Dariya Nylah, hanyalah seorang gadis yang berasal dari kampung. Impiannya untuk menjadi seorang chef pastri musnah apabila keluarganya tidak mampu membiayai kos pelajarannya. Akan tetapi, impian Dariya masih mempunyai harapan untuk ditunaikan apabila Fian Nufail, rakan sekelasnya ketika berada di bangku sekolah dahulu menawarkannya sebuah pekerjaan. "Kalau kau setuju jadi model untuk syarikat aku, aku akan taja semua kos pelajaran kau. So amacam?" - Fian Nufail Pada mulanya, Dariya tidak yakin untuk menerima tawaran Fian itu kerana dia tahu betapa bencinya ayahnya kepada peragawati. Tiba-tiba, Dariya mendapat akal. "Hm. Aku terima tawaran kau tapi aku nak pakai pendakap gigi, cermin mata atau apa-apa aje yang boleh buat orang lain tak kecam aku. Aku nak jadi Nylah, bukan Dariya." Maka bermulalah hidup Dariya Nylah sebagai Gadis Undercover.