Part 1

178K 1.4K 27
                                    

Aku teringat minggu sudah,Kak Laila memberi amaran kepada aku dan rakan-rakan supaya tidak berkawan,bertegur,bercakap malah terserempak sekalipun dengan geng budak setan a.k.a Airil and the gang.Buruk padah katanya.Ramai sudah gadis yang mereka rosakkan di kampus ini.Tak kurang juga ada yang cuba nak bunuh diri selepas dikecewakan oleh ahli geng setan itu.Jadi kami yang junior semesta satu ini,Kak Laila kata berhati-hatilah.

Waktu itu aku hanya mendengar tanpa memberi reaksi apa-apa.Sebab aku yakin aku takkan bergaul atau terjebak dengan mereka.Lagipun tak ada apa yang istimewa pada aku yang boleh menarik minat mereka.Namun,ternyata aku silap.Buktinya saat ini aku sedang dikepung oleh geng setan itu.Memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal mereka lakukan pada aku membuatkan aku takut.Ya Allah! Kau lindungilah aku!

"Cik adik manis,nak pergi mana ?" ujar salahseorang dari mereka sambil jemarinya mencapai lenganku.Laju sahaja aku menepis.

"Amboi,ganas! I like!" ujar yang lain pula dengan nada yang menjengkelkan.

"Kau orang nak apa ?! Jangan kacau akulah!" berbekalkan sisa-sisa berani,aku menjerkah kuat.Aku cuba keluar dari kepungan mereka namun tak Berjaya bila ada seorang dari mereka sudah mula memelukku dari belakang.

Aku menjerit.

"Lepaskan aku! Lepas !! Lepas !!" teriakku.Tangan menepis-nepis lengan yang memelukku.Nak menangis rasanya bila ada tangan-tangan yang mula meraba tubuhku yang masih terkunci dalam pelukan budak setan itu.

Peha,dada,perut,punggung habis diramas.Makin menjerit aku bila aku dapat rasakan bahawa kemaluan aku juga menjadi sasaran.Aku meronta kuat.Air mata pula laju mengalir.Aku semakin takut.

"No! Tolong..!" aku memandang sekeliling.Tak ada seorang pun yang berani datang menolongku.Ada yang berpatah balik ke belakang selepas mendengar jeritan aku tadi.Ada yang hanya memandang simpati.Al-maklumlah geng setan ni semuanya anak orang ada-ada.Jadi tiada siapa yang berani masuk campur,takut hidup mereka pula yang sengsara.

Tangan salah seorang dari mereka menyeluk ke dalam baju aku.Sebelum sempat dia memegang dadaku,ada suara yang menegur.

" Woi!" jerit Airil dari jauh.Dia berjalan ke arah kami.Entah kenapa datangnya dia memberi harapan pada aku supaya dia dapat menolong aku.Gerakan tangan-tangan yang meraba tubuhku terhenti dan mereka menoleh.

" Ril,lauk baru." Ujar mereka Airil berhenti betul-betul dihadapan aku.Dia tenung mataku dengan wajah tanpa riak.

" Lepaskan dia."Arah Airil pada rakan- rakannya.

" Lepas ? Kau biar betul? Dah lama kita tak ada lauk ni." Rungut salah seorang dari mereka .

" Aku kata lepas tu lepas jelah." Bidas Airil.Wajah rakannya yang merungut tadi dipandang tajam.Segera yang lain menjauhkan diri dari aku.Tangan-tangan gatal yang menyentuh aku dari tadi juga diturunkan.

Sesaat kemudian,Airil mengalihkan pandangannya kemball kepada aku.Aku cuma menunduk.Tak berani aku nak angkat muka.Sudahlah jarak aku dengan dia beberapa inci lagi nak bersentuh.Aku berkira-kira dalam hati apa yang patut aku buat sekarang Aku tersentak bila jari kasar Airil naik dan menyapu sisa air mata aku.Automatik aku mendongak.Akibatnya mata aku bersatu dengan matanya.Selalunya setiap kali aku tertentang mata dengan lelaki,laju saja aku alih.Tapi sekarang mata aku seakan terpaku dengan keindahan mata birunya.Kagum dengan ciptaan tuhan yang satu ni membuatkan aku berbisik sendiri dalam hati. Subhanallah,cantiknya mata dia

Mungkin disebabkan kurniaan Allah padanya yang ini membuatkan ramai gadis jatuh tersungkur dihadapan Airil.Sempat aku berdoa dalam hati supaya aku tak tergolong dalam kalangan gadis-gadis tu.Niaya nak!

" Go and don't let me see your beautiful face again,or else." bicara Airil terhenti.Terasa sesak nafas aku bila dia dekatkan bibirnya ke telinga kanan aku.Sedaya upaya aku menahan geli bila dia mula berbisik.

" Aku takkan lepaskan kau,faham?" sambungnya. Cepat-cepat aku mengangguk tanda faham.Memang dalam kepala otak aku pun fikir tak nak terserempak dengan mereka lagi.Taubat!

Airil mengoyak senyuman sinis sebelum jarakkan balik wajah kami.Buat seketika,dia pandang aku,aku pandang dia.Blla aku nampak dahi dia berkerut,tanpa sedar dahi aku juga turut berkerut.

"Kau tunggu apa lagi?! Blah lahh!" nada suara yang meninggi buat aku jadi gelabah.Cepat-cepat aku angkat beg aku yang terjatuh tadi dan berlalu dari situ.Sempat juga aku ucap terima kasih pada dia. Aku tekad dalam hati.Apa cara sekalipun,aku takkan biarkan diri aku terserempak dengan Geng Setan ni lagi. What a nightmare!

********************************************

Airil masuk ke dalam rumahnya yang dihadiahkan oleh Papa sempena dia dapat menyambung pengajian.Sepanjang pengajian memang dia menginap dirumah ni.Tak mahu duduk di kolej kediaman yang disediakan.Tak bebas katanya.Di rumah ni bolehlah dia buat kegiatan haram dia yang satu tu tanpa diketahui oleh papa.

Airil terus berlalu ke dalam biliknya.Tubuh badan dihempaskan ke katil king size nya.Dia baring menelentang sambil sebelah lengannya diletakkan di atas dahi. Wajah itu terbayang lagi dimatanya. Husna,akhirnya kita bertemu lagi.

Fayyat,juga salah seorang ahli Geng Setan menerjah masuk ke bilik Airil.Dengan selambanya dia duduk dihujung katil.Kaki Airl dipukul sekilas. Tersentak jejaka itu dibuatnya.Hilang terus bayangan Warda.Segera dia merengus geram.

" Kau apahal ?" soalnya bengang.Wajah Fayyat yang tersengih kerang busuk itu dlijeling tajam.Pikir hensem ke sengih macam tu ?Aku terajang mamat ni karang,sia-sia je.

"Kau la apahal? Dari tadi aku tengok kau moody je.Menyesal eh lepaskan awek cun tadi ?" lama Fayyat perhati wajah Airil yang berubah angin sejak kejadian mereka kacau seorang perempuan petang tadi.Pelik juga dia,bila Airil tiba-tiba baik hati nak lepaskan perempuan tu.Kalau tak semuanya sapu.Tapi sudahnya,muka lemau je.Apa kes?

Airil menggeleng.Dia bangun dan duduk tegak memandang Fayyat.

" Yat, kau bagitahu kat budak-budak kita.Lepas ni kalau kita jumpa perempuan tu lagi,dia aku punya.Aku tak benarkan kau orang sentuh dia langsung.Kalau tak,kiamat hidup kau orang.Faham?" tegas nada suara Airil memberi amaran.

Fayyat mengerutkan dahi.

" Faham tak?" soal Airil lagi bila Fayyat cuma diam.

" Faham tu faham.Tapi kenapa? Selama ni okay je kau share.Asal kali ni lain pula?" ujar Fayyat keliru.Special sangat ke perempuan tu?

"Share?" sinis reaksi wajah Airil.

"Tak ada istilah share dalam hidup aku lah.Kau sendiri tahu aku tak pernah sentuh perempuan-perempuan tu semua.Selama ni semua aku bagi kat kau orang.Tapi sekarang aku dah jumpa orang yang paling sesuai jadi mangsa aku.Warda Husna." Menyebut nama saja sudah mampu membuatkan Airil tersengih miang .

Fayyat makin keliru.

"Mana pula kau tahu nama dia ?" soal Fayyat pelik.

"Kau kenal ke perempuan tu?" soalnya lagi bila Airil tak membalas.

Airil tak menjawab.Dia kembali baring merehatkan diri sambil kepala merencanakan strategi untuk melentokkan Warda Husna.Soalan Fayyat dia biarkan.Nanti- nantilah dia cerita.

Warda Husna.Kenal Yat,kenal sangat.Tak mungkin aku mampu lupakan dia. 

####################

Vote pls..*wink

[E-BOOK] MR. BADBOYWhere stories live. Discover now