◾6

5K 331 16
                                    

                          BATU nisan yang tertulis nama ibu kandung di tatap sepi, air matanya menitis langsung di biarkan.

Nur Shifa Binti Ayob.

Tangannya mengelus nama yang terukir di batu nisan itu tanpa henti, Rosnah memeluk erat bahu Safa. Dia tahu rasa yang di rasai gadis itu sekarang, kalau Shifa tahu apa anak di hadapi selama 18 tahun ini. Mesti wanita itu tidak akan memberi anaknya pada mereka 18 tahun lalu.

“Asalamualaikum ibu, ibu ni Safa datang melawat ibu. Ibu apa khabar dekat sana? Ibu..Safa rindu ibu, ibu kenapa tinggalkan Safa masa Safa masih perlukan ibu? Kenapa ibu pergi awal sangat?” ujar dengan nada tersedu-sedan.

Rosnah sebak.

“Ibu, Safa teringin sangat nak jumpa ibu. Safa teringin nak tengok wajah ibu macam mana, ibu Safa minta maaf sebab baru hari ini Safa tahu sebenarnya Safa anak ibu bukan Puan Asilah.” wajahnya merah padam kerana teresak.

“Safa sabar nak..nanti sedih ibu Safa kalau tengok Safa macam ini.” pujuk Rosnah, bahu Safa di gosok pelan.

“Ibu-------

Safa nak jumpa ibu. Ibu sayangkan Safa tak? Ibu tahu tak selama Safa tinggal dengan Puan Asilah dengan Tuan Khai, Safa tak di jaga dengan baik. Safa langsung tak rasa di sayangi, Safa teringin sangat nak jadi macam orang lain. Orang lain ibu bapa diorang sayang walau apapun tapi Safa-----

Sebab Safa anak haram. Puan Asilah dengan Tuan Khai benci Safa, sebab Safa hasil keterlanjuran ibu Puan Asilah layan Safa dengan teruk. Sebab Safa bukan anak yang di kehendaki, papa kandung Safa benci dan tak anggap Safa sebagai anak langsung. Safa di halau macam anjing kurap---Safa sakit ibu.

Safa hina di mata Puan Asilah dan Tuan Khai. Ibu Safa hina sangat ke? Ibu jawab Safa bu---” ujarnya teresak-esak.

Kepalanya di letakkan ke batu nisan ibunya.

Rosnah menarik Safa ke dalam pelukan, air mata gadis itu di hapuskan. Mata Safa yang sudah merah dan bengkak di pandang lama sebelum di hapuskan sisa baki air mata.

“Safa dengar cakap ibu Ros, mulai hari ini Safa akan dapat kasih-sayang ibu Ros. Mulai hari juga, ibu Ros akan jaga Safa sampai bila-bila. Ibu Ros takkan biarkan Safa tersiksa macam dulu lagi, ibu takkan benarkan. Ibu Ros janji.” tubuh Safa di tarik ke dalam pelukan semula. Safa tersenyum nipis.

Pelukan Rosnah di balas erat.

“Terima kasih ibu..” Rosnah terkesima.

Dia melepaskan pelukan dan memandang Safa lama.

“Safa nak panggil ibu dengan panggilan ibu boleh?” soal Safa pelan, Rosnah tersenyum seraya menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

“Sentiasa boleh sayang, ibu pun teringin sangat nak ada anak perempuan. Selama ini ibu cuma ada anak lelaki je.” ujar Rosnah.

Safa membulatkan mata.

“Ibu ada anak ke?” soal Safa tak percaya.

Kesedihannya sebentar tadi ibarat tidak pernah terjadi.

“Ada, nanti ibu perkenalkan. Ibu ada dua anak lelaki, seorang sekolah lagi. Seorang lagi dah kerja tapi jual burger je.” cerita Rosnah, Safa teruja. Jadi dia bakal ada adik-beradik angkat baru?

“Wah! Safa teruja nak kenal dengan mereka. Tapi diorang boleh terima Safa ke ibu?” sinar kegembiraan Safa pelan pudar, dia takut anak-anak lelaki Rosnah sama macam Sarah. Benci akan dirinya.

Rosnah lantas menggeleng.

“Anak-anak ibu mesti lagi suka dengan kehadiran Safa---

Safa jom kita gerak, negeri sembilan masih jauh lagi perjalanannya ini. Safa nak tahu tak? Dekat Port Dickson ada pantai tau, Safa suka pantai tak?” soal Rosnah sambil menggulung tikar.

Jadikan Aku Yang Pertama.Where stories live. Discover now