◾1

6.3K 342 19
                                    

            SAFA berlari masuk dengan senyuman yang gembira, di tangannya terdapat slip keputusan PT3 nya. Kasut sekolah putih di buka lalu di susun rapi sebelum daun pintu di tolak gembira.

“Mama, papa.” laung Safa gembira, Safa teruja untuk tunjukkan pada mama dan papanya tentang keputusan PT3 nya. Mesti mereka bangga!

“Ma, pa. Safa dah balik, mama dengan papa dekat mana? Safa punya keputusan dah keluar, mama Safa rasa teruja nak tunjukkan ni tau.” ujarnya lagi, bayangan mama dan papanya di cari.

Tapi malang dapur mahupun ruang tamu, mereka tiada.

“Cik Safa cari Puan dengan Tuan ke?” soal Rosnah, pembantu rumah Safa yang paling rapat dengan Safa. Safa laju mengangguk, lengan Rosnah segera di capai lalu di tarik ke tepi sedikit.

“Ibu Ros, ibu Ros tahu tak Safa dapat berapa PT3?” soal Safa teruja, Rosnah tersenyum seraya menggeleng. Kepala Safa yang berlitup dengan tudung di elus lembut, serba-sedikit dia rasa sebak melihat kegembiraan Safa.

“Safa dapat straight A, Safa rasa terkejut sangat. Safa ingatkan mungkin Safa dapat ada B, tapi ini langsung tiada B.” Rosnah mengucapkan syukur pada maha Esa di atas nikmat yang di kurniakan pada gadis malang seperti Safa.

“Alhamdulillah cik Safa, cik Safa cari Puan dengan Tuan bukan? Mereka ada dekat taman belakang bersama cik Sarah.” ujar Rosnah, Safa tersenyum pendek sebelum memeluk erat Rosnah dan meminta diri.

“Semoga Allah membantu mu nak.” lirih sahaja nada Rosnah kedengaran, selama 15 tahun dia menjaga Safa. Dia tahu apa gadis kecil itu alami, selama 15 tahun Safa tidak pernah rasai kasih-sayang sebenar dari ibu bapanya. Puan Asilah dengan Tuan Khai tidak pernah kisah dengan keberadaan Safa, mereka hanya kisah dengan Sarah. Kakak kepada Safa.

Rosnah yang mengantikan tempat Puan Asilah sebagai ibu kepada Safa, disebabkan itu Safa rapat dengan dirinya.

Safa berjalan pelan ke arah daun pintu, dia ingat nak buat suprise. Daun pintu di tolak pelan, kelihatan mama dan papanya sedang rancak berbual dengan kakaknya, Sarah. Baru sahaja kakinya ingin menapak mendekati mereka, telinganya menangkap perbualan mereka.

“Mama bangga dengan Sarah, dapat nombor 2 dalam kelas. Sarah nak present apa? Mama dengan papa bagi.” ujar Asilah sambil mengelus rambut Sarah lembut ke belakang.

“Papa pun sama, Sarah nak apa hadiah dari papa?” ujar Khai pula, Sarah terus menekup mulutnya tanda tidak percaya. Sarah rasa bangga walaupun sebenarnya keputusannya langsung tidak membanggakan.

Cuma mama dan papa sangat memanjakan dirinya, Asilah dan Khai bahkan tidak rasa marah dengan prestasi anaknya pertama itu kerana bagi mereka kasih-sayang mereka pada Sarah tidak akan mampu habis. Berbeza sungguh dengan Safa, walaupun bagaimana cantik sekalipun keputusan. Mereka tetap akan mendahului Sarah terlebih dahulu.

Sarah boleh mendapat nombor 2 di dalam kelas kerana dia merupakan kelas tercorot dari lima kelas, berbeza dengan Safa yang sentiasa berada di kelas nombor 1. Tapi sayang, mama dan papa sentiasa melebihkan Sarah dari Safa.

“Sarah nak laptop dengan iPhone baru, boleh tak?” soal Sarah sambil memeluk erat lengan mama dan papanya manja, Khai dan Asilah sudah tersenyum manis seraya mengangguk. Sarah sudah bersorak gembira.

Safa turut tersenyum, kalau kakak boleh dapat. Dia pasti dia pun boleh dapat memandangkan keputusan PT3 tidak kurang hebatnya.

Daun pintu di tolak, mereka semua beralih memandang ke arah Safa.

“Safa, dah balik ke? Kenapa mama tak dengar?” soal Asilah mendatar, tiada langsung nada ceria seperti tadi. Safa mengukirkan senyuman manis sebelum mendekati papa dan mamanya lalu cuba di gapai kedua tangan orang tuanya.

Asilah menghulur tangannya malas.

“Safa panggil mama dengan papa tadi, tapi tiada siapa menyahut. Ibu Ros bagitahu Safa, mama dengan papa ada dekat sini. Itu yang Safa ke sini, hm. Sebenarnya Safa nak bagitahu mama dengan papa sesuatu.” ujar Safa sambil tersenyum teruja.

Khai dan Asilah cuma mengangguk malas, Sarah pula sudah tersenyum sinis.

“Apa yang Safa nak cakapkan?” soal Khai tiada reaksi.

“Safa----”

“Mama, papa. Sarah rasa nak makan baskin robbins lah, jom pergi beli. Lagipun hari ini Sarah dah dapat keputusan yang baik, dan boleh terus kita pergi beli laptop dengan iPhone Sarah yang baru.” potong Sarah sambil menyembunyikan senyuman puas.

Safa terdiam sambil menekur memandang lantai putih.

Hatinya terasa hiba.

“Sarah nak makan baskin robbins? Jom, abang jom.” tangan Khai di tarik Asilah lalu mereka bertiga berlalu pergi, Safa di tinggalkan termangu sendiri.

“Tapi pa Safa belum habis cakap, mama?” soal Safa sedikit terasa, dirinya memang tidak pernah di pedulikan.

“Malam nanti Safa bagitahu, mama dengan papa sibuk dengan kak Sarah ni.” jerit Asilah dari dalam rumah, selepas itu isi rumah di penuhi gelak mereka anak-beranak. Manakala Safa dengan hatinya yang terluka.

Kenapa Safa tak pernah penting dalam hidup mama dengan papa?

Slip keputusan di pandang kosong.

Air matanya pelan menitik setitik demi setitik membasahi slip keputusannya.

Rosnah memandang di sebalik daun pintu, hatinya turut terasa di carik-carik kasar. Air mata ibunya turut mengalir, dia faham penderitaan yang Safa rasai. Dia hanya mampu memandang dari jauh, bila gadis kecil itu akan merasa bahagia?

Safa Shakeela.

Gadis 15 tahun yang tidak di pedulikan langsung oleh ahli keluarganya.

***

Bersambung.

Jadikan Aku Yang Pertama.Where stories live. Discover now