💘22💘

1.4K 126 46
                                    

"Emm...apakata kau tanam barang kau tu." Cadang Jaerin yang tiba-tiba muncul.

"Tanam? Boleh ke?" Soal Soomin.

"Boleh je...aku pun tanam barang aku jugak. Cikgu Hoshi yang bagi cadangan tu." Beritahu Jaerin.

"Jinjja? Kalau macam tu aku nak tanamlah barang aku."

Soomin tanam barangnya di depan khemah miliknya.

-

"Ok! Pelajar lelaki dah boleh keluar dan mula mencari. Saya hanya beri 10 minit je untuk cari" Cikgu Boo beri arahan pada pelajar lelaki.

Selepas dapat arahan dari Cikgu Boo, Semua pelajar lelaki keluar dari khemah.

Yewon tidak lepas pandang ke arah Younghoon yang hendak menyarungkan kasutnya.

Younghoon terasa ada sesuatu dalam kasutnya.

Younghoon memasukkan tangannya ke dalam kasutnya, dan terjumpa beg plastik yang berisi getah rambut Yewon.

Younghoon membelek-belek getah rambut itu lalu pandang Yewon yang sedang pandangnya.

Yewon mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Younghoon tersenyum lalu masukkan getah rambut itu ke dalam kocek seluarnya.

-

Jiwon dan Yunmi hanya memerhati Kevin dan Jacob yang berjalan mendekati pokok dimana beg plastik Yunmi di sangkut.

Mereka berdua pandang ke arah atas pokok itu dan nampak beg plastik Yunmi.

"HAHAHAHA!!! Aku dah jumpa!" Kata Kevin gembira.

Kevin melompat-lompat untuk ambil beg plastik itu.

Tapi, tidak berjaya.

"HAHAHAHA!!! Pendek...." perli Yunmi.

"Mana ada aku pendek! Kau yang pendek." Balas Kevin.

"Jacob tolong angkat aku"

"Tak naklah...kau suruhlah Sangyeon. Sangyeon kuat" tolak Jacob dan berjalan mendekati Cikgu Seokmin.

"Cikgu! Saya tahu Cikgu ada barang milik Jiwon kan.." kata Jacob pada Cikgu Seokmin.

"Ma-mana ada..." tipu Cikgu Seokmin sambil pandang Jiwon.

Jiwon terkejut.

Jacob berjalan mengelilingi Cikgu Seokmin dan jumpa beg plastik milik Jiwon yang disembunyikan di kocek belakang seluar Cikgu Seokmin.

Jiwon berjalan mendekati Jacob.

"Macam mana kau tahu aku bagi barang aku dekat Cikgu Seokmin? Kau mengintai eh?" Soal Jiwon tak puas hati.

"Mana ada! Jangan nak main menuduh je eh! Kalau kau nak tahu, kau ada dekat depan khemah kitaorang masa kau cakap dengan Yunmi tentang tempat persembunyian barang kau." Beritahu Jacob.

Roh Jiwon sudah melayang kerana terkejut.

"Lain kali hati-hati masa bercakap tu" nasihat Jacob dengan senyumannya.

-

"Sangyeon, tolang aku" Kevin meminta tolong pada Sangyeon.

"Kau nak aku tolong apa?" Soal Sangyeon.

"Angkat aku. Aku nak ambil beg plastik atas pokok tinggi tu." Beritahu Kevin.

Sangyeon setuju untuk angkat Kevin

Kevin duduk di atas bahu Sangyeon dan capai beg plastik itu.

"YES! Aku berjaya!"

Apabila sahaja Sangyeon turunkan Kevin ke bawah, Kevin pergi ke arah Yunmi.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें