04

22 5 10
                                    

Aku masih terkejut dengan situasi sekarang. Mungkin dia juga begitu.

Aku dan dia hanya berdiam diri sahaja. Dia pandang aku , aku pandang dia. Dalam beberapa saat dia mengeluarkan suaranya.

" so , kau la perempuan yang malam tadi aku call tu ? " dia berkata sambil tersenyum.

Tanpa mengeluarkan suara aku hanya mengangguk sahaja.

Aku sebenarnya malu nak cakap. Biasala aku ni jarang keluar dengan lelaki melainkan orang yang betul betul aku kenal.

" Nama aku Kim Seokjin " dia terlebih dahulu memberitahu namanya sambil menghulurkan tangan . Padahal aku tak tanya pun.

Aku angguk sahaja.

Dia menjungkitkan kening. Aku yang tidak faham dengan perbuatannya itu lantas menjungkitkan kening juga kearahnya.

" Nama kau siapa ? Senang la sikit aku nak berbual dengan kau kalau dah tau nama " katanya.

Alasan..cakap jelah kau dah tersuka dekat aku lepastu nak tahu nama aku. Aku taulah aku cantik. Heeh terangkat keranda sendiri pulak.

"Oooo Park Haena" aku berkata tanpa menyambut huluran tangannya. Aku tak biasala berjabat tangan dengan lelaki ni. Tau tak aku nebes.

Dia menarik balik huluran tangannya sambil mengangguk.

" orderla kau nak makan apa ? Aku belanja " dia berkata sambil tersenyum.

Haduhhhh jangan la senyum nanti ada yang cayaq pulak kat sini. Ya tuhan jantung aku sekarang macam baru lepas lumba lari 5 kali pusingan.

" eh tak pe tak ape " aku berkata tanda mengidakkan.

" alah order jela. Bukan susah pon . Ke.....kau malu dengan aku. Tak apa nanti dah lama lama kenal tak malu dah, entah-entah perangai kau lagi teruk dari aku ". Dia berkata sambil tergelak.

Heeh dia ni sedap mulut kau je bagi spekulasi. Aku baik tau. Siapa kata aku nak kenal dengan kau.Sampai sini je , tak nak lama-lama.

" TAK APA! " aku meninggikan suaraku. Habis orang yang dalam cafe tu tertengok-tengok aku dan seokjin.

Heeh seokjin tak sedapla kita panggil dia JIN. HEKHEKHEK (gelak lap tingkap)

" betul ni ? " tanya dia. Heeh dia ni tak faham ke ?

Lantas dia memanggil waiter yang berada disitu.

" saya nak strawberry milk dua " .

" ice ? " tanya waiter itu.

" yup "

Waiter itu pun berlalu pergi. Tak sekarang ni kenapa dia order dua.

Dengan beraninya aku bertanya.

" satu lagi air tu kau nak bagi kat siapa ? Aku tak nak minum " walhal siapa la yang tahu dalam perut aku ni dah berkeroncong memanggil makanan. Lagi satu strawberry milk tu kegemaran aku.

" nak bagi dekat orang yang mungkin... aku dah tercrush kat dia " katanya dengan nada gembira dan senyuman yang manis.

" oooo beruntung orang tu " aku berkata seperti mempunyai nada kecewa disitu.

Aku hanya berdiam dan menundukkan pandanganku sahaja.Tiba-tiba tangan Jin menyelit rambut ditelinga ku. Eh mamat ni dah kenapa.

Lantas aku mengangkat wajahku memandangnya tajam.

" Rambut kau...serabai sangat " katanya dengan senyuman.

Mahu tak terbeliaknya mataku. Tak silap aku tadi aku dah sikat cantik-cantik kat rumah.

Aku hanya memerhati perbuatan Jin yang sedang mengambil telefon di sebelah tangan kanannya.

Lantas dia membuka kamera. Eh jap dia nak tangkap gambar aku ke? .

Dia menukar kamera belakang ke kamera hadapan lalu menunjukkan screen telefonnya kepadaku.

Aku terkejut dengan rambutku yang teramat serabai sehingga tidak boleh dibincangkan.

Sempat dia snap gambar aku dengan rambut yng serabainya.

Baru aku teringat yang tadi aku lari laju-laju , mungkin masa tu rambut aku terbang-terbang.

Haduhhhh kau ni Haena lain kali tengokla dulu cermin. Tak semena-mena la kena selitkan rambut. Buat penat jantung kau berdetak laju je. Patutla tadi si Jin ni asyik tersenyum je.

Lantas aku membetulkan rambutku dengan menggunakan telefon.

Seusai siap dibetulkan , cepat sahaja mulut Jin berkata.

" kan cantik tu " dia memandangku dengan senyuman yang sangat manis.

Kau memang kan nak buat jantung aku ni tercabut.

Akhirnya air tadi sampai juga . Lambat bebeno.

Waiter itu meletakkan gelas diatas meja kami dengan penuh berhati-hati.

Selepas waiter itu pergi , satu daripada strawberry milk itu ditolak kearahku tanda mahu memberi. Aku dengan perut yang sangat lapar lantas menghirup laju air minuman itu.

Dia yang memandangku lantas ketawa kegembiraan.

"Thanks" kataku sambil mengukirkan senyuman yang ikhlas.

Dia hanya mengangguk sahaja.

" Aku nak tanya boleh ? "

Aku yang sedang menghirup air itu lantas mengangguk tanda membenarkan.

" Hmmmm... Abang kau Park Chanyeol ye? " tanya dia dengan nada keraguan.

Strawberry milk yang sudah habis hanya tinggal ais sahaja itu aku tolak ketepi.

" Haah " aku berkata gembira kerana sudah kekenyangan.

" Oooo" dia hanya meng'O'kan sahaja.

" kau kenal dia ke ? " tanya aku pula.

" Kenal. Dia kawan aku " katanya sambil menghirup air itu.

Aku yang mendengar kata-katanya itu hanya menganggukan kepala sahaja lantas ais pula aku makan.

"kau suka makan ais ke ? " tanya dia. Haihh ramah pulak si Jin ni.

"suka , kenapa ?" kata ku sambil mengunyah ais.

"takda apa-apa , just nak cakap macam tu jugakla sukanya aku dekat kau time first aku jumpa kau " jin berkata dengan nada rendah.

"Ha ? Apa dia aku tak dengar " kataku kepadanya.

"Eh takde apa-apa , aku cakap.. Tak elok makan ais banyak-banyak nanti demam" katanya sambil menggelengkan kepala.

Aku dan dia bersembang hingga tidak perasaan jam sedang menunjukkan pukul 12.30 petang.

Bagi aku...ya , dia memang baik dan peramah sesuai untuk dijadikan kawan. Mungkin.....

" Aku balik dulu , thanks sebab belanja aku". Kataku lantas bangun dari tempat duduk.

"haah aku pon nak balik " katanya pula.

" okay bye ! Take care " sambungnya lagi.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kearahnya.

Kami membuat haluan masing-masing.

**********

[Kim Seokjin]

Aku membuka pintu keretaku. Sungguh aku rasa hari ini adalah hari yang paling bahagia.

Tali pinggang aku pakai lantas memulakan perjalanan menuju ke hospital.

Aku sangat bersyukur kerana sudah berjumpa dengan Haena yang selama ini aku cari. Terima kasih Park Chanyeol......

______________________________________

Sorry buat yang menunggu cite dial ni di update . Sorry jugak kalau chapter ni hambar 😢

DIAL ||  Kim Seok Jin ||Where stories live. Discover now