Bab 13 - MERAH

153 17 0
                                    


Mata kucing putih itu berubah menjadi kemerah-merahan seperti darah. Asya memandang mata kucing itu dalam keadaan takut yang teramat. Belum pernah lagi seumur hidupnya terjumpa kucing sebegitu. Namun reaksi Armuni, Ayu dan Anis berbeza dengan Asya. Mereka tidak nampak akan perubahan warna mata kucing itu. Bagi mereka, mata kucing itu hanya kekuningan.

Kucing Putih itu memandang tepat kearah Asya. Ada sesuatu yang ingin disampaikan namun tidak mampu untuknya berkomunikasi dengan Asya dalam bentuk Kucing Putih itu. Dia terpaksa menggunakan sedikit halusinasi bagi menarik perhatian Asya.

Kesan cakaran yang dilakukan tadi sebenarnya telah diletakkan sejenis bahan kimia berwarna merah seperti darah. Bahan kimia itu bertindak sebagai perantara antara Asya dan juga Kucing Putih itu.

"Kau boleh dengar?" Kucing Putih itu bersuara.

"Siapa itu? Ibu dengar tak suara tu?" Asya bertanya kepada ibunya.

"Suara apa Asya?" soal Armuni.

"Entah... Tapi macam ada suara perempuan sedang bercakap."

"Suara perempuan? Siapa? Apa dia cakap?"

"Asya tak kenal dia. Tapi dia cakap, kau boleh dengar?"

"Kau boleh dengar?" Armuni mula merasa pelik.

"Kau pandang sini, boleh?" Kucing Putih itu memanggil Asya.

Asya menoleh memandang Anis. "Ada apa kak Anis? Kenapa suruh Asya pandang akak?"

"Ehh... Bila masa pula akak suruh Asya tengok akak? Pelik lah Asya ni."

"Kalau bukan kak Anis siapa? Ayu ke? atau ibu?" soal Asya kepada mereka berdua.

Armuni dan Ayu menggeleng kepala mereka tanda bukan mereka yang bersuara.

"Aku dekat sini la budak! Tengok sini." Kucing Putih itu mula menjerit.

"Siapa yang panggil Asya ni budak? Asya dah besar la!"

"Kenapa Asya menjerit tak tentu pasal ni? Buang tabiat ke?" soal Armuni.

"Bukan ibu. Asya ada terdengar orang panggil Asya ni budak. Dia ingat Asya ni budak kecil ke. Asya kan dah besar, siap boleh kawin lagi..."

"Kamu nak kawin dengan siapa Asya? Hahaha...." Gelak Anis.

"Ergg! kenapa kak Anis ketawa pula? Betul la apa yang Asya cakap tu."

Ayu hanya mampu melihat Asya, Anis dan ibunya bercakap sesama mereka. Entah apa pun dia kurang paham sebenarnya. Kawin? apa tu? Sejak dari tadi Ayu cuba membuat analisa berkaitaan Kucing Putih dihadapannya itu. Setelah kucing itu berhenti berjalan, ia hanya memandang mereka tanpa bergerak. Macam patung! Patung kucing? Mata kucing itu diperhatikan. Ia memang berwarna kuning. Ibunya cakap kucing memang bermata kuning bukannya hitam macam manusia. Walaupun dia kurang paham, namun sekurang-kurangnya dia tidak mampu melihat akan warna merah darah pada mata kucing itu.

"Kenapa semua orang tidak tengok kucing itu? Nampak macam patung je Ayu tengok"

Armuni, Anis dan Asya segera memandang ke arah Kucing Putih itu setelah diberitahu oleh Ayu.

"Betul la. Kucing tu berdiri macam patung tugu negara je. Kaku semacam je Asya tengok."

"Apa kamu merepek ni Asya? Mungkin ada sesuatu yang berlaku kot? " soal Anis.

"Ibu rasa, lebih baik kita tinggalkan pantai ini sekarang. Lagipun dah nak malam. Perjalanan ke rumah ambil masa selama 45 minit." Armuni melihat persekitaran yang semakin gelap kerana hampir malam.

"Ibu macam mana dengan Kucing Putih tu?" tanya Asya.

"Kita biarkan je la kucing tu kat situ. Jom berkemas sekarang." Armuni memberi arahan.

"Tapi ibu... Nanti kucing tu mati macam mana?" soal Asya lagi.

"Dah! Cukup la tu Asya. Jangan tengok kucing tu lagi." Armuni menasihati Asya "Anis, Ayu, cepat tolong ibu kemas barang. Kita balik sekarang."

"Tapi ibu... Anis belum mandi pantai lagi. Kan kita jarang dapat datang ke sini."

"Nanti kita datang lagi lain kali ya. Hari pun dah nak malam." Jawab Armuni.

"Nanti kita ajak ayah datang sekali boleh?"

"Boleh Ayu. Itu pun kalau ayah kamu tidak sibuk dengan kerja. Jom tolong ibu."

Ayu dan Anis mengikut Armuni ke pondok itu semula untuk berkemas. Segala pinggan mangkuk dimasukkan kedalam plastik semula. Sisa makanan dan sampah pula dimasukkan ke dalam plastik yang berasingan untuk dibuang. Armuni memesan kepada anak-anaknya untuk tidak membuang sampah itu di kawasan pantai. Mereka hendaklah jaga kebersihan pantai itu walaupun kejadian yang pelik itu berlaku dalam kawasan pantai.

Sementara itu, Asya masih berdiri di tempat sama sambil memandang ibunya sedang berkemas. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena. Tapi dia tiada jawapan. Dia hanya termenung jauh.

"Hai budak! Kau boleh dengar cakap aku kan? Kau kena tinggalkan tempat ini. Ikut cakap ibu kau. Pergi dan tinggalkan Pantai Teluk Saka ini. Ia tidak selamat untuk kau terus berada disini. Dan jangan risau, aku yakin satu hari nanti kita pasti bertemu lagi. Budak Saka!" Kata Kucing Putih itu.

"Kau siapa? Kenapa asyik panggil Asya budak? Namaku Asya. Paham?"

"Hehe... Berani betul budak perempuan ni. Baik la Asya. Sekarang pergi tinggalkan tempat ini."


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now