Part 79

5.6K 124 10
                                    

Sejak dibenarkan pulang ke rumah, sikap Harraz dilihat semakin berubah. Jika sebelum ini lelaki itu jarang menunjukkan sifat manjanya kepada Aayra, namun kini sifat itu semakin terserlah dan menjadi - jadi. Hampir setiap masa Harraz ingin menempel dengannya. Tidak cukup dengan itu ke mana sahaja Aayra pergi, Harraz pasti akan membontoti. Namun begitu, tidak sedikit pun Aayra menunjukkan rasa rimasnya terhadap kerenah baru suaminya itu malahan ianya lebih megembirakan hati Aayra.

"Sayang.." Panggil Harraz separuh berbisik.

Aayra lantas menoleh ke arah suaminya. Wajah lembut Harraz ditatap dengan penuh rasa cinta. Rasanya sudah lama mereka tidak menghabiskan masa berdua - duaan begini. Mujurlah mamanya menawarkan diri untuk menjaga Nufael dan Nuffan buat sementara waktu sehingga Harraz benar - benar sembuh. Jika tidak pasti Aayra dan Harraz tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersama - sama seperti ini.

"I'm so sorry." Ucap Harraz dengan nada yang sedikit sayu.

Aayra merenung wajah suaminya dengan reaksi yang pelik. Dia cuba mencari maksud disebalik permohonan maaf itu namun ianya agak sukar untuk difahami.

"Sorry? Sorry for what?" Soal Aayra bingung.

"Sebab abang dah abaikan tanggungjawab abang kepada sayang dan anak - anak dalam tempoh dua bulan lebih ni. Abang biarkan sayang hidup dengan anak - anak dalam keadaan terumbang - ambing. Abang tahu sayang menderita. Abang betul - betul minta maaf." Luah Harraz dengan penuh rasa kesal.

Entah mengapa hati Aayra tiba - tiba menjadi sebak sebaik mendengar luahan hati suaminya. Wajah yang kelihatan tenang itu tadi kini sudah bertukar menjadi sedikit mendung. Lama mereka saling bertatapan dengan seribu satu rasa. Akhirnya perlahan- lahan Aayra merebahkan kepalanya di dada Harraz.

"Kenapa abang cakap macam ni? Sayang tak pernah salahkan abang dalam hal ni. Ini semua kan ketentuan dari Allah. Kita kena terima qada dan qadar yang dah ditentukan untuk kita. Lagipun ini semua kan hanya suatu kemalangan? Bukannya abang sengaja nak biarkan semua ini terjadi." Balas Aayra lembut.

"Tapi kalau abang tak cuai semasa memandu ketika tu, pasti semua ni tak kan terjadi kan?" Harraz masih meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Aayra mengangkat sedikit wajahnya menghadap Harraz. Dia dilihat menarik nafas panjang sebelum dilepaskan secara perlahan - lahan. Rasanya sudah tiba masanya untuk dia menceritakan segala - galanya kepada Harraz. Jika tidak, pasti suaminya akan terus meletakkan kesalahan itu di atas bahunya sendiri.

Aayra menggapai jari jemari Harraz dengan penuh kelembutan. Lama jari jemari itu digenggam sebelum ianya dibawa ke bibirnya.

"Abang tak bersalah dalam hal ini. Apa yang terjadi kepada kita tempoh hari semuanya sudah dirancang. Sayang rasa jika kita tak terlibat dalam kemalangan ini sekalipun, pasti akan ada perkara lain yang akan menimpa diri kita sekeluarga selepas ni. Tapi tak mengapa. Perkara tu dah pun berlalu. Apa yang penting sekarang ni ialah suami sayang dah selamat. Perkara yang lepas biarlah lepas. Tak perlu kita nak ungkit - ungkit lagi." Ujar Aayra dengan penuh hati - hati.

Harraz dilihat kelihatan sedikit bingung mendengarkan penjelasan isterinya. Anak mata Aayra ditenung sedalam - dalamnya. Entah mengapa dia dapat merasakan seperti ada maksud yang terselindung di sebalik penjelasan isterinya itu tadi. Tiba - tiba jantungnya berdegup kencang.

"Apa maksud sayang dengan semuanya sudah dirancang? Ada apa - apa yang abang tak tahu ke sekarang ni?" Soal Harraz berdebar - debar.

Aayra mengangguk perlahan. Hatinya sudah tidak tertahan untuk menanggung semua ini. Harraz perlu diberitahu tentang ramcangan jahat Trisya. Namun di dalam masa yang sama, Aayra bimbang. Bimbang jika Harraz akan melenting sekiranya dia mengetahui punca sebenar. Jika dibiarkan pasti suaminya akan mengambil tindakan sendiri bagi menghukum Trisya. Sedikit sebanyak hal itu akan membuatkan rancangan asal mereka akan menemui kegagalan.

Infiniti Cinta (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang