💘32💘

1.3K 127 21
                                    

"Tolong jagakan Hyunjae." Kata Pengetua Lee.

"Ja-Jaga Hyunjae?"

Diri aku sendiri pun aku tak terjaga lagi orang lain...

"Kenapa? Kamu tak boleh tolong ke?" Soal Pengetua Lee dengan wajah yang minta simpati.

Rasa bersalah pulak nak cakap tak boleh.

"Emmm..Baiklah. Saya akan jagakan Hyunjae." Kataku terpaksa.

"Jinjja? Terima kasih Jaerin...Kalau ada apa-apa, cakap je dengan saya."

Aku hanya anggukan kepala aku.

Aku tunduk hormat pada Pengetua Lee dan berjalan menunju ke kelas.

-

(DI KELAS)

Aku pandang Hyunjae yang masih meletakkan kepalanya di atas meja.

Aku melepaskan keluhan berat.

Macam mana aku nak jaga dia eh?

🔔🔔DING DONG DENG...🔔🔔

📢Perhatian kepada semua pelajar, Sila berkumpul di dewan sekarang. Ulang suara... Perhatian kepada semua pelajar, Sila berkumpul di dewan sekarang.📢

🕭🕭DING DONG DENG...🕭🕭

Semua budak kelas aku dan termasuklah pelajar-pelajar kelas lain turus berjalan menunju ke dewan apabila mendengar arahan sebentar tadi.

"Jaerin Jom!" Ajak Yunmi.

"Kau pergilah dulu. Aku ada sesuatu nak kena buat. Nanti aku pergi" kataku.

"Ouh..okey..."

Yunmi berjalan menunju ke dewan bersama dengan member-membernya yang lain.

Aku pandang Hyunjae yang masih setia dengan melekatkan kepalanya di atas meja.

"Yah! Hyunjae. Jomlah pergi ke dewan" ajak Sunwoo.

"Korang pergilah dulu.." kata Hyunjae tanpa membuka matanya.

Semua membernya keluar dari kelas dan tinggalkan Hyunjae seorang diri di dalam kelas.

Aku berjalan mendekatinya.

"Hyunjae. Kalau kau tak sihat aku bawakan kau ke bilik perubatan sekolah" kataku sambil pandangnya.

"Aku tak nak pergi bilik perubatan"

"Habis tu takkan kau nak duduk dekat kelas ni seorang-seorang. Aku nak pergi ke dewan ni"

Hyunjae hanya diamkan diri.

Aku melepaskan keluhan berat.

Baru je aku nak melangkah pergi, Hyunjae memegang tangan aku.

Aku pandangnya.

Hyunjae buka matanya dan pandang aku dengan matanya yang layu.

"Aku nak ikut kau pergi dewan." Kata Hyunjae.

"Tapi kau tak sihat. Boleh ke kau ke dewan? Dewan dah lah jauh. Kalau bilik perubatan tu dekat je."

"Aku nak ikut kau ke dewan jugak" kata Hyunjae.

"Huh..yela..Dah jom..."

Aku bantunya bangun.

Aku melilitkan tangan aku pada lengannya.

Aku bantunya jalan hingga ke dewan.

-

Sampai sahaja didewan, dewan sudah penuh dengan semua pelajar.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz