Syed Fazreen terus memakir keretanya di halaman rumah mereka. Dia terus membuka pintu keretanya dan meluru masuk ke rumah.
"Sayang, abang datang ni. "panggil Syed Fazreen.
Sunyi.
"Sayang abang minta maaf. Sayang.. Abang dah pulang ni.. Sayang. "panggil Syed Fazreen namun tiada sahutan dia ke dapur isterinya tiada, bilik stor dan semua tiada. Dia percaya bahawa isterinya sedang tidur di bilik.
"Say... "tidak sempat Syed Fazreen menghabiskan kata-katanya, hatinya dipagut risau isterinya tiada dalam bilik mereka.
Dia mengambil telefon lalu mendail nombor isterinya. Namun hampa telefon isterinya dimatikan.
Tiba-tiba Syes Fazreen terpandang sehelai kertas di atas rak lampu mereka. Dia membuka kertas itu. Air matanya mengalir semasa membaca surat itu.
Assalamualaikum abang,
First Lisa nak minta maaf sebab keluar tanpa izin abang. Abang jangan tunggu Lisa. Lisa takkan pulang. Lisa nak minta maaf sebab jadi isteri yang nusyus. Lisa harap abang dan Emelyn bahagia. Lisa takkan ganggu hubungan abang dengan Emelyn. Hati Lisa sakit abang. Abang kahwinlah dengan Emelyn secepat mungkin dia mengandung anak abang. Darah daging abang. Lisa tak sangka abang buat Lisa macam ni. Maafkan Lisa sebab selama ni Lisa tak bahagiakan abang. Pasal lelaki yang abang nampak dengan Lisa tempoh hari tu sebenarnya dia cousin Lisa. Masa tu kaki Lisa sakit so dia tolong Lisa. Maafkan Lisa sekali lagi.
Arlisa Aryana .
Syed Fazreen merenyukkan kertas itu. Dia terjelepok ke lantai.
"Maafkan abang sayang. Maafkan abang. Abang bodoh! Abang suami yang dayus! Abang terlalu bodoh! "tangis Syed Fazreen.
Arlisa Aryana menangis di dalam teksi itu dia tidak tahu ke mana dia ingin pergi. Pulang ke rumah ibu dan ayahnya? Tak dia tahu suaminya akan cari dia di sana. Buat masa ni dia tak nak sesiapa ganggu dia termasuk sahabat karibnya.
Pemandu teksi yang kelihatan berumur 50-an itu menegur Arlisa Aryana.
"Kamu kenapa nak? dari tadi pakcik tengok kamu menangis tak henti-henti."kata pemandu teksi itu.
"Takde apa-apa pakcik. Saya sedih je."tipu Arlisa Aryana.
"Heih pakcik tahu kamu ada masalah. Masalah rumah tangga kan?"soal pemandu teksi itu.
Terkejut Arlisa Aryana setelah mendengar tekaan pemandu teksi itu.
"Ma..hsk.. Macam mana pakcik tahu?"soal Arlisa Aryana.
"Dah banyak penumpang macam kamu yang pakcik jumpa. Dah 51 tahun pakcik hidup kat dunia ni. Pakcik tahulah. "kata pemandu teksi itu lagi.
Arlisa Aryana hanya menangis.
"Pakcik cuma nak cakap, walau apapun masalah kamu tu. Kamu tak boleh macam ni. Bawa berbincang dengan suami kamu. Bincang elok-elok In Shaa Allah hubungan kamu akan jadi baik. "pemandu teksi itu memberi nasihat.
"Terima kasih pakcik sebab beri nasihat tu. Tapi saya tak sanggup pakcik. Saya tak tahan,saya penat. Hati saya sakit pakcik. Hsk..saya nak pergi jauh dari dia, saya nak tenangkan hati saya. "kata Arlisa Aryana.
"Pakcik faham. Jadi sekarang ni kamu nak ke mana? "soal pemandu teksi itu.
"Saya tak tahu pakcik, pakcik drop je lah saya kat mana-mana yang penting jauh dari Kuala Lumpur. "jawab Arlisa Aryana.
أنت تقرأ
My Hubby Mr.Playboy✔
عاطفيةSyed Fazreen seorang playboy yang kacak dan kaya dicabar oleh kawan-kawannya untuk couple dengan Arlisa Aryana seorang budak skema yang berkaca mata besar dia juga murid yang disayangi oleh gurunya kerana kepintarannya dan kerajinannya. Arlisa Ary...