BAB 3

30.9K 1.6K 44
                                    

Beg bimbitnya yang berwarna hitam diletakkan di atas kerusi bersebelahan nya lalu punggungnya dilabuh. Sempat matanya meliar memandang isterinya sebelum akhirnya pandangannya meliar mencari seorang lagi ahli keluarganya yang masih lagi tak kelihatan di meja makan. Keningnya menjongket hairan. Kembali, wajah isteri tercintanya dipandang.

"Mana Rafa? Dia tak ada kelas ke pagi ini?" soalannya menjengah sambil matanya masih menumpu pada sang isteri.

Datin Diana sekadar geleng kepala sambil tangannya masih ralit menyapu jem perisa strawberi ke atas roti bakar yang masih panas sebelum diserah ke pinggan suaminya untuk dicicipi.

"Saya dah kejutkan dia tapi dia tak bangun. Rasanya kelas cancel lah itu." wanita itu beri pendapat.

Bukan dia tak tahu, anak gadisnya itu memang paling semangat kalau pergi kelas. Kalau boleh, lagi awal lagi bagus. Al-maklumlah, dah ada moral dekat universiti itu.

Dato' Jazri yang mendengar sekadar menganggukkan kepala. Roti bakar jem strawberi itu dicicipi nya penuh hemat sambil matanya pula dikerling ke arah muka depan majalah saham yang terletak bersebelahan pinggannya.

Namun, untuk seketika, dia pandang isterinya semula. "Macam mana hubungan Rafa dengan Faliq? Rafa ada cerita apa-apa tentang Faliq pada Ana tak?" kembali soalannya menyapa.

Datin Diana yang ketika itu mahu melabuhkan punggung, sekadar geleng kepala. Wajah suaminya itu ditatap.

"Tak ada pula dia cerita fasal Rafa. Cuma, tiga hari lepaslah Rafa ada cerita yang Faliq menang perlawanan bola keranjang lepas itu sunyi macam itu aje. Tak ada dah dengar cerita." ungkit wanita itu sambil mengingati isi cerita anak daranya beberapa hari lepas.

Masih segar dalam ingatannya, gaya Rafa bercerita kerana terlalu seronok Faliq menang perlawanan. Cara dia bercakap itu macam dia pula yang menang piala. Haih.. ada-ada ajelah si Rafa ni.

Tersenyum tipis Dato' Jazri mendengar cerita isterinya itu. "Si Faliq itu memang sama hebat dengan Syed Hadi itu. Budak bola keranjang. Banyak menang piala." ujar Dato' Jazri sambil kenangan masa sekolah menengahnya bertapa.

Datin Diana yang mendengar hanya mampu tarik senyum nipis. "Benda dah jadi masa lalu bang, nak dikenang.. ia takkan berulang untuk hari ini." ujar wanita itu seakan memahami perasaan yang membelengu suami nya ketika ini.

Dia tahu suaminya dan Syed Hadi adalah kawan dahulu malah kawan sepermainan namun.. semenjak kedua- duanya menceburi bidang perniagaan yang sama, Syed Hadi mulai berubah. Memandangkan dia bukannya seorang yang boleh terima kekalahan, maka.. dia mengisytiharkan Dato' Jazri sebagai musuh perniagaannya tatkala syarikat yang dibangun suaminya itu menandingi perniagaan yang dipelopori oleh Syed Hadi.

Sejak itu, Syed Hadi menjauh dari keluarga mereka malah persahabatan yang terjalin hampir sedekad itu musnah begitu saja. Bila mengenangkan itu, Datin Diana jadi sebak. Bukan dia tak tahu, suaminya juga merasakan kehilangan dan kekosongan bila Syed Hadi memutuskan persahabatan itu.

Keluhan nipis Dato' Jazri terlepas. Pandangannya diangkat lalu ditatap wajah bersih isterinya.

"Abang harap dengan terjalinnya hubungan Rafa dan Faliq, kita dapat baiki semula hubungan kita dengan keluarga Syed Hadi." ujar lelaki itu penuh pengharapan.

Datin Diana angguk kepala tanda setuju. Dia juga berharapkan perkara yang sama. Di dunia ni, bukan musuh yang nak dicari tapi sahabat yang kenal erti susah payah kita.

"Abang rasa Syed Hadi tahu tak yang Rafa tu anak kita?" kini, giliran Datin Diana pula berbicara.

Dato' Jazri angguk kepala. "Syed Hadi tahu Rafa itu anak kita."

"Dan.. abang yakin dia akan terima Rafa. Mungkin, kita boleh terima Faliq tapi pihak sana.. tak semestinya akan terima Rafa dalam keluarga." pendapat itu tanpa segan silu meluncur keluar dari mulut Datin Diana.

Walaupun tak memberi sebarang reaksi namun dia setuju dengan pendapat isteri nya itu. Mungkin tak semudah itu untuk membuat penyatuan dua buah keluarga kalau hanya dia saja yang bertepuk sedangkan pihak di sana tidak.

"Kita usahakan.."
...
Habis sahaja kelas, aku terus sahaja menyusun langkah menuju ke stadium sukan. Langkahku lebih tergesa-gesa daripada biasa. Semua ini hanya kerana gara-gara sepucuk surat yang ditulis oleh Syed Faliq.

'Kepada: Rafa

Sorry sebab biarkan Rafa sendiri selama lebih tiga hari ini. Kalau boleh, hari ini Faliq nak jumpa dekat stadium sukan. Kita spent time macam dulu-dulu.

Yang benar,
Syed Faliq.'

Pelik juga aku pada awalnya. Entah sejak bila pula Syed Faliq gemar berkirim surat bagai dengan aku sedangkan dia ada nombor telefon aku untuk dihubungi. Namun, disebabkan rasa rindu ku yang amat pada lelaki itu.. aku dah tak fikir apa dah. Apa yang aku tahu, aku nak jumpa dia depan mata aku sekarang juga.

Memandangkan jarak stadium sukan dengan fakulti aku tidaklah begitu jauh sangat maka, aku ambil inisiatif untuk berjalankaki. Tidak aku pedulikan mentari terik yang sudah terpacak atas kepalaku. Dalam fikiranku kini cuma nak jumpa boyfriend aku aje!

Surat yang tadi aku temukan di dalam beg tanganku, aku genggam erat. Tak mahu aku lepaskan surat itu dari tangan. Lagipun, bila lagi nak simpan koleksi kenangan masa kami bercinta kan?

Masuk sahaja ke dalam dewan, terus mataku tercari-carikan kelibat Syed Faliq di bahagian penonton. Sambil itu, telefon pintarku keluarkan untuk menghubunginya. Manalah tahu kalau dia angkat dan dia beritahu aku di mana kedudukannya. Namun, hampa. Panggilan ku masih tak mendapat jawapan.

Perlawanan bola tampar yang berlangsung ketika itu, aku langsung tak hiraukan. Aku cuma fikirkan Syed Faliq aje. Hanya dia.

Tidak mahu membazir masa, aku masuk dalam pusuan penonton yang menyaksi kan perlawanan tersebut. Mataku ligat tercari- carikan jasad Syed Faliq namun tidak juga kelihatan. Batang hidung pun jauh sekali.

Tanpa aku sedar, ada sepasang mata yang memerhati aku dari dalam gelanggang. Fokusnya pada bola terus saja pudar bila terlihatkan gadis bernama Rafa itu ada berdekatannya. Tanpa dia sedar, senyum nipisnya terlukis.

"Burn!!!"

BAMM!!

Bunyi kuat dari arah gelanggang tersebut spontan menarik perhatian ku. Aku lihat para pemain dari sebelah gelanggang sudah berkumpul mengerumuni seseorang yang aku lihat terduduk. Tak dapat aku lihat jelas siapa gerangan nya memandangkan ketika itu dia sedang terduduk kesakitan.

Namun untuk seketika, aku kembali mencari Syed Faliq. Sudah hampir separuh kawasan itu aku cari namun kelibat teman lelaki ku itu masih tak kelihatan.

Aku sudah ketap bibir. Kembali surat dalam tanganku, aku belek semula. Entah kenapa, aku dapat rasakan ada orang yang cuba nak kenakan aku.

Terus aku turun melihat tandatangan Faliq. Sh*t! Baru aku sedar, tandatangan itu bukan tandatangan Faliq.

Argh!! Tak guna betul!!

"Owh, malangnya terdapat kecederaan bagi pasukan Juliaz Hills. Nampaknya pemain jersi 10 sudahpun dibawa keluar dari gelanggang untuk mendapatkan rawatan."

Aku tersentak apabila MC menyebut pemain jersi 10. Terus saja aku memusingkan kepalaku ke arah gelanggang. Mataku membuntang bila aku lihat gerangan yang memakai jersi 10 itu dibawa keluar daripada gelanggang.

Wajahnya tidak kelihatan disebabkan ketika itu dia membelakangi aku. Hatiku sudah mendidih kegeraman. Tak guna!!

Jangan cakap, ini ulah dia supaya aku datang perlawanan buang masa ini!!

Terus sahaja surat yang berada dalam tanganku, aku keromotkan. Mataku tajam melirik jasad yang menghilamg dari gelanggang itu.

Siap dia!!
...

Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED]Where stories live. Discover now