◾8

4.7K 312 11
                                    

                          SAFA telan air liur yang terasa payau, lelaki dengan plastik berwarna oren berjalan mendekatinya. Mukanya tersangat serius, jantung Safa berdetak lebih laju.

“Kau siapa? Macam mana kau boleh ada dalam rumah aku?” soalnya kasar tatkala sudah sampai tepat di hadapan Safa, Safa menelan air liur sekali lagi.

Kenapa bibir dia tak boleh nak buka ni?

“Safa--------

Em Safa----” lidahnya terasa kelu, pandangan lelaki itu terlalu menyeramkan.

“Safa, anak angkat ibu. Adik Nauf sekarang.” satu suara yang menyentakkan mereka berdua, Naufal terus membalikkan badannya. Matanya membulat besar.

“Ibu? Macam mana ibu boleh ada dekat sini ni? Kenapa ibu tak cakap dengan Nauf yang ibu balik?” soal lelaki dan terus mendapatkan ibunya, Rosnah tersenyum dan mengelus rambut anak lelaki sulungnya lembut.

Naufal terus menarik ibunya ke dalam pelukan.

Rindu teramat!

Sudah berbulan mereka berpisah disebabkan ibunya harus berkerja demi membantu menyara keluarga mereka.

“Siapa dia? Macam mana ibu boleh kutip dia ni?” soal Naufal selepas melepaskan pelukan, matanya memandang singa ke arah Safa yang sudah menikus. Rosnah tersenyum, kenal dengan sikap tegas anaknya yang pertama itu.

“Mari duduk dulu----

Safa ikut ibu sini sayang.” Safa mengangguk akur sebelum meletakkan gelas kaca ke atas meja dan bergerak mendekati Rosnah serta Naufal.

Naufal masih tidak berhenti menilik muka Safa dengan pandangan tajam.

Nampak ketidakpuasan hati itu.

“Nauf ni Safa------

Anak angkat ibu. Ibu ambil dia sebagai anak angkat ibu sebab---” Rosnah memandang Safa lama sebelum memandang Naufal yang sudah dingin mukanya.

“Sebab ibu kandung dia dah meninggal dunia, dia dah sebatang kara. Ibu kasihankan dia, memandangkan kontrak ibu tamat awal jadi ibu bawa dia ke sini dan jadikan dia sebagai anak angkat ibu, adik baru Nauf.” Naufal sudah terlongo.

Nak jaga Nazmi pun susah!

Tambah lagi seorang?

Beban!

“Ibu ni kasihan tak bertempat betul, masalahnya ibu tahukan duit kita bulanan pun tak cukup ini nak bela anak yatim piatu pula! Ini ibu sudah tak berkerja lagi susah kita tiap bulan, ibu tahu jual burger bukan laku sangat pun. Itu pun ikut rezeki.” marah Naufal tapi nadanya masih di kawal.

Dia hormat ibu dia walaupun ibunya suka buat keputusan tanpa berbincang dengan dirinya.

Rosnah mengeluh berat.

Safa menunduk.

Air matanya bertakung.

Nampak sangat dia sentiasa menjadi beban buat semua orang.

Kenapa dia suka susahkan orang?

“Nauf tak patut cakap macam itu----kasihan Safa. Kalau Nauf yang berada di tempat Safa dan Safa cakap macam itu pada Nauf, apa Nauf rasa? Lagi satu, Safa perempuan Nauf.

Dia masih muda. Baru habis SPM, pasal duit dan makan. Itu rezeki Nauf, mana ada itu kita guna dan makan. Kalau tiada, kita berserah pada Allah. Rezeki ada di mana-mana Nauf, nanti ibu cari kerja lain. Nauf jangan risau.” pujuk Rosnah.

Naufal terdiam lama.

Sebelum mengangkat tangan ke udara tanda mengalah.

“Nauf ikut cakap ibu, ibu dah makan? Kalau belum, jom kita makan burger ada Nauf bungkus bawa balik nak bagi Naz. Nauf ingat ibu takde itu Nauf bungkus untuk Naz je.” ujar Naufal lembut, dia memang tak suka bergaduh dengan ibunya.

Dia tak suka melawan, dia mudah mengalah.

Disebabkan Rosnah menyenangi kedua sikap anak bujangnya.

Mendengar kata.

Rosnah menggeleng.

“Nauf simpan jelah, ibu ada simpan lauk untuk Nauf. Nauf nak? Kesian anak ibu asyik makan burger je, muka pun dah macam burger.” Naufal pandang Safa sekilas sebelum dia menggeleng.

Dia sebenarnya penat.

Hari ini customer banyak, itu yang dia agak menghabiskan banyak tenaganya untuk melayan customer. Safa masih menunduk memandang jari, dia masih diselubungi rasa bersalah.

“Nauf penat. Nauf makan esok je eh? Nauf masuk bilik tidur dulu eh ibu?” Rosnah mengangguk dan tersenyum sambil menghantar pemergian anak pertamanya dengan pandangan.

“Safa pergi tidurr balik----

Esok Naz nak bawa Safa pergi ke pantai kan?” soal Rosnah, Safa mengangguk.

“Em-----ibu Safa nak tanya sesuatu.

Safa ni bawa nasib malang ke sebab menyusahkan ibu dengan anak-anak ibu untuk jaga Safa, Safa rasa..apa abang Nauf cakap tu betul. Bela Safa akan bawa beban kepada keluarga ibu.” ujar Safa dengan nada sayu.

Air mata yang mengalir di tepis laju.

Rosnah mendekati Safa lalu bahu gadis itu di cengkam.

“Bagi ibu semua tidak benar, Nauf dia memang macam itu. Dia jenis tak biasa sangat dengan orang luar ni, dia jenis kurang sosial sejak ayah dia meninggal dia berubah. Safa kena bersabar sikit dengan dia, tapi percayalah kata ibu. Nauf dia baik, sangat baik.

Kalau dia boleh terima Safa nanti, Safa pun akan bosan dengan sikap dia yang terlebih baik tau. Safa tak bawa beban pada ibu dan anak-anak ibu, jangan risau dan jangan fikirkan.” pujuk Rosnah.

Safa terdiam.

Pelan dia mengangguk akur.

Rosnah di dakap sekejap.

“Terima kasih ibu, Safa sayang ibu.” Rosnah mengangguk sambil mengelus kepala Safa yang berlapik dengan tudung.

“Ibu pun sayang Safa.”

Dari tepi sudut, Naufal memandang dan mendengar perbualan Rosnah dan Safa. Dia tersenyum pendek, jantungnya yang berdebar-debar laju di sentuh.

Dia tak pernah rasa macam ni dengan perempuan.

Selama ini dia ingatkan dirinya tak normal.

Tapi sebenarnya tak,

Dia tak pernah rasa macam ni sebab dia tak jumpa yang sesuai lagi.

Dan sekarang dia dah jumpa.

She's the one.

Selesai memerhati dia menapak masuk ke dalam bilik, dan menutup daun pintu. Badan di rebahkan ke katil, tangannya di letakkan ke dahi. Bibirnya tidak berhenti tersenyum.

“Lawa---------” bisiknya pelan sebelum menutup kelopak matanya.

***

Bersambung.

Jadikan Aku Yang Pertama.Where stories live. Discover now