💘06💘

1.7K 146 31
                                    

🛏🛏🛏🛏🛏

Selesai sahaja kami makan malam, aku dengan Jongki Oppa sambung bermain video game sehinggalah larut malam.

Nasib baik esoknya Jongki Oppa ada kerja, kalau tak sampai esok aku main game.

Mamandangkan aku tidak mengantuk lagi, aku berdiri di balkoni bilik aku.

Rasa seram sejuk pulak berdiri seorang-seorang.

Baru je aku nak masuk semula ke dalam bilik aku, ada satu bunyi yang kuat menarik perhatian aku.

Aku pandang ke bawah.

Kelihatan motor🏍 seperti Hyunjae bawa berhenti di hadapan sebelah rumah Jongki Oppa.

Baju yang dia pakai, ialah seragam sekolah aku.

Aku tak sabar melihat wajah yang bawa motor itu.

Hyu-Hyunjae?!😮

Betul ke apa yang aku nampak?

Macam mana aku tak perasan yang ada Namja kacak tinggal di sebelah rumah Jongki Oppa ni?

Kalau dia tinggal dekat sebelah rumah Jongki Oppa...

Jadinya...

Aku berjiran dengan Pengetua sekolah?!

Woah!!😮

Amazing!!

Tapikan...

Kenapa dia masih pakai baju sekolah?

Takkan dia baru balik?

Dia pergi mana eh?

-

☉☉☉☉☉

Kali ni aku bangun sedikit awal.

Bangun-bangun je, aku terus pergi ke balkoni.

Buat apa?

Ngendap Hyunjae la...😋

Aku melihat di depan rumah Hyunjae.

Kelihatan 11 motor di depan rumah Hyunjae.

Ini mesti geng-geng dia.

Awal juga diorang bangun.

Kalah aku yang anak dara ni.

"Jaerin!! Bangun!!" Jongki Oppa menjerit di luar bilik aku sambil mengetuk-getuk pintu bilik aku.

Aku buka pintu.

"Jaerin!! Ba- eh? Dah bangun?" Kata Jongki Oppa pelik.

"Oppa ingat.. Jaerin tak pandai bangun awal?" Soalku.

"Eleh...dah lah pergi mandi. Busuk!" Perli Jongki Oppa.

Aku bau diri aku.

"Mana ada. Minyak wangi semalam masih melekat lagi dekat badan Jaerin. Oppa yang busuk!" Balasku sambil tutup hidung.

Jongki Oppa juga turut bau dirinya.

"Oppa tak busuk lah!" Nafi Jongki Oppa dan berjalan pergi.

"Eleh..dah busuk..tak nak mengaku..."

Aku berjalan masuk ke dalam bilik air dan bersihkan diri.

-

"Oppa. Dah jom gerak" kataku sambil menyarungkan kasut pumaku.

"Awalnya? Makanan dalam mulut tu pun tak dikunyah lagi.." kata Jongki Oppa sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya.

"Ala Oppa...cepatlah.." kataku yang sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now