Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
▄︻̷̿┻̿═━一
" HACHUM! — " , aku terbersin kuat sampai semua pelajar yang ada kat kantin ni memandang aku.
" ya tuhan, teruk betul demam selesema kau ni beb. Tengok hidung kau ha, dah merah merah. Ni bukan nak cendol, ni nak abc ni " , kata junhye sambil mengusap usap belakang badan.
" kepala hotak kau—HACHUM! " , aku bersin tepat pada muka junhye kemudian aku tertawa kuat.
" taik kucing punya member " , junhye membuat muka pasrah dan mengelap muka dia yang terkena sisa sisa hingusan aku.
" haeryin, nah " , jungkook yang baru sahaja sampai memberi aku sepapan panadol. Aku lantas mengambilnya.
" makan semua " , kata jungkook. Aku dan junhye dah tayang muka terkejut. Dia nak aku mati ke siel?
" hehe, gurau je " , jungkook tersengih kerang. Dan duduk di hadapan aku sambil menggaru belakang kepalanya.
Tiba tiba terasa gatal mungkin.
" tadikan, aku nampak jinyoung bersembang dengan yura " , kata jungkook membuka bicara.
" ha so? Biar jelah " , Jawab junhye.
" tapi cara dia bersembang tu bukan main beria do. Dengan muka muka jahat sekali dia buat, kalau nak rancang benda jahat untuk putuskan hubungan aku dengan haeryin sekali pun takyah la bercakap siap buat muka jahat tu. Hodoh tahu " ,
Jungkook memeluk tubuhnya. Dia ni kuat membawang jugak eh, kenapa sekolah aku ni ramai pakcik bawang dari makcik bawang?
" weh aku dah ter-imagine do—HACHUM! " , dan ya yang itu aku yang bercakap kalau dah ada hachum belakang dia.
" better kau takyah bercakap la weh. Asalkan kau sembang je terbersin, aku yang dapat tempias masalahnya " , junhye membuat muka pasrahnya.
" kau rasa jinyoung ada wat plan ape? Bebal jugak budak tu rupanya ya. Nak pecah pecahkan hubungan orang, selalunya perempuan yang buat gitu " , kata jungkook lagi.
" hm mungkin sebab dia terlampau sukakan haeryin, sebab tu bercakap pun macam syaiton nirojim " , kata junhye pula.
" jadinya, jinyoung tu hipokrit la kan? " , soal aku pula. Mereka berdua menganggukan kepala.
Kami berdiam diri dan memikirkan tentang ini sambil menghirup air minuman kami semua.
" um korang ni gaduh ke? " , taehyung yang tiba tiba duduk disebelah jungkook menyoal.
" ha? Taklah, kiteorang tengah fikirkan strategy " , jawab junhye dan sambung berfikir.
" korang nak main bola ke? " , soal taehyung lagi.
" kau tak tahu ape ape baik diam " , kata jungkook dengan nada yang menyampah. Sibuk betul taehyung ni.
" alorh, nak amik tahu pun tak oleh " , kata taehyung dengan nada gediknya.
" kau tu mulut petak. Tak boleh di percayai— HASYIM! " , dah kalini aku cuba kawal bersin aku.