Part 40

11.9K 313 9
                                    

Emelyn tersedar dari tidurnya. Dia membuka mata perlahan-lahan dan yaa dia tahu dia sekarang berada di hospital.

Dia terlihat seorang lelaki yang amat dikenalinya tidur di sofa. Tiba-tiba ingatan kembali kepada kejadian semalam terus Emelyn menangis dan bertindak agresif.

"Arghh shit! Aku dah kotor! Dah takde gunanya aku hidup lagi! Aku perempuan kotor!"tangis Emelyn lalu memukul tubunya sendiri.

Ethan yang terdengar bunyi bising itu terus terbangun. Tekejut dia melihat Emelyn yang sedang memukul diri sendiri.

  "Ya Allah, Emelyn! "kata Ethan lalu pergi ke arah Emelyn dan memeluknya.

  "Lepaskan akulah! Lepas! Jangan sentuh aku! Lepaslah! "ronta Emelyn dalam pelukan Ethan.

  "Emelyn please jangan macam ni."pujuk Ethan.

  "I said let me go! "Emelyn melawan Ethan namun Ethan mengerat lagi pelukannya.

Emelyn bertindak agresif lagi dia menghantuk kepalanya di dinding. Ethan cepat-cepat menekan butang kecemasan.

Selepas beberapa minit seorang doktor dan nurse datang memegang Emelyn lalu menyuntik ubat penenang.

🍁🍁🍁

Aeril amat teruja bila buah hati ingin berjumpa dengannya.

  "Kenapa awak nak jumpa saya rindu aeh? "soal Aeril lalu tersenyum manis.

"Eee boleh tak jangan perasan."nafi Sara padahal memang rindu tapi EGO!

  "So kenapa bidadari saya ni nak jumpa dengan saya? "soal Aeril.

   "Sebenarnya Lisa ada kat rumah saya. "kata Sara.

Aeril membuat muka terkejut beruk dia. Serius weyh tetap hensem.

  "Betul ke? Awak tak tipu kan? "soal Aeril yang tidak percaya.

"Anda rasa saya ada masa untuk menipu?"soal Sara dengan muka yang menyampah.

  "Hehe, okay, okay janganlah marah tergoda saya. So awak nak saya buat apa? "soal Aeril sambil tersengih.

  "Awak tolong beritahu Fazreen and cakap dengan dia ni peluang saya beri untuk dia pujuk kembali isteri dia. Satu peluang je saya beri kalau dia gagal saya tak boleh tolong. "kata Sara.

  "Ok, ok nanti saya beritahu dia."kata Aeril.

  "Emm Aeril,betulkah Fazreen nak kahwin dengan Emelyn and betulkah Emelyn mengandung? "soal Sara.

  "Tak betul semua tu tipu je Sara, Emelyn buat macam tu sebab dia nak sangat kahwin dengan Fazreen tapi Fazreen menolak dia biarpun dia goda Fazreen. Saya kesian tengok Fazreen tu tak terurus makan pun jarang. "kata Aeril dengan simpati.

"Eey, saya memang dah sangka perempuan tu buat macam tu. Dari air muka dia pun saya tahu. "mendecit geram Sara.

  "wow hebatnya awak ni pandai baca air muka orang."Aeril menepuk tangannya.

"Of course lah ni Sara lah."kata Sara mendabik dada.

"Kalau macam tu tolong baca air muka saya yang ni. "kata Aeril lalu memandang Sara dengan pandangan yang redup.

Entah kenapa dada Sara berdetak hebat.

"Emmm...se..karang..awak gembira."tipu Sara.

  "Hahaha, salah. Pandangan ni, pandangan rasa cinta saya pada awak. "kata Aeril dengan penuh nada yang romantik.

Muka Sara membahang tanda malu. Aeril melutut lalu mengeluarkan cincin. Semua orang sudah bertepuk tangan melihat pasangan itu.

  "Sara Nasuha will you marry me and stay with me forever and ever? "soal Aeril dengan nada yang sangat romantik.

My Hubby Mr.Playboy✔Where stories live. Discover now