Part 68

6.2K 108 9
                                    

    Kemesraan yang terjalin di antara Ezmal dan Sofya bukanlah suatu rahsia lagi. Malah saban hari hubungan mereka menjadi semakin akrab. Lebih mengembirakan lagi apabila hubungan yang terjalin itu turut mendapat restu dari keluarga kedua - dua belah pihak. Sejak hari pertama Sofya dibawa bertemu dengan ahli keluarganya, Puan Sri Elise lah orang yang paling teruja. Setiap saat bibirnya tidak kering - kering dari memuji kecantikan dan kesopanan yang dimiliki oleh Sofya. Bagi Ezmal, Sofya memang seorang gadis yang pandai mengambil hati orang tua. Jadi tidak hairanlah mengapa hanya dengan sekali pertemuan sahaja, ibunya sudah mampu menyukai Sofya.

    "Dari tadi mom tengok anak bujang mom ni asyik tersenyum - senyum aje. Teringatkan buah hati ke?" Tegur Puan Sri Elise bersama senyuman di bibir.

    Ezmal tersentak saat ditegur secara tiba - tiba sebegitu. Lamunannya terhenti. Wajah ceria ibunya ditatap lembut sebelum bibirnya turut tersenyum setelah menyedari dirinya sudah terperangkap.

    "Ada - ada je mom ni. Ez tersenyum sebab teringatkan kenangan masa Ez kecil - kecil dulu. Mana ada Ez teringatkan Sofya." Ezmal cuba menyangkal telahan ibunya.

    Puan Sri Elise mencebikkan bibirnya. Tidak sedikit pun beliau mempercayai kata - kata Ezmal. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Ezmal sedang memikirkan Sofya.

    "Kalau dah suka tu, apa lagi yang nak dinantikan? Bagi tahu mom and dad bila kita orang boleh hantar rombongan meminang? Jangan tunggu lama - lama. Nanti lama - lama dia diambil orang." Usik Puan Sri Elise sambil menyanyi - nyanyi kepada anak bujangnya.

    Ezmal tertawa lucu. Akhirnya dia menyerah kalah dengan usikan Puan Sri Elise yang bertalu - talu itu. Ezmal sendiri tidak tahu ilmu apa yang digunakan oleh ibunya untuk memerangkap dirinya. Namun begitulah kenyataannya. Sejak dari kecil, dia langsung tidak pernah berjaya untuk menipu isi hatinya dari Puan Sri Elise. Apa sahaja yang cuba dirahsiakannya dari pengetahuan ibunya, nanti lambat laun ianya pasti akan terbongkar jua.

    "Mom ni pakai ilmu apa eh? Apa je yang Ez cuba rahsiakan dari mom, mesti mom tahu juga akhirnya. Tak fair lah macam ni." Ujar Ezmal dalam nada merajuk.

    Puan Sri Elise tersenyum dengan penuh kemenangan. Dia sengaja mengangkat keningnya berkali - kali di hadapan Ezmal bagi memanaskan lagi keadaan. Melihatkan jelingan maut Ezmal, akhirnya Puan Sri Elise tertawa besar.

    "Naluri hati seorang ibu tak kan pernah salah. Walau sebesar kuman pun, dia tetap akan dapat merasakannya. So, Ez jangan pernah bermimpi untuk cuba merahsiakan apa - apa dari mom. I know you." Ujar Puan Sri Elise masih dalam nada bangga.

    Ezmal mencemik. Bergaduh dengan ibunya memang dia tidak akan pernah menang. Jadi pengakhirannya dia menyerah kalah.

    "So back to our discussion, sampai bila mom and dad nak kena tunggu ni? Kalau sama - sama dah suka, apa lagi yang nak dinantikan? Benda yang baik kan lebih elok kita percepatkan. Lagipun mom and dad memang dah suka sangat dengan Sofya tu. Baik budaknya. Sopan - santun, lemah lembut. Cakap pun lembut aje. Sejuk hati mom ni bila tengok dia tau." Puji Puan Sri Elise melambung - lambung.

    Ezmal tersenyum sinis. Begitulah sikap Puan Sri Elise jikalau hatinya sudah berkenan kepada seseorang. Bibirnya tidak akan pernah berhenti dari memuji - muji orang itu. Semuanya akan nampak baik dan sempurna sahaja di matanya.

    "Amboi!! Amboi!! Bukan main melambung - lambung lagi mom puji anak orang eh? Anak sendiri tak nak pun puji sampai macam tu. Mana fair macam ni." Bebel Ezmal tidak berpuas hati.

    Sekali lagi Puan Sri Elise mencemikkan wajahnya lalu sepantas kilat telinga Ezmal ditarik kuat sehingga anak bujangnya itu mengaduh kesakitan.

Infiniti Cinta (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora