Bab 27

1.6K 138 5
                                    

Mia melangkah keluar dari biliknya untuk mengambil telefonnya di ruang tamu tetapi dikejutkan dengan Bella yang memakai pijama dan topeng muka. Filem animasi Coco dimainkan di kaca televisyen. Pada riba Bella pula terletak semangkuk penuh bertih jagung.

          "Kau buat apa ni?" Tanya Mia.

          "Tengok kartunlah."

          "Exactly! Kenapa kau tengah tengok kartun instead of bersiap for the party?" Mia mencekak pinggangnya.

          "Aku malaslah nak pergi." Rungutnya.

          Bella melontarkan bertih jagung ke udara dan menangkapnya dengan mulutnya kemudian menoleh ke arah Mia sejenak sambil tersenyum herot. Bangga dengan bakatnya.

           "Dah tu siapa nak kawankan aku?" Mia mencebik, menayang muka comelnya.

           "Ary adakan? Pergilah dengan dia." Balas Bella, acuh tak acuh saja.

           "No! Kau kena ikut aku juga!"

           Mia menyambar lengan Bella dan menariknya bangun dari sofa. Kemudian, dia merampas mangkuk berisi bertih jagung itu dari tangan Bella dan meletakkannya pada meja kopi sebelum mengheret Mia pergi.

           "Popcorn aku!" Jerit Bella.

           "Cepatlah bersiap!" Gesa Mia pula, tidak ingin melepaskan Bella.

           "Okay, okay! But popcorn aku!"

           Mia melepaskannya. Bella kembali ke ruang tamu dan mengambil bertih jagungnya. Dengan rela hati membuntuti Mia sambil menikmati kemanisan bertih jagung berkaramel dalam mulut.





Dariya duduk berhadapan dengan pantulannya pada cermin. Menongkat dagu. Bebola matanya sekejap berguling ke kanan, sekejap ke kiri. Bosan.

          Tiba-tiba, seseorang mencuit bahunya. Lantas dia menoleh ke belakang dengan riak hairan. Takkanlah Fian dah tukar jurusoleknya? Walhal dia sendiri yang minta Mar untuk membantunya malam itu.

          "Hai."

          "Oh, hai." Dariya bingkas bangun dari kerusinya. Tak sopan pula sapa orang sambil duduk. "Cik ni..."

          "Mia. Kita pernah jumpakan?"

          "Oh, ya! Saya... Nylah."

          "Dah kenal dah. Anyway, congratulations! Patutlah I selalu nampak you dengan Fian. Rupanya you model yang dia kena handle. You dari UK, right?"

          "Uh... Ha'ah." Dariya cuba untuk mengingati sesuatu daripada profil palsu miliknya yang direka oleh Diyana. "Actually, I was born here tapi masa kecil, pindah pergi UK." Sambungnya, tersenyum manis.

         Mujurlah dia sudah menghafal semua yang tertera dalam fail sulit itu.

         "Really? Keluarga tiri saya semuanya tinggal kat UK. Actually, um... Bandini Co. ni nenek tiri I yang punya." Ujar Mia.

         Rahang Dariya bagaikan hendak tercabut setelah mendengar pengakuan Mia. Lutut pula terasa lemah.

         "S-sorry! I really have no idea..."

         "Isy, tak payahlah terkejut sangat! Lagipun this company, nenek I yang punya. Bukan I. So, tak payah nak formal, nak bagi layanan istimewa bagai. Besides, I rasa pilihan nenek I tepat kali ni. You really look beautiful." Puji Mia, ikhlas.

          "Terima kasih." Dariya tersipu malu mendengarnya.

          "Nylah! Hurry up!" Panggil Mar yang muncul entah dari mana.

          "Kejap!" Sahut Dariya. "Saya kena pergi dulu. It's nice to meet you." Beritahunya kepada Mia pula.

          "Nice to meet you too and goodluck kat runaway nanti. Been there before. Berpeluh habis."

          "Okay."

          Mereka berdua saling bertukar senyuman bergegas ke destinasi masing-masing. Dariya ke arah jurusoleknya, Mia pula kembali ke majlis semula untuk bertegur sapa dengan para tetamu.

         

         


"Waalaikumussalam!" Salam yang diucap oleh Awie berbalas. Tidak lama kemudian, Puan Milah muncul di tingkap, melihat ke bawah. "Awie! Dah balik rupanya!"

          "Saya datang nak sampaikan salam dari Riya." Beritahunya, tersenyum.

          Puan Milah meninggalkan tingkap dan keluar dari rumah. Menemui Awie yang sedang berdiri di hadapan tangga rumah. Afi yang terdengar suara Awie turut sama keluar dari rumah.

          "A-Awie jumpa Riya? Kat mana? Riya sihat tak? Dia ada cakap apa-apa ke?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Puan Milah.

         "Isy, ibu ni! Sabarlah. Abang Awie bukannya robot nak jawab semua soalan sekaligus. Cuba tanya satu-persatu." Afi menggelengkan kepalanya.

          "Awie terserempak dengan dia masa dia tengah keluar dengan kawan-kawan dia. Bos yang belanja katanya. Kalau tak silap, nama bos dia Fian. Riya kerja sebagai pembantu kat syarikat tempat Fian kerja. Dia sihat aje cuma rindu suasana kampung." Jelas Awie, tetap dengan senyumannya.

          Puan Milah mengesat air mata. Sudah lama dia tidak mendengar khabar Dariya. Syukurlah anak sulungnya itu baik-baik sahaja.

          "Riya kata, nanti dia nak minta cuti. Nak balik kampung."

          "Iya ke bang?! Akak nak balik sini?" Riak wajah Afi jelas menunjukkan keterujaannya.

          "Iya. Oh! Abang pun ada minta number dia. Nah!" Awie menghulurkan kertas yang dia lipat elok-elok kepada Afi. "Kalau nak tanya khabar, bolehlah telefon dia."

          "Telefonlah sekarang!"Gesa Puan Milah, tak sabar rasanya nak mendengar suara ayu anak gadisnya itu.

          "Isy, ibu ni! Kan dah malam ni. Kasihan Kak Riya. Esok nak kena kerja lagi." Afi meletakkan tangannya di belakang ibunya, menepuk lembut. "Kita telefon esok ajelah, ya bu?" Pujuknya, lemah-lembut.

          Puan Milah mengaku kalah dan menganggukkan kepalanya.

          "Terima kasih ya bang." Ucap Afi.

          "Sama-sama. Abang balik dululah. Mak cik, saya balik dulu."

          "Iyalah, hati-hati!"

          Tiba-tiba, Afi menghulurkan tangannya. Awie melihatnya dengan kening terangkat. Hairan bercampur keliru.

          "Nak salam." Afi tertawa kecil.

          "Oh! Ingatkan nak minta gula-gula tadi." Awie turut tertawa. "Tidur awal tahu? Esok kena sekolah. Belajar rajin-rajin." Pesannya.

          "Okay."

—————

Cuti dah nak habis. Homework tak pndai nak habis. Haih. Cuti pun ssh nak update. Sorry ❤️

Gadis UndercoverWhere stories live. Discover now