Bab 33 - CABARAN

87 10 0
                                    


Hidup ini penuh dengan keindahan. Kecantikan alam ada disekeliling kita. Perhatikan, bayangkan sekiranya semua ini telah tiada. Apa yang dapat kita nikmati? Kosong! Hidup yang kosong seumpama sia-sia. Hargai kehidupan selagi kita termampu. Ia nampak indah, namun penuh bahaya. Hadapinya dengan tabah!

Kehidupan itu sendiri adalah Misteri~~~

Persahabatan dan kasih sayang wujud didalam diri setiap manusia yang hidup di bumi ini. Manusia Bertuah!

Budak Kampung Saka menjalani kehidupan yang penuh serba kekurangan kerana keterbatasan. Ilmu amat penting untuk melakukan sesuatu. Ilmu itu kuasa. Dengan ilmu kita dapat menundukkan mereka yang kurang berilmu. Ilmu kehidupan merangkumi banyak benda. Belajarlah... Jangan ada penyesalan!


*****


Sebulan berlalu selepas kes seorang budak perempuan melompat dari tangga tingkat 2 blok E. Akhirnya sekolah kembali aman damai. Para pelajar dan guru mula datang ke sekolah seperti biasa, seolah-olah kejadian itu tidak pernah berlaku. Gelak tawa budak-budak memenuhi kawasan sekolah pada pagi itu.

Mereka mula belajar seperti biasa. Cikgu-cikgu juga sibuk dengan tugas mengajar dan membuat soalan untuk peperiksaan yang bakal menjelang tiba.

"Asya, petang ni lepas habis sekolah jom kita pergi kedai Pak Pandir nak?" Ujar Ying yang sedang leka membuat pengiraan Matematik itu.

"Nak buat apa Ying? Ying nak belanja Asya ke?" soal Asya yang turut sama menulis jalan kerja Matematik diatas buku latihannya yang tidak berapa dia minati.

"Iya la... Kamu sudah lupa janji haritu ka? Kan kamu nak saya belanja makan." Ying cuba mengingatkan kembali akan janji mereka pada bulan lepas.

Asya cuba mengingat kembali janji itu. "Owh, Asya lupa la. Banyak sangat benda jadi masa tu. Lepas tu sekolah pula tutup hampir sebulan lebih, jadi terus Asya tak ingat apa-apa pasal janji tu."

"Ying akan belanja makan, tapi dengan satu syarat!" Jari telunjuk Ying dinaikkan membentuk nombor satu.

"Syarat apa pula ni Ying. Ni ikhlas ke tidak nak belanja Asya makan? Kalau tak nak, takpe. Asya tak paksa pun." Asya tidak mahu membebankan Ying dengan janji sebelum ini.

"Hehe... Kamu jangan la risau. Syarat ini mudah sahaja. Kita kena adakan cabaran. Siapa menangis dia kena tunaikan satu hajat bagi si pemenang. Setuju?" Ying berdiri dan bercakap dengan penuh semangat. "Cabaran yang sangat popular pada masa ini, mesti kamu pun suka."

"Cabaran? Hurm... Menarik juga tu. Lagipun Asya memang dah lama tak ikut apa-apa cabaran semenjak kak Anis ajak buat cabaran lumba lari tahun lepas. Baiklah, Asya setuju!" Jawab Asya.

"Hehe... Jangan kamu menyesal pula ya Asya. Cabaran ini pasti mampu buat kamu menangis."

"Menangis? Pasal apa pula? Kita berdua saja ke yang ikut cabaran tu?"

"Nanti kamu tahulah. Hehe..." Ying tergelak melihat reaksi Asya. "Oh ya, kamu nak ajak siapa?Kalau ramai pun boleh."

"Kalau macam tu... Asya Nak ajak Dela, Mei Mei, Zura, Ayu, kak Anis, dan ibu." Asya tersengih

"Ibu Asya? Cikgu Armuni? Kalau macam itu... Petang ni jumpa dekat depan sekolah"


*****


Kring! Kring! Kring!

Bunyi loceng berbunyi menandakan telah tamat waktu persekolahan.

Asya dan Ying berjalan keluar dari kelas 5-A dengan senyuman riang sambil berpimpin tangan.

Cuaca pada petang itu mendung menutupi sinaran panas matahari. Angin bertiup lembut menerbangkan sedikit rambut Ying. Mereka berdua berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolah.

"Mana yang lain?" soal Ying.

"Mana la Asya tau. Kan kita berdua baru je keluar dari kelas yang sama."

Tidak lama kemudian empat orang budak perempuan berjalan menghampiri mereka berdua.

"Kak Asya lama dah tunggu?" Ayu membuka bicara.

"Tak la. Baru je sampai. 10 minit lepas!" Asya memandang mereka berempat yang dalam keadaan basah lencun. Niatnya hendak marah terhenti. "Kenapa korang semua ni basah? Baru lepas mandi ke?"

"Mandi? Haha... Kitorang baru je mandi kat dalam tandas perempuan." Zura tergelak sambil memegang perutnya.

"Ish. Suka la pula dia." Dela mencubit perut Zura akibat sedikit geram.

"Ouch! Sakit la Dela. Takde perut sendiri ke nak cubit? Tau la perut Zura ni comel kan! Hahaha..."

"Apalah. Sebenarnya masa kitorang dalam toilet tadi. Paip air pecah. Jadi apa lagi, air pun mencurah-curah ke arah kami. Lepas tu baju kami pun terus basah!" Mei Mei menjelaskan perkara yang menimpa mereka sebentar tadi. "Sekarang toilet tu masih banjir. Kamu nak mandi juga ke Asya?" Sambung Mei Mei lagi cuba melihat respon Asya yang bersiafat keanak-anakan itu.

"Iya ke? Nak! Kat mana toilet tu?" Asya terlompat kegembiraan.

"Tu... Toilet perempuan sebelah kantin tu." Tunjuk Mei Mei.

"Ying, nak ikut Asya pergi mandi kat toilet tu tak?" Asya mengalihkan pandangannya kearah Ying yang sedang mengikat tali kasutnya.

"Eh! Tak mengapa la. Lagipun kan kita mau cepat. Rancangan kita nak buat cabaran kan petang ini." Ying menunjukkan wajah risau.

"Alaa....kejap je. Lepas dah mandi kita pergi la buat cabaran tu." Asya terasa bersemangat. "Lagipun kak Anis dan ibu belum sampai lagi."

"Kak Anis dan ibu tak jadi ikut. Petang ni diorang ada benda nak buat dekat sekolah." Jawab Ayu.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz