💘19💘

1.5K 135 72
                                    

🏕🏕🏕🏕🏕

"Yes! Akhirnya siap jugak" kataku sambil merengangkan badan.

Sebenarnya, khemah aku dengan Jiae yang paling last siap.

Diorang yang dah dirikan khemah sudah melelapkan diri.

Sampai hati diorang tak nak tolong kitaorang.

Baru je aku dengan Jiae nak merasai duduk dalam khemah, Cikgu Boo muncul.

"Mana yang lain?" Tanya Cikgu Boo.

"Diorang tengah tidur" beritahu Jiae.

"Tidur?"

Cikgu Boo berjalan mendekati khemah pelajar lelaki.

"BANGUN!!!" Jerit Cikgu Boo sambil menggoncang khemah New dengan Eric.

New dengan Eric keluar dari Khemah dengan kelam kabutnya.

"Gempa bumi! Gempa bumi!" Teriak New.

"Hahaha!! Gempa bumi..." Jinhee yang tiba-tiba muncul ketawakan New.

Telinga New sudah kemerahan kerana malu.

"Dah! Dah! Pergi kejut pelajar lain" arah Cikgu Boo.

"Nae..."

Eric dan New mengejut pelajar lain.

"Jinhee kau pergi mana?" Soal Jiae.

"Pergi dekat air terjun."

"Air terjun? Ada air terjun ke dekat sini?" Soal Hyejin yang baru keluar dari khemah.

"Ada. Dekat-dekat sini je" beritahu Jinhee.

"Kau pergi seorang-seorang je? Berani betul kau" soal Yewon.

"Kalau malam aku tak beranilah." Kata Jinhee sambil menyarungkan jeket ditubuhnya.

Selepas beberapa minit, akhirnya semua pelajar lelaki dan perempuan sudah berkumpul.

"Cikgu nak pelajar namja ikut Cikgu ambil bahan-bahan masakan dekat bas" kata Cikgu Hoshi.

"Kita nak kena pergi bas semula ke? Kenapa tadi tak nak bawa sekali?" Rungut Younghoon.

"Tak payah nak merungut sangat. Dah jom!" Kata Cikgu Hoshi yang sudah berjalan pergi.

"Ikut je lah apa yang Cikgu cakap" kata Jacob dan berjalan mengikut Cikgu Hoshi.

Younghoon hanya mengeluh dan ikut Jacob.

"Nah jagakan handphone aku" Hyunjae beri phonenya pada aku.

"Kenapa kau tak nak bawa sekali?" Soalku.

"Aku takut phone aku tercicir" jawab Hyunjae sambil mengusap rambutnya ke belakang.

Aku ambil phonenya dan masukkan kedalam kocek jeket aku.

Semua pelajar ikut Cikgu Hoshi dan manakala pulak Pelajar perempuan berkumpul bersama dan mula bergosip.

"Yunmi. Aku nak tanya kau sesuatu la" kataku pada Yunmi.

"Kau nak tanya apa?" Soal Yunmi.

"Kau ada apa-apa hubungan istimewa ke dengan Kevin?" Soalku.

Pelajar perempuan yang bersama kami terkejut dengan soalanku.

Mereka semua memandang Yunmi untuk menanti jawapannya.

"Ma-mana ada...kenapa kau cakap macam tu?" Kata Yunmi gagap.

"Aku ternampak kau dengan Kevin berdua-duaan dekat bilik muzik. Masa tu kau main piano sama-sama" kataku sambil mengingat semula pada waktu tu.

"Ouhh..masa tu...aku dengan Kevin berlatih main piano untuk pertandingan Piano akan datang. Cikgu Henry pilih kami untuk mewakili sekolah." Terang Yunmi.

Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZDär berättelser lever. Upptäck nu