PUBG- 3

4.1K 474 65
                                    

▄︻̷̿┻̿═━一

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

̷̿̿

" haih, malas la! " , jerit aku kuat menandakan aku malas nak terlibat dalam mata pelajaran pj ni.

" kau memang semua bendanya malas. Selalunya orang suka bila subjek pj, sampai kat kau heh malas memanjang " , kata junhye yang masih ralit mengikat rambutnya tinggi.

" engkau, diam " , kata aku sambil menjeling dia dan dia membalas dengan jeliran lidah dia tu.

Aku mengikat rambutku menjadi sanggul yang tinggi. Perh, sekali pandang macam orang yang baru lepas bersalin woo.

" dah siap belum? " , soal junhye sambil menyimpan uniform sekolahnya kedalam loker.

" dah " , kata aku dan mengunci pintu loker yang aku simpan uniform aku tadi.

Dan kami berdua pun keluar dari bilik persalinan baju untuk pelajar perempuan dan jalan terus menuju kearah padang.

Semua pelajar kelas aku sudah berada di padang dengan pakaian sukan. Aku sudah mula buat muka cemberut yang menunjuk bahawa aku sangat malas untuk pj harini.

Walaupun aku sedar yang aku ni atlet yang berguna dan sangat tangkas dan bijak dalam sukan tapi aku memang malas bila waktu pj tu sampai.

Aku pun tak tahu kenapa aku ni pelik sangat HAHAHA.

" okay, harini kita akan bermain bola beracun yeay! " , kelihatan saem syok sendiri di situ.

" kamu semua boleh pilih dengan sape kamu nak berkumpulan. Okay! Berkumpul cepat! " , kata saem nyaring.

Aku pun ikut jelah belakang badan junhye yang tengah cari pasukan untuk jadikan kumpulan yang baik.

" haeryin, junhye jomlah join kumpulan aku " , aku dan junhye memandang doyeom yang memanggil untuk sertai dia.

Aku dan junhye pun pergi kearahnya dan tersenyum bila dia senyum. Kita kena rajin bersedekah ya anak anak.

" wah! Kumpulan kita ade junhye dan haeryin lah! mesti kita boleh menang kan kan? " , kata sora dengan nada yang gembira.

Aku dan junhye memang atlet. Kadang kadang kiteorang ni berlawan jugak berdua. Nak buat macam mana? Dah rumah sukan kiteorang tak sama.

" hee suka kau eh " , kata aku sambil tersengih dan sora pun sengih jugak dan sengihan kiteorang hilang bila saem suruh bersedia cepat.

Dan kami pun mulalah main. Ha dengan tangkasnya aku mengelak, menyambut dan membaling.

̷̿̿

Aku meneguk air mineral aku yang sejuk itu dengan rakus sebab penat selepas 2 jam bersukan tadi.

Manik manik peluh yang terdapat pada dahi aku, aku lap lembut menggunakan tuala kecil yang elok tersangkut pada leherku.

Aku melihat junhye yang sudah pun menukar dari baju sukan ke uniform sekolahnya semula.

" eh kau? Tak tukar baju lagi " , junhye menayangkan wajah huduh dia tu. Acah garang pulak minah ni.

" japlah, aku minum air tadi " , kata aku dan membuka pintu loker untuk mengambil baju uniform aku.

Setelah aku mengambil baju uniform aku, aku terus berjalan masuk ke dalam ruang persendirian dan menukar baju.

Selepas siap aku menukar baju, aku dan junhye keluar dari tempat persalinan baju itu dan berjalan menuju ke kelas.

Kaki kami berhenti berjalan apabila terdengar suara seorang lelaki memanggil junhye.

Walaupun dia memanggil junhye tapi aku pun jadi terhenti sebab aku dan junhye berjalan bersama.

Aku dan junhye pandang menghadap gerangan suara yang memanggil dan ianya oppa junhye a.k.a crush aku.

" ha kenapa? " , soal junhye bersahaja dan oppanya tersenyum menunjukkan barisan gigi arnabnya yang comel.

Omo, haeryin di sini sudah cair melihat senyuman dia yang sungguh menawan hati dan comel itu.

" oppa nak mintak tolong jun jadi partner oppa untuk pertandingan tarian berpasangan akan datang. Boleh tak? " , jungkook sudah membuat aegyeo di hadapan aku dan junhye.

Dengan muka meluat junhye itu dia membalas.

" yelah yelah, dah takyah buat muka camtu. Buruk tahu ak? " , jeling junhye. Kepala hotak ko buruk, comel je aku tengok.

" hehe thanks uri dongsaeng! " , kata jungkook ceria dan ura ura ingin memeluk junhye tapi dengan pantas junhye mengatakan sesuatu.

" dengan syarat! " , terus jungkook memuncungkan bibirnya. Mencebik mungkin.

" jun nak bawak chingu jun ni sekali kalau kita ade practice even dekat rumah sekali pun. Boleh? " , soal junhye.

Dan jungkook hanya mengangguk laju. Aku dalam diam dah tersenyum sumbing menandakan aku suka dengan syarat junhye itu.

Dapatlah aku usya dia selalu. Hehe

" √ " ♡ PUBG • JJKWhere stories live. Discover now