BAB 11

25.4K 1.4K 73
                                    

Cahaya yang menerik dari luar jendela sedikit sebanyak mengganggu lenaku pada ketika itu. Untuk kesekian kalinya, aku mendengar kicauan burung kecil silih berganti seakan jam loceng versi kuno. Serentak itu, mataku ku buka perlahan.

Penglihatanku sedikit samar dek cahaya mentari yang menerobos ke dalam bilik namun perlahan-lahan ianya makin jelas. Untuk seketika, aku menggeliat. Entah kenapa, empuk katil ini lebih selesa daripada biasa. Segar saja badan aku, hilang terus penat aku.

Terus aku membangunkan tubuhku dari perbaringan lalu mataku melilau ke sekitar katil yang aku duduki itu. Fikirku, tempat itu adalah bilik aku namun dua kali celik, aku rasakan ada sesuatu yang berbeza pada bilik itu.

Susunan perabotnya tak sama seperti susunan perabot bilik aku, warna dinding nya juga beza jauh dari warna dinding bilik aku. Terus dahiku berkerut dalam. Pandanganku tundukkan ke arah tilam yang aku tempati sekarang.

Aku jelas terkedu. Katil ini.. bukan katil aku juga!!!

Spontan mataku buntang. Huh?! A-aku kat mana sekarang? Kenapa aku boleh ada kat sini? Siapa yang bawa aku ke sini? Bilik siapa pula ini?!! Bertubi-tubi soalan silih berganti menyapa otakku dan ia terus saja menimbulkan keresahan dalam jiwa aku.

Arghhhhhh!!!!

Laungku sekuat hati bila akalku cuma mampu bertindak sebatas itu. Laungan ku diselangi dengan jeritan meminta pertolongan. Berharap ada jiran tetangga berdekatan dapat mendengar S.O.S yang aku kirim kan ni.

Please, aku tak nak kena jual!!!

Tak semena-mena, pintu bilik tersebut terbuka dari luar. Muncul seorang wanita sekitar 40-an berlari-lari anak merapati ku yang masih meracau tak tentu hala. Spontan, tangannya menekup mulutku yang masih bersuara.

Meronta aku untuk seketika bila dia buat begitu. Meremang bulu roma dibuat nya. Mana taknya, dah terjumpa Ibu Ayam nya!!

"Shhhh.. diam-diam. Pagi lagi ni. Jangan nak bising!" gertaknya sambil menahan mulutku.

Aku pula sudah gatal tangan mahu melepaskan tangannya dari mulutku namun usahaku sia-sia. Tak sangka kekuatannya melebihi jangkaan ku.

Bila lihat aku makin meredha, dia perlahan-lahan lepaskan mulutku. Akur, aku mendiamkan diri sambil mata bulat ku merenungnya takut-takut.

Ya Allah, elakkan lah diriku dari perkara- perkara tak baik. Buatlah wanita di hadapan aku ni lupa siapa aku dan lepaskan aku, hatiku terus menerus memanjat doa.

Keluhan kecilnya terlepas. Mungkin dia dapat baca dari air muka aku sekarang yang aku anggap dia orang jahat.

"Rafa jangan risau. Auntie ni bukan orang jahat. Ini rumah auntie. Rafa selamat dengan auntie." ujarnya sambil mengukir senyum mesra.

Aku tergamam. Spontan dahiku berkerut. Rasanya, ini kali pertama aku bertemu wanita itu.. dan macam mana dia boleh tahu nickname aku itu?

"Auntie kenal saya?" soalku hairan.

Dia angguk kepala berkali. "Anak auntie kenal kamu, katanya kamu rakan fakulti dia di universiti. Nama anak auntie tu Rayn, Rayn Hazel. Kamu kenal?" dia pula aju soalan mengenai anaknya.

Rayn Hazel? Aku ketap bibir. Tak pernah lagi aku dengar nama budak fakulti aku Rayn Hazel. Ermm.. budak baru ke?

Mahu tak mahu, terpaksa juga aku gelengkan kepala. "Tak.. saya tak kenal."

Bila mendengarkan jawapan aku itu, wanita itu sekadar mengangguk. Seakan faham aku. "Rayn tu memang pemalu orangnya jadi memang tak banyak orang kenal dia. Jadi, auntie tak terkejut lah kalau kamu kata kamu tak kenal dia." ujar wanita itu dalam nada santai.

Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED]Where stories live. Discover now