Part 36

9K 230 13
                                    

Hairan Arlisa Aryana melihat kereta suaminya di halaman rumah. Biasanya jam-jam begini suaminya belum pulang.

  "Ni mesti nak luangkan masa dengan aku ni. Heih suami tercinta. "omel Arlisa Aryana lalu membuka pintu itu dengan jalanannya yang terkedek-kedek.

Saat pintu itu dibuka di pergi ke ruang tamu. Kelibat suaminya yang duduk di sofa sambil melihat rancangan masakan yang ditayangkan di kaca tv itu.

Lantas Arlisa Aryana pergi ke arah suaminya lalu mencium pipi suaminya.

  "Awalnya abang balik hari ni. Abang nak luangkan masa dengan Lisa aeh. "kata Arlisa Aryana lalu memeluk lengan suaminya.

Syed Fazreen hanya membatu.

  "Eh abang kenapa diam ni?"soal Arlisa Aryana.

Terkedu Arlisa Aryana melihat suaminya yang melihatnya dengan pandangan yang tajam.

  "Kau pergi mana tadi? "soal Syed Fazreen.

Arlisa Aryana terkejut dengan panggilan Syed Fazreen terhadapnya tiada lagi panggilan abang-sayang ditukar kepada kau-aku.

  "Lisa keluar dengan kawanlah. "jawab Arlisa Aryana.

   "Kawan yang mana satu?! "soal Syed Fazreen jelas kelihatan wajah Syed Fazreen merah sekarang ini menahan amarah.

  "Siapa lagi kawan yang Lisa ada Sara lah. Abang kenapa ni? Abang ok ke ni? "soal Arlisa Aryana lalu memegang pipi suaminya.

Syed Fazreen menepis tangan isterinya lalu berdiri.

  "Liar! Kau penipu! Siapa jantan tu hah! Kenapa kau buat aku macam ni! "bentak Syed Fazreen.

   "Abang, abang salah faham ni. Bagi Lisa explain kat abang. "rayu Arlisa Aryana.

   "Aku tak nak dengar penjelasan kau lah perempuan! Aku dah nampak depan mata aku lagi kau bermesra dengan lelaki tu! "kata Syed Fazreen.

  "Ya Allah! Abang dengarlah dulu penjelasan Lisa. "rayu Arlisa Aryana lagi air matanya tumpah.

  "Aku tak nak ditipu oleh kau lagi. Malam ni aku tak balik. Jangan menggatal nak tunggu aku! Kalau tak siap kau! "kata Syed Fazreen berbaur amaran.

Dum!

Pintu rumah dihempas kuat. Arlisa Aryana terjelopok ke lantai.

"Ya Allah ,aku tak kuat Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan. Engkau lembutkan lah hati suamiku. "tangis Arlisa Aryana.

Kelihatan Arlisa Aryana mundar-mandir di biliknya. Jam memunjukkan pukul 1 pagi. Belum ada tanda-tanda suaminya ingin pulang.

Sudah masuk 23 kali dia cuba untuk call suaminya namun hampa suaminya tidak langsung mengangkat panggilannya lebih teruk lagi suaminya mematikan telefon.

  "Abang baliklah abang. Jangan buat Lisa macam ni. "omel Arlisa Aryana. Matanya sudah bengkak akibat terlalu menangis.

🍁🍁🍁

Pekerja Jaya Holdings gentar dengan perubahan mendadak bos mereka sejak 3 hari yang lalu. Mana kan tidak pekerja yang hanya membuat kesilapan kecil terus diherdik dan dibuang kerja.

  "Apa yang kau buat ni Amin! Kau tau tak kerja yang kau buat ni menurunkan untung syarikat kita sebanyak 10%! Mana kau simpan otak kau hah?! "herdik Syed Fazreen. Kelihatan wajahnya merah dan timbul urat-urat hijau di rahangnya tanda dia marah.

  "Sa...saya min..minta ma..."belum sempat Amin menghabiskan kata-katanya Syed Fazreen terus mencantas.

  "Maaf, maaf! Tu je yang korang semua tau! Aku dah buat keputusan,You're fired!"bentak Syed Fazreen.

My Hubby Mr.Playboy✔Where stories live. Discover now