Bab 45 - SUMPAHAN

96 10 0
                                    


Di kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Saka,

"Asya macam mana keadaan kamu? Dah sembuh ke?" soal Ying.

"Mestilah. Asya kan kuat!"

"Kenapa kamu tidak berehat sahaja dirumah?"

"Bosan lah duduk dirumah sahaja. Disekolah ada ramai kawan, ada Ying!" Asya memandang Ying dan memeluknya. Terasa rindu sangat setelah lama tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu.

"Asya, boleh Ying tanya sesuatu tak? Tapi kamu jangan marah pula."

"Kenapa nak marah pula? Peliklah Ying ni. Tanya je la apa-apa pun."

Ying memandang Asya beberapa minit sebelum memulakan kata, "Sebenarnya apa yang terjadi pada kamu Asya? Ibu kamu cakap kamu sakit. Tapi sakit apa?"

"Entah. Tapi nak tau tak apa Ayu cakap dekat Asya."

"Apa?" Ying tidak sabar hendak mengorek rahsia penyakit misteri yang dialami kawan baiknya
itu.

"Asya menghidap penyakit Zombie."

"Zombie? Macam dalam filem tu ke?"

"Ya. Tapi Asya tak rasa macam tu pun. Sebab Asya tak ingat apa-apa pun."

"Hurm... Kalau betul kamu ni Zombie, maknanya... kamu dah mati lah kan?" soal Ying pelik.

"Asya mati dah ke? Rasanya masih bernafas lagi."

"Tu maksudnya kamu bukan Zombie..."

"Hehe... Entahlah. Asya pun tak tau. Ibu pun tak tau penyakit Asya. Doktor pun sama. Tapi Nurse
Myung-Ju cakap Asya dah sembuh, boleh pergi sekolah dan jumpa kawan-kawan macam biasa."

"Baguslah kamu dah kembali macam biasa. Semua kawan-kawan dan cikgu rindukan kamu tau."

"Hahaha... Bahagianya bila ada orang rindukan Asya. Terima kasih Ying. Terima kasih semua."

"Sama-sama..." Ying dan Asya tersenyum girang. Mereka meneruskan memakan nasi lemak itu.


*****


"Apa sebenarnya penyakit Asya?" soal Puteri.

"Bukan penyakit tapi sumpahan." Jawab Anastasia.

"Sumpahan? Sumpahan siapa?"

"Sumpahan Hantu Kubur!" Kedengaran suara seorang lelaki dari arah belakang mereka berdua.

"Hantu Malas. Terima kasih kerana menyelamatkan Asya." Anastasia memeluk erat lelaki itu.

"Korang tak malu ke berpelukan di siang hari?" Kata Puteri mengejek.

"Biarlah! Kitorang bukan selalu jumpa pun." Kata Anastasia lembut.

Hantu Malas meleraikan pelukan Anastasia akibat malu. "Anastasia, Janganlah peluk macam tu. Tak selasa."

"Pula dah... Tadi macam suka je, lepas tu cakap tak selasa." Kata Puteri lagi.

"Biarlah." Jawab Hantu Malas.

Hantu Malas adalah salah satu hantu yang mendiami Kampung Saka. Dia merupakan sahabat kepada Anastasia dan Puteri. Namun disebabkan Hantu Malas seorang lelaki, maka dia bukannya Serikandi Saka seperti mereka berdua. Tapi jangan pandang rendah pada kuasa Hantu Malas. Kekuatan Hantu Malas ada didalam diri setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Disebabkan itulah kekuatan Hantu Malas adalah lebih hebat dari mana-mana hantu yang ada. Cuma, Hantu Malas ni seorang lelaki pemalu.

"Ada apa-apa nak ceritakan ke?" soal Puteri kepada Hantu Malas.

"Ya. Mengenai Sumpahan Hantu Kubur dan juga Asya Budak Kampung Saka."

"Kenapa dengan Asya?" soal Anastasia.

"Sebenarnya, Asya dalam bahaya. Kita kena membuat perjanjian dengan Hantu Kubur untuk meleraikan Sumpahan itu."

"Perjanjian?"

"Ya. Perjanjian Puaka Nan Diara."

"Perjanjian Puaka Nan Diara? Apa benda tu?"

"Perjanjian pelik yang diamalkan oleh nenek moyang penduduk Kampung Saka. Satu perjanjian antara mereka yang memerlukan korban sebagai galang ganti. Korban kuasa untuk menyelamatkan nyawa."

"Haah? Tak paham aku dengan penerangan kau tu Hantu Malas." Kata Puteri.

"Usah risau. Perjanjian kali ini biar aku selesaikan. Kamu berdua perlu melindungi dan menjaga Asya sepanjang masa. Jangan biarkan dia keseorangan lagi. Tidak untuk beberapa bulan."

"Kenapa?"

"Sebab... Ada seseorang atau makhluk sedang mengekori Asya dalam diam."

"Makhluk seperti kita ke?"

"Ya. Makhluk Ghoul. Nama dia kalau tak silap Lala atau Lulu."

"Ghoul? Apa tu?"

"Ghoul adalah makhluk Mitos Arab. Memakan mayat manusia dan suka mengoda dan memakan manusia terutama sekali gadis dara. Lindungi Asya dari makhluk itu. Paham!"

"Baiklah. Tapi boleh tak beritahu apa yang sebenarnya terjadi pada Asya sewaktu di Kubur Saka. Kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi." Kata Anastasia ingin tahu lebih mendalam.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now