Part 31

9K 280 15
                                    

Bunyi telefon menandakan notification masuk.

Emelyn

Fazreen bole tak you temankan I dinner? I tahu you blm mkn.

                                       Emm kjp I fikir....I                   mlslah nak jln

Emelyn

Alah please. Ni last I ajak you dinner. Dah jam 9 mlm ni takkan you tak nak makan. Nanti you sakit kesian Lisa. You jangan risau I belanja sbg tanda permohonan maaf I.

                                      Hmm oklah kjp lagi I siap. You tunggu kat bawah.

Emelyn

Hmm ok.

Terkedu Syed Fazreen apabila melihat Emelyn. Dia mengenakan tudung bawal dan jubah yang tidak terlalu ketat dan labuh.

  "Alhamdulilah akhirnya dia kembali ke jalan yang benar."desis hati Syed Fazreen.

Isterinya juga sudah mula bertudung bulan lepas. Syukur ke hadrat ilahi.

  "Kenapa Fazreen pakaian I tak sesuai ke? Kalau tak I boleh tukar. "kata Emelyn. Lalu berura-ura mahu ke biliknya.

   "No, no tak payah. Pakaian you ni sangat sesuai. You nampak lebih cantik and matang bila pakai tudung. "puji Syed Fazreen. Ikhlas. Tetapi tak boleh lawan isteri tercintanya.

   "Thanks. Tapi semua wanita Islam nampak lebih cantikkan bila bertudung bukan I je. "kata Emelyn. Merendah diri. Konon.
 
  "Haha. Yaa betul juga cakap you tu."kata Syed lalu tertawa.

Syed Fazreen melangkah ke keretanya. Tetapi Emelyn pula ke arah lain.

   "Eh you nak ke mana tu? Kereta kat sini. "kata Syed Fazreen sambil mengerling matanya ke arah keretanya. Apa salahnya kan tumpangkan kawan naik kereta lagipun Emelyn dah berubah takde apa lagi yang  nak ditakuti.

   "Em takpe I naik kereta I je. Tak sopan berdua-duaan dengan suami orang. "kata Emelyn dengan sopan.

  "Hmm ok. "kata Syed Fazreen lalu memulakan pemanduannya.

  "Huh senang betul kau percaya dengan aku Fazreen. Senanglah kerja aku lepas ni. Hahaha. "desis hati Emelyn.

"Heih rindu pula dengan encik suami apalah dia buat sekarang ye. Baik aku call. "bebel Arlisa Aryana sendirian sambil melipat baju.

  "Emm Emelyn you makanlah dulu I nak pergi tandas kejap. "kata Syed Fazreen.

  "Owh ok. "kata Emelyn lalu menyambung makan Laksa Johor itu.

Tengah kusyuk Emelyn makan tiba-tiba telefon Syed Fazreen berdering. Tersenyum jahat dia apabila melihat nama yang tertera di skrin itu.

  "Assalamualaikum abang."

   "Walaikumsalam. Wow apa khabar Lisa."

Terkedu Arlisa Aryana apabila mendengar suara Emelyn.

  "Baik je. Mana suami aku? "

  "Owh Fazreen, dia mandi. Kesian dia penat layan I. "

Suara Emelyn dimanjakan dan dicampur dengan suara yang begitu penat. Sejurus itu Arlisa Aryana mematikan panggilan.

  "Hahahaha sekejap lagi rumah tangga korang akan hancur. "desis hati Emelyn.

Arlisa Aryana meletakkan telefonnya di katil. Dia mengalirkan air matanya.

  "Ya Allah engkau jauhkanlah hati hamba dari berfikiran negatif dengan suami hamba Ya Allah. "desis hati Arlisa Aryana .

My Hubby Mr.Playboy✔Where stories live. Discover now