Part 12: Pengakuan

510 54 2
                                    

Jungkook menghela nafas kala melihat sosok yuju yang selalu menghidari nya sejak seminggu lalu,  Setiap kali mereka bertatapan mata gadis itu selalu sahaja mengalihkan pandangan kemudian berlari menjauh darinya

Dia tertanya pada diri sendiri apakah dia ada melakukan kesalahan besar hingga gadis itu menghidari dirinya. Kalau ada pun itu hanya cuma tentang dia mencuri ciuman gadis itu tapi menurut dia itu hanya perkara biasa yang dia lakukan untuk menyakat gadis itu.

Jungkook menghampiri Yuju yang sedang duduk di meja gadis itu di dalam kelas mereka. Di dalam kelas itu hanya ada Yuju dan Juga dirinya. Saat ini jam rehat jadi tidak ada seorang murid pun kecuali Yuju yang memang sedang malas ke kantin.

  Yuju yang sedar kelibat Jungkook pula cuba mengabaikan lelaki itu. Dia masih sakit hati pasal gambar Jungkook dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu.

“ Kenapa kau macam mengelak dari aku hah? ” Soal Jungkook, dia terasa terabaikan sekarang ini.

“ Mana ada. Biasa je.” Elak Yuju tidak memandang wajah Jungkook. Gadis itu lebih memilih memandang mejanya yang kosong.

“  Habis kenapa kau selalu lari setiap kali kita bertatap muka. ” Soal Jungkook tidak puas hati dengan jawapan Yuju berikan.

Yuju mengangkat muka memandang Jungkook dengan tidak rela hati “ Ini saya elok je pandang muka dengan awak. Apa salah nya. ”

Jungkook mendengus dia tahu gadis itu tidak jujur pada nya. Dari pandangan mata gadis itu sahaja dia sudah tahu Yuju tidak mahu memandang wajah dia.

“ Habis kenapa kau tak balas chat aku, ” Soal Jungkook tetap pada pertanyaan dia yang asal. 

“ Saya malas layan awak. ” Jawab Yuju malas. 

Jungkook ingin membalas tetapi Terhenti ketika mendengar ucapan Yuju. “ Lagipun saya bukan penting pun dalam hidup awak kan, buat apa lah awak nak ambil pening. Membazir masa awak je.”

Jungkook tercegang menatap Yuju dengan wajah binggung.  Dia yang sejak tadi berdiri di hadapan meja Yuju kini beralih kesisi Yuju lalu menarik tangan Yuju agar gadis itu bangun dari duduknya.

“ Apa maksud kau?”  Tanya Jungkook dengan dingin. Dia menatap Yuju penuh selidik dan  dibalas dengan tatapan tajam Yuju, Aura gadis itu terlihat lain dari biasanya.

“ Awak faham kau maksud saya, saya tahu awak tak bodoh Jeon Jungkook. ” Ucap Yuju tajam.  Dia tidak mahu lagi kelihatan lemah dihadapan Jungkook yang suka bersikap semahu lelaki itu.

“ Apa yang kau merepek ni ? Kau kena rasuk dengan hantu ke apa?” Ucap Jungkook yang tidak faham akan perubahan sikap gadis sejak pulang dari rumahnya. 

“ Aah saya memang merepek pun jadi baik awak pergi je dari sini. Lagi pun awak kan tak suka masuk kelas buat apa ada kau sini. ” Sindir Yuju panjang lebar. Tangan Jungkook yang mencengkam tangan nya itu dihempas kasar lalu dia kembali duduk tanpa peduli lagi pada Jungkook.

“ Sekarang kan waktu rehat mana ada belajar. ” Balas Jungkook.

“ So pergi lah rehat dengan yang lain buat apa cari saya? Awak kan benci tengok muka saya kan.” Ucap Yuju sarkas.

Jungkook mengacak kasar rambutnya hingga rambut nya jadi kusut. Jujur sahaja dia rindu pada Yuju yang cerewet. Kenapa seminggu ini sikap gadis itu jadi pelik.

“ Aku tak tahu kau kenapa tapi tolong jangan mengelak dari lagi aku okey.  Kalau aku ada salah bagitahu aku jangan mengelak dari aku.” Ucap Jungkook lembut.  Dia mengusap lembut anak rambut Yuju.

MCIME 1@2 (Ff Jungkook)Where stories live. Discover now