Bab 42

1.5K 132 3
                                    

"Aku pernah bunuh someone."

Lidah Dariya kelu. Satu patah perkataan pun tidak terucap. Pernyataan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Bukan dengan tangan aku sendiri, but still. Dia mati sebab aku." Sambung Ary.

"Dia? Siapa dia?" Dariya memberanikan diri untuk bertanya.

"Once upon a time," Ary tersenyum kecil. "ada seorang putera. His mother, died because she was sick. So, ayahanda putera tu pun kahwin lagi dan ibu tiri putera, ada seorang anak perempuan kecil. Putera tu cuba untuk terima keluarga baharu dia. Semakin hari, dia semakin rapat dengan adik tiri dia dan semakin hari, rasa sayang tu makin membuak dalam diri." Senyumannya akhirnya luntur.

Ary menarik nafas dengan dalam. Menghirup udara segar di situ sementara Dariya pula sabar menanti penghujung ceritanya.

"Tapi rasa sayang tu tak cukup untuk jadi rasa cinta sebab putera dah jatuh cinta dengan seorang rakyat biasa. Nama dia Lilith. They were 20 and madly in love. Rupa-rupanya, adik tiri putera sayangkan putera tu lebih dari seorang abang. He didn't know at that time until one day, Lilith was found dead."

"Dia... dibunuh?" Dariya mencelah.

Ary menggelengkan kepalanya. "Dia ambil nyawa dia sendiri. Selepas siasatan dijalankan, it turned out Lilith suffered from extreme depression. Cuba teka kenapa?"

Dariya tiada jawapannya.

"Sebab adik tiri putera, Puteri Mia ugut dia, abused her with words dan akhirnya, dia terpaksa pilih antara nak selamatkan perniagaan keluarga dia yang bukan orang berada atau nyawa dia. The end." Ary bertepuk tangan.

Dariya diam membisu. Apa reaksi yang perlu dia tunjukkan setelah mendengar kisah hidup Ary?

"Kenapa? Cerita ni tak best sebab tak ada happy ending?" Soal Ary selamba.

"Bu-bukan macam tu..."

"One thing yang aku belajar lepas Lilith mati, hidup ni tak ada happy ending atau sad ending. The only ending we have is death. Bila kau mati, that's it. Thats the ending. End of story." Cantas Ary.

"So Fian suruh aku jauhkan diri dari kau, bukan sebab dia takut kau apa-apakan aku. Tapi sebab Mia?"

Ary mengeluh panjang.

"Lepas apa yang dah jadi, aku tak berani nak rapat dengan perempuan lain. Mia makin obses dengan aku dan aku tak boleh nak... shut her out of my life. Aku tak nak dia buat macam apa yang Lilith dah buat. After all, dia masih adik aku."

Dariya mengangguk faham. "So, kenapa kau datang jumpa aku?"

"Kau tahu tak kenapa kau terpilih jadi first muslimah model of Bandini Co.?"

"Sebab... entah. Fian kata sebab Lady Bandini or whatever her name is pilih aku."

Ary menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. Menafikan kebenaran di sebalik sangkaan Dariya.

"Actually, masa nenek aku, Lady Bandini tengah tengok gambar-gambar yang Fian bagi, aku ada kat situ. Aku yang pilih kau. Bukan nenek aku."

"Sebab itulah kau dengan Mia kenal aku siapa? Tapi kenapa kau pilih aku?"

"Sebab..." Ary menggigit bibir. "Aku tak boleh beritahu sebab tu sekarang."

"Tapi..."

"Kau nak tak tengok keluarga hidup senang berbanding sekarang? Adik kau boleh capai cita-cita dia, abah kau boleh beli semua sawah padi kat kampung tu, ibu kau pula tak payah nak bersusah-payah bangun awal pagi, masak nasi lemak. Kau nak tak diorang hidup macam tu?"

"Maksud kau?"

"Aku boleh bagi semua tu kat kau. Asalkan... kau ikut aku balik UK."

"UK?"

"Ikut aku dan aku janji, aku akan bagi kau segala-galanya. Duit, kebahagiaan, semua yang kau nak." Ary menghulurkan tangannya. "So, what do you say? Nak tak ikut aku?"




"Riya!"

Dariya yang asyik dengan lamunannya tersentap apabila suara nyaring Puan Milah menyapa gegendang telinganya. Bibirnya melengkung ke atas, mengukirkan segaris senyuman.

"Riya tak apa-apa ke?" Puan Milah menarik anak perempuannya ke dalam pelukan.

"Riya tak apa-apalah." Dariya mencuri pandang ke arah Afi. "Ibu, Riya laparlah. Ibu ada masak tak?"

"Ibu masuk dulu. Ibu siapkan makanan untuk Riya."

Senyuman Dariya melebar. "Terima kasih."

Dengan perginya Puan Milah, Afi cuba untuk meloloskan diri dari situ tapi Dariya dengan pantas menghentikannya. Lapar hanyalah alasan untuk dia bersendirian dengan Afi. Ada hal yang ingin dia bincangkan. Berharap sangat yang Afi akan jujur kali itu.

"Akak tanya sekali lagi, kenapa Afi bergaduh? Afi boleh jawab atau pilih untuk diam tapi jangan tipu akak. Akak tak suka."

Afi mengeluh sebelum berpaling semula menghadap Dariya. Kalau dia memilih untuk diam, pasti hubungan antara mereka mengeruh. Dia juga benci untuk memutar belitkan perkara yang sebenar.

"Hari tu, Afi ada terjumpa dengan budak-budak kampung. Diorang beritahu Afi yang akak dah jadi terkenal sekarang. Diorang siap tunjuk gambar akak lagi. Mula-mula Afi tak nak percaya sebab muka akak lain sangat. Tapi bila fikirkan balik, semuanya masuk akal. Sebab itulah Abang Fian datang sini, cari akakkan?"

"Dah tu? Afi pukul diorang?"

Afi menggelengkan kepalanya. "Afi minta diorang jangan beritahu sesiapa pasal akak. Afi tak nak abah tahu. Diorang setuju asalkan Afi buat apa yang diorang nak."

"Diorang pukul Afi?"

Afi diam.

"Afi diam aje? Tak pukul diorang balik?"

Afi mengangguk.

Air mata yang mengancam untuk jatuh akhirnya bergelinangan di pipi Dariya. Tangannya memukul bahu Afi bertalu-talu. Namun Afi diam dan membiarkannya saja.

"Kenapa bodoh sangat ni? Kenapa tak lawan balik? Kenapa biar diorang pukul Afi sebab akak?"

"Kak..." Panggil Afi tetapi Dariya tidak mengendahkannya. "Kak... dahlah tu." Bibir Afi terketar-ketar, matanya pula berkaca.

Afi meragut tangan Dariya dan menariknya ke dalam pelukan. Belakang Dariya dia tepuk perlahan. Meredakan esakan Dariya.

"Afi tak pandai. Tak boleh nak belajar tinggi-tinggi, cari kerja yang gaji dia tinggi. Afi tak boleh nak ubah nasib keluarga kita. Tak boleh nak bagi akak hidup senang-lenang. Ini aje yang Afi boleh buat. Lindung akak. Jadi tempat untuk akak bersandar. Hulur baju untuk akak hembus hingus tu." Sempat lagi dia berseloroh. "Walaupun Afi tak pandai, Afi kuat tahu? Setakat kena tumbuk sikit, apalah sangat. Akak tak payah risaulah."

"Aku boleh bagi semua tu kat kau. Asalkan... kau ikut aku balik UK."

"Tak, Riya. Kau kena fikirkan cara lain. Kau tak boleh ikut dia." Bisik hatinya.

Dariya memejam rapat matanya. Andai saja dia dapat memutar masa. Tak akan pernah dia menerima tawaran Fian. Dia menyesal.

+

Citer ni nak habis dah. Maybe sampai bab 50 aje.

Gadis UndercoverWhere stories live. Discover now