💘27💘

1.3K 121 23
                                    

(DI KELAS)

Sejak aku masuk ke dalam kelas, aku asyik termenung memikirkan tentang orang yang tulis kertas tu.

Aku tak tahu kenapa aku asyik ambil kisah tentang kertas tu.

Kertas tu bukan aku punya pun...

Lamunan aku terhenti apabila mendengar bunyi pintu kelas dibuka oleh seseorang.

Aku memandang susuk tubuh yang masuk ke dalam kelas aku itu.

"Oh?! Cikgu Park! Kenapa datang sini?" Soal Cikgu Nam yang berada dalam kelas aku.

"Saya datang sini sebab nak hantar pelajar baru." Beritahu Cikgu Park.

"Ouhh..yeke...Pelajar baru sila masuk." Arah Cikgu Nam mesra.

"Saya pergi dulu la ye..." kata Cikgu Park.

"Baiklah.."

Selepas sahaja susuk tubuh Cikgu Park hilang, Cikgu Nam mula menyuruh pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.

"Annyeonghasaeyo...Nama saya...Min Hana...Panggil saya Hana je.." kata Pelajar baru itu dengan teragak-agak.

"Weh! Nama kau sama dengan dia la!" Kata Mikyong pada Hara.

"Mana ada! Nama aku Hara la. Bukan Hana!" Balas Hara.

"Ouhh..yeke..sorry-sorry.."

Aku hanya mengelengkan kepala aku melihat gelagat budak dua orang tu.

Tapi kan...

Ada sesuatu yang pelik pada pelajar baru tu...

Sejak dia masuk ke dalam kelas ni, dia asyik pandang Juyeon je..

Juyeon pulak mengelak dari pandang Hana.

Diorang dah kenal satu sama lain ke?🤔

Hana ambil tempat duduk di sebelah Jiae.

-

Yena tak datang, jadi aku rehat dengan kawan-kawan kem perkhemahan aku.

Kami juga tidak lupa untuk ajak Hana sekali.

Sepanjang kami memenuhi perut kami dengan pelbagai makanan, aku perhati je Hana tu..

Dia asyik pandang Juyeon yang sedang makan...

Apabila Juyeon perasan yang Hana pandang dia, Dia balas dengan jelingan tanjam pada Hana.

Rahsia apa yang diorang sedang sembunyikan ye?

-

🏠🏠🏠🏠🏠

"Oppa! Oppa!" Jeritku sambil berlari ke arah Jongki Oppa aku yang sedang main video game.

"Yah! Habis Oppa kalah disebabkan Jaerin..." marah Jongki Oppa.

"HAHAHA!! padan muka!!" Balasku sambil menjelir lidah pada Jongki Oppa.

"Amboi..pandai eh sekarang main jelir-jelir lidah dekat Oppa. Oppa potong lidah tu baru tahu.."

"Ala..Oppa ni.. Jaerin bergurau je..."

"Huh! Berguraulah sangat.. Ha! Kenapa Jaerin panggil Oppa tadi?" Soap Jongki Oppa.

"Oppa, Tiket MAMA Hongkong tu dah dapat?" Soalku.

"Pasal tiket tu, Oppa belum dapat lagi. Ingat senang ke nak dapat tiket tu..."

"Ala Oppa.. Dapatkanlah Tiket tu untuk adik kesayangan Oppa ni..."

"Yela...nanti Oppa tanya orang dalam"

"Yaey!!! Sayang Oppa!!" Aku peluk Jongki Oppa.

"Oppa pun sayang Jaerin jugak.."

-

🏫🏫🏫🏫🏫

Aku berjalan menunju ke kelas.

Sampai sahaja di depan kelas, aku nampak Hana dengan Juyeon berada di dalam kelas.

Mereka berdua seperti sedang bercakap sesuatu yang penting.

Aku undurkan sedikit kebelakang, dan mengendap mereka berdua dari luar kelas.

Wajah Hana menampakkan dia sedang sedih sekarang ni, manakala Juyeon pula seperti sedang marah.

Keadaan dalam kelas itu tersangatlah tegang.

"Yah!" Tegur seseorang yang berdiri di sebelah aku.

Aku pandang ke arah milik suara itu.

Ianya Hyunjae.

Aku pandangnya dengan hanya sekilas pandang dan pandang semula ke arah Hana dan Juyeon.

"Kau buat apa ha dekat sini? Kenapa tak masuk kelas?" Soal Hyunjae.

"Takkan kau tak nampak apa yang jadi dekat dalam kelas tu?"

Aku menunding jari aku ke arah Hana dan Juyeon.

"Jadi?"

"Jadi...kau tak rasa ke diorang ada simpan sesuatu rahsia dari kita?"

"Rahsia?" Hyunjae blur.

"Ish! Dia ni. Dah la. Malaslah aku nak bercakap dengan kau."

Aku berjalan masuk ke dalam kelas dengan bertujuan untuk hentikan suasana tegang di dalam kelas itu.

Apabila sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas, mereka berdua pandang aku.

Mereka hentikan perbualan mereka.

Juyeon berjalan keluar dari kelas dan manakala Hana pulak duduk di tempatnya.

Aku duduk di sebelahnya.

"Kau Okey?" Soalku pada Hana.

"Ha? N-Nae..." jawab Hana.

Walaupun dia cakap okey, tapu aku tahu yang dia tak okey sebenarnya.

"Hana. Kalau kau ada apa-apa masalah, kau luahkan je pada aku. Aku setia mendengarnya..." kataku dengan senyuman.

Hana tidak berkata apa-apa.

Aku tulis nombor telefon aku di atas kertas kecil dan berikan padanya.

"Kau ambilah nombor telefon aku ni. Kalau kau nak luahkan sesuatu pada aku, kau telefon je. Okey.."

"N-Nae..Gomawo Jaerin.." ucapnya sambil mengambil kertas itu.

Aku bangun dan berjalan ke tempat aku.

Baru je aku nak duduk, Hyunjae panggil aku.

Aku menoleh ke arahnya.

"Kau nak apa lagi?!" Soalku tak puas hati.

"Kau bagi aku kertas cinta pada aku lagi eh?" Soal Hyunjae sambil menunjuk kertas kecil yang Hyunjae pernah dapat seperti sebelum ni.

"Ma-Mana ada!! Aku kan dah cakap, bukan aku yang bagi!" Ujarku.

"Yela tu... kau sebenarnya dah lama suka aku kan?" Kata Hyunjae sambil jongkitkan kening kirinya.

"Ma-Mana ada aku s-suka kau.. Kau jangan nak perasanlah.." balasku gagap.

"Hyunjae.." mencelah Hana.

Kami berdua pandang Hana yang duduk di tempatnya.

"Sebenarnya tadi masa aku nak masuk ke kelas, ada seorang pelajar perempuan keluar dari kelas kita. Aku ryasa dia bukan pelajar dari kelas ni dan bukan Jaerin yang bagi kertas tu." Beritahu Hana.

"Ha! Kau dengarkan. Bukan aku yang bagi kertas tu.." kataku dan duduk di tempat aku.

Kenapa hati aku tiba-tiba rasa sakit?

Kenapa aku rasa cemburu?










TBC

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now