HFDS 4

15.3K 586 14
                                    

AZRIN mengukir senyum apabila melihat kelibat Elina keluar dari bangunan butiknya dan menuju ke kereta. Dia keluar dari perut kereta dan mengatur langkah ke arah kereta Elina.

"Ehem, hai sayang."

Senyumannya masih melebar. Selamba saja dia menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta Elina, menghalang gadis itu untuk membuka pintu.

"Apa  lagi? Agaknya awak ni tak ada kerja lain kot selain dari mengganggu hidup saya,” kata Elina geram. Dia melancarkan mogok.

Sejak lelaki yang bernama Azrin ini muncul di dalam hidupnya tiga minggu lalu, hidup tenteramnya jadi kucar kacir. Hantar bunga ke pejabatlah, paksa temankan makan tengah hari lah. Kadang-kadang Azrin sengaja menggunakan abangnya. Tak tahu kenapa dia berubah drastik sangat.

"Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua tau, muka tu makin tak cantik," usik Azrin.

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata pula tidak lepas menjamah wajah yang dirinduinya.

Elina menjeling tajam. Kalau boleh, mahu saja dia menghalau Azrin tapi dia tak sampai hati. Entah rasa kesihannya yang menyekatnya dari berbuat begitu.

Peninglah. Fikir Azrin ni akan terus buat perangai. Tapi dia ni.. hish susah nak terangkan. Kadang-kadang rasa macam tak.

"Ni apahal nak jumpa saya petang-petang macam ni?," tanya Elina acuh tak acuh. Dia menyandarkan tubuhnya di sebelah Azrin.

" Temankan I dinner ."

"When?"

"Tonight." Terus saja dia menoleh. Azrin tayang muka selamba.

"Tak dapatlah, awak. Awak inform last minute sangat. Saya ada plan malam ni,"bohong Elina.

Tak ada plan sebenarnya tetapi takkan nak angguk kepala dan bersetuju dengan lelaki di sebelahnya ini. Buat apalah nak tunjuk baik kalau dah temberang dah pecah. Nak aje ku report kan Abang Azrul.

"Cancel your plan and come with me," arah Azrin yang turut menoleh ke arah Elina.

"Mana boleh. Awak ni sebarang aje tau. Kalau saya cancel nanti orang kata saya mungkir janji," bentak Elina.
Di dalam hati tidak putus-putus dia mengharap agar Azrin tidak memaksa. Sungguh dia tidak mahu! Mengada-ada!

"I tak peduli. You mesti ikut temankan jugak malam ni.Kalau tak.."

"Kalau tak, apa? Hah, apa?,” pintas Elina sebelum sempat Azrin habis bersuara.

Azrin tergelak kecil. Lucu benar lagak tunjuk berani Elina. Mendekatkan tubuhnya sambil bercekak pinggang. Kemudian mengangkat-angkat kepalanya dengan mata terbeliak. Azrin mendekatkan bibirnya ke telinga tunangnya dan berbisik.

"Kalau tak, I suruh Azrul paksa you or I cakap you ada orang lain dibelakang I. Get it?" soalnya menyombong.

"Remember Ell.. your brother always on my side. Tak payah nak plan nak putus tunang dengan I. Ingat I tak tahu?" ujarnya akhir sekali sebelum masuk ke dalam kereta. 

Arghhhhhh!

"Hold my hand please," bisiknya keras Azrin. Bila aku buat tidak endah katanya.

Elina merengus tak suka dan mereka berdua berpegangan tangan masuk ke dalam ballroom yang sudah dipenuhi oleh para tetamu yang lain.

Dia ingatkan Azrin hanya akan membawa makan restoran, rupanya nak teman pergi event. Nasib baik dia sendiri memberitahu memakai dress bersesuaian.

Dinner sempena apa ni?"

"Dapat tender besar."

Elina mengangguk-angguk. Tak hairan dengan hanya mendapat kejayaan sikit dah buat majlis. Orang kaya biasalah, bisiknya dalam hati. Sepanjang malam dia berkepit dengan Azrin sedikit pun tidak berenggang jauh. Sesekali Azrin menjeling ke arah Elina di sebelah.

Elina begitu cantik malam ni walaupun hanya bermake up simple tetap menjadi perhatian orang lain jugak.

"Azrin, saya nak balik. Kepala saya pening-pening," bisik Elina setelah lama mereka berada di sini. Tak selesa sebenarnya.

"You tak sihat ke?" sepontan tangannya diletakkan di dahi ku. Tak pulak panas.

"Eh tak. Rasa letih kot."

Azrin meminta diri dan membawa Elina keluar dari tengah-tengah orang ramai. Sedikit pun dia tidak melepaskan rangkulan tangannya di pinggang gadis itu. Tanpa mereka berdua sedari, sepasang mata begitu tertarik dengan kedua-duanya dari tadi. Lebih tepat lagi, tertarik dengan Elina yang begitu menyerlah malam ini.

"Eh Rin ,mana you pergi? Lama I tunggu,” tiba-tiba seorang gadis muncul di depan kedua-duanya.
Mata gadis itu menjeling tajam Elina di hadapan.

Muka taklah cantik sangat, tapi gaya sombong nak mampus. Kutuk Fatin di dalam hati.

“ I tak suruh you tunggu I pun,” jawab Zarief acuh tak acuh.

"Tapi you cakap datang kat sini."

"Yes, I datang tapi dengan my fiancee. Baby boleh tak jangan ganggu I buat masa ni. I nak balik"

Elina terlopong seketika. Macam mana dia tersalah sangka ni. Hmm, jadinya..?

"Come"

"I hantar awak terus balik ke rumah.” Azrin bersuara dan dan dalam sekelip mata, kereta lelaki itu sudah meluncur laju membelah jalan raya.

Aku hanya diam tanpa berkutik. Tak bersuara langsung. Tak tahu patut rasa bersalah ke tidak?

"Kenapa you diam ni?" ujarnya melihat aku sekilas. Aku menggeleng. 

"Pasal tadikan? Jadi you dah tahu siapa baby pada I? Everything or something makes you curious or suspicious please let me know. Jangan nak fikir lain", ujarnya serius dengan suara lembut. Aku melihatnya lama.

"Maaf. Terima kasih hantar saya", ujar ku bila keretanya berhenti depan rumah ku.

Azrin tersenyum kecil.

"And I need to tell you something."

Langkah Elina yang baru hendak melangkah keluar terhenti. Dia berpaling semula memandang wajah lelaki itu.

" I love you."

#####
vote yee.. :) simple je bab kali ni.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now