Part 67

6.2K 121 10
                                    

    Sejak pertemuan di rumah Aayra tempoh hari, Sofya dan Ezmal kerap kali bertembung secara kebetulan di luar. Ada ketika mereka bertembung dalam keadaan formal dan ada kalanya mereka bertembung di dalam keadaan penuh santai. Namun begitu kedua - duanya hanya mampu memandang dan tersenyum dari jauh tanpa berani menegur.

    Awal pagi itu, Ezmal tiba di pejabat lebih awal dari kebiasaannya. Sementara menantikan pekerja - pekerja yang lain tiba, Ezmal mengambil keputusan untuk turun ke kafe bagi mengalas perutnya yang kosong. Sebaik tiba di tingkat bawah, tiba - tiba langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Tanpa sedar, bibirnya mula menguntum senyum. Akhirnya dengan penuh berani, Ezmal berjalan menghampiri gadis itu.

"Hi, Sofya! What are you doing here? Are you alone?" Tegur Ezmal memberanikan diri.

"Eh, Encik Ezmal! Err.. Hi! Encik Ezmal buat apa kat sini?" Soal Sofya pula. Soalan Ezmal tadi hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Just call me, Ezmal. Tak perlu nak berencik - encik bagai. Actually ni building office I. That's why I'm here. You pulak buat apa kat sini?" Soal Ezmal sekali lagi.

Sofya dilihat menepuk dahinya perlahan. Bagaimana dia boleh terlupa bahawa bangunan ini merupakan milik ZE Corporation? Jadi wajarlah Ezmal berada di sini.

"Err.. Sebenarnya I datang ni nak jumpa someone dekat area - area ni jugak. Tapi disebabkan I sampai terlalu awal, so I've decided untuk take a breakfast dekat sini dulu. By the way you dah breakfast ke? If not, come and join me." Pelawa Sofya ikhlas.

    "Boleh ke I join you? Nanti marah pulak orang yang you nak jumpa tu." Usik Ezmal bersahaja.

    Sofya tertawa kecil. Entah mengapa dia berasa teruja dapat berbual dengan lelaki di hadapannya itu. Selama ini jika terserempak sekali pun, mereka hanya mampu tersenyum dari jauh. Tetapi hari ini, semuanya berbeza. Namun begitu Sofya tidak mahu meletakkan sebarang harapan yang tinggi. Tambahan pula mereka berdua masih terlalu baru dalam mengenal diri masing - masing.

    "Don't worry. Orang yang I nak jumpa tu tak kan marah. Sebaliknya I rasa dia lagi happy kot kalau dapat jumpa orang yang sekacak you." Kini giliran Sofya pula mengusik Ezmal.

    Ezmal dan Sofya sama - sama tertawa saat mendengar usikan masing - masing. Tanpa menunggu lama, Ezmal segera menarik kerusi di hadapan Sofya. Wajah tenang gadis itu ditatap lembut. Entah mengapa hatinya seakan berdegup laju setiap kali bertentangan mata dengan gadis di hadapannya itu. Malah perasaan itu telah dirasainya sejak bertemu Sofya di rumah Harraz dan Aayra tempoh hari lagi. Kelembutan yang dimiliki oleh gadis itu benar - benar mencairkan jiwanya. Namun Ezmal tidak mahu terlalu menyimpan angan - angan yang tinggi. Dia lebih selesa jika perkenalan ini berjalan secara tenang dan santai sahaja. Lagi pula mereka masih baru di peringkat awal perkenalan. Dia masih belum mengenali peribadi Sofya dengan lebih mendalam. Mungkin gadis dihadapannya ini sudah memiliki keskasih hati. Jadi sebelum Ezmal menangggung kecewa, lebih baik dia mengambil langkah berhati - hati.

    "By the way, you nak jumpa siapa sebenarnya dekat sini? Harraz ke?" Soal Ezmal memberanikan diri bertanya.

    "Ehh taklah!! Kenapa pula I nak kena datang jumpa Harraz? Takde sebab pun kita orang nak jumpa. Actually I datang sini nak jumpa dengan chancellor tempat yang bakal I bekerja tu. Kebetulan dia pun ada meeting dekat area sini. So alang - alang tu kita orang terus junpa dekat sini ajelah." Jelas Sofya dengan tenang.

"Wow, it's sounds interesting! By the way if you don't mind, may I know what you are doing before? Maksud I, you ni baru habis belajar ke? Dalam bidang apa? Dekat mana? Eh, macam banyak tanya pulak I ni kan? Sorry if you feel it is so annoying." Ujar Ezmal dengan perasaan bersalah.

Infiniti Cinta (Completed)Where stories live. Discover now