertalu-talu bunyi notification whatsaap. 

Ni mesti kerja Min Young dengan Han na ni.

Dengan lemah gemalainya aku bangun dari pembaringan lantas menuju ke beg tanganku. 

Tangan aku seluk masuk kedalam beg lantas mengambil telefon bimbit. 

"1992 messages"

Aku dah masak sangat dengan nombor-nombor macam ni. 

Aku lihat semua pesanan yang mereka hantar kepadaku.

Rupa-rupanya mereka ajak aku keluar malam ni sebab ada hal mustahak yang mereka nak bincangkan.

Sungguh aku malas nak drive memalam \( ̄▽ ̄;)/. Bukan apa aku malas nak tengok cahaya lampu.  Aku ni dahlah rabun tak pasal pasal buta kang ha sapa yang susah. Tapi alasan aku lebih kepada malas.

"okay" . Balasku. Dalam malas-malas tu nak jugak. HOHOHO

Banyak-banyak dorang bagi messages dekat aku akhirnya perkataan 'okay' sahaja yang aku sentuh di keybord ini.  Maafkan saya Han Na dan Min Young.

Aku melelapkan mata buat seketika.

*****

"eomma , Haena nak keluar malam ni boleh ? . Kejap je.... "

Aku meminta izin dari eomma walhal aku sudah bersiap.  Apa-apa jelah kau ni Haena.

"dengan siapa ? " soal eomma pula.

"dengan Han Na dan Min Young "

"ha okay,  jangan balik lambat. Jaga diri tu". Balas eomma sambil memberi peringatan.

"okay" . Aku berkata sambil tersenyum kepadanya. 

Pintu rumah aku buka lantas menuju kearah kereta. Sungguh aku sudah terlambat kerana terlajak tidur.

*****
                                              
Sesampai saja aku di cafe terlihat dua susuk tubuh yang sedang menunggu aku.

"sorry lambat" kataku sambil menundukkan badan.

Mereka hanya pandang tanpa sebarang riak wajah. Sabar je la . Tapi memang salah aku pon.

" ha ada apa ?  Bunyi macam mustahak sangat. Mengalahkan masalah negara". Kataku kepada Han Na dan Min Young.

"acane misi kau , berjaya ke idok " kata Han Na. 

"hmmmmm... " balasku dengan riak sayu. 

" tak berjaya? " Min Young berkata sambil menjungkitkan kening.

Aku melihat wajah mereka. Macam orang mintak sedekah dah aku tengok.

"hahahahahahaha...  Ini Park Haena la. Mesti la berjaya. Petik jari gitew" kataku sambil tergelak.

"uiisshhh. Tahniah anda telah menjalankan misi dengan jayanya" mereka bersalaman denganku.

"ha order order apa korang nak " kataku kepada mereka.

Mereka yang mendengar kataku lantas menunjukkan mimik muka bahagia.

"ye betul order je.  Aku belanja" kataku.

Mereka yang mendengar kataku lantas mengambil pesanan.

***

"hmmm Haena?  " panggil MinYoung ketika kami sedang menjamu selera.

Aku hanya menjongketkan kening kearahnya.

"hmmm...boleh tak kitaorang nak dengar kau call orang tu.  Nak pastikan misi kau berjaya ke tak " kata Min Young.

Aku yang memandangnya lantas membulatkan mata.

"haah la Haena. Kami nak dengar  jugak " pujuk Han Na pula.

Aku hanya memandang mereka sambil tersenyum.

Haduuhhhhh... Macam mana ni. Cukupla sekali aku dah dengar suara mamat yang dingin tu. Aku dah tak sanggup nak dengar dah..

"Ha?  Aku rasa tak yah la kot. Sebab suara orang tu tak sedap.." kataku sambil tersenyum hambar. 

"alaaaaaa... " keluh Min Young.

Aku yang melihat mukanya , rasa serba salah.

"Ha! kalau kau tak bagi kami dengar suara dia. Misi kau tak berjaya. Kau kata kau Park Haena. Setahu aku Park Haena yang aku kenal berani. Tapi kenapa aku tengok sekarang muka kau pucat semacam" kata Han Na panjang lebar.

"Haduhhh... Dia ni.. Kau tau tak dia lelaki dingin. Tak pasal pasal dia cari aku. Tak ke mampuuus aku". Aku hanya berbisik di dalam hati. Tak mampu untuk aku ungkapkan , takut aku guriskan hati kawan baik aku.

"Ha yelah " . Aku berkata pendek.

Aku pegang telefon aku lantas menyentuh nombor semalam.

Aku menguatkan suaranya supaya Han Na dan Min Young dapat mendengar.

"truuttttttt"

"truuttttttt"

"truuttttttt"

Hatiku gelisah. 

"truuttttttt"

"yeoboseyo" terdengar suara lelaki itu. 

Han Na dan Min Young memandangku lantas menekup mulut mereka. Seperti tidak percaya lelaki itu akan mengangkat telefon. 

"yeoboseyo! " seperti biasa kedengaran disitu suaranya yang dingin bak ais. 

Aku menutup telefon. 

Aku memandang mereka dengan wajah kosong. Walhal dalam hati siapa yang tahu.

Mereka dari tadi hanya tergelak-gelak. 

________________________________
Sorry kepada readers sekalian sebab saya lambat update. 😭

Please
Vote💞
And
Comment💞

DIAL ||  Kim Seok Jin ||Where stories live. Discover now