HFDS 17

10.5K 493 16
                                    

ELINA membuka matanya perlahan. Bunyi kicaun burung dan sinaran matahari membuatkan Elina terjaga. Tersenyum Elina saat melihat suaminya masih tidur pulas. Bibirnya menguntum senyum.

Rambut kusut Eddie dielus perlahan. Pasti suaminya ini penat sangat, bekerja sampai lewat malam semalam. Lepas beli barang basah dan keluar menonton wayang semalam, Eddie terus sambung kerjanya di bilik kerja. Katanya, ada beberapa kerja penting yang perlu diselesaikan dan disemak sebelum dia menyambung semula cuti.

Cadangnya, hanya mahu menghabiskan bersama keluarga saja. Belum merancang untuk ke mana-mana. Lepas subuh, Eddie menyambung tidur.

Elina ingatkan nak teman Eddie sekejap saja sampai suaminya tertidur semula. Rupa-rupanya, dia pun ikut tertidur sekali.

Elina membetulkan selimut ditubuh Eddie dan menaikkan suhu penghawa dingin supaya suaminya tidak terlalu sejuk dan selesa. Setelah itu, penuh berhati- hati Elina turun dari katil. Mahu menyediakan sarapan. Nanti Eddie dah bangun, senang.

Hari ini hari istimewa sebenarnya. Hari lahir Eddie. Sebetulnya dia tak tahu pun tarikh hari lahir tu. Mama Eddie yang tolong ingatkan. Puas Elina berfikir dari semalam, kejutan yang hendak dibuat. Nak merancang majlis hari lahir, susah pula. Sebab mereka masih sedang mood bercuti berdua. 24 jam berkepit. Lagipun jimat segala bajet dan masa dah kira berkualiti buat mereka.

Sudahnya, Elina buat keputusan untuk meraikan. Masak makanan kegemaran Eddie dan buat kek kukus coklat. Lagi satu, nak buat kek brownies. Nasib baik cukup bahan.

Elina terus keluarkan bahan-bahan untuk membuat kek. Segala alat dan bahan membuat kek disusun di atas meja. Semalam, dia beli semua bahan itu tapi waktu mereka keluar. Mujurlah Eddie bukan jenis bertanya. Sabar saja menanti dan membayar. Gaya orang tak pernah masuk dapur, macam itulah. Mana kenal bahan buat kek dan masakkan.

Sedang Elina mengayak tepung dalam bekas, pinggangnya dipeluk dari belakang. Terjerit kecil dia kerana terkejut. Pipi Eddie dicubit geram. Datang tak berbunyi langsung. Mujurlah tak terbang bekas tepung di tangannya. Tak pasal-pasal berbedak tepung mereka suami isteri pagi ini. Tumpah nanti buat lagi satu kerja.

Aku tersenyum melihatnya pagi ini. Muka serabai tetap menarik perhatianku. Kacak! Nasib dah jadi laki sendiri.

"Sayang buat apa ni, pagi lagi dah masuk dapur? Kata nak teman abang tidur tadi?" bisik Eddie dengan suara seraknya. Dagunya didaratkan ke bahu Elina dan pelukan dieratkan.

"Sayang buat sarapanlah. Kenapa abang bangun awal sangat? Sayang buat bising, eh? Maaf ya," ucap Elina. Eddie menggeleng.

"Taklah memang nak bangun pun. Tengok-tengok sayang tak ada dekat sebelah. Nak masak sarapan apa pakai tepung kek tu?" soal Eddie. Elina tertawa kecil.

"Bukanlah. Ini sayang nak buat kek. Hari ini kan hari lahir abang. Ingat nak buat surprie. Tapi dah tahu biarlah. Sarapan ada tu. Mi goreng dengan telur. Kuih sikit dari semalam pun masih ada. Abang pergi mandi dululah. Nanti sayang bancuh air. Abang nak minum apa?"

"Oh... buat kek. Air apa-apa pun boleh. Sayang buat, semua abang minum. Sayang nak buat kek apa?"

"Kek coklat kukus dengan kek brownies Abang suka, kan?" soal Elina kembali lalu berpaling menghadap suaminya.

Eddie masih mengekalkan posisinya berdiri di hadapan Elina. Sebelah tangannya masih memeluk Pinggang Elina. Sebelah lagi, melurut lembut juntaian rambut isterinya itu.

"Suka. Dah lama abang tak makan kek. Nanti abang tolong sayang, eh? Abang kan pandai buat kek," seloroh Eddie. Gurauan Eddie itu disambut dengan tawa Elina. Pandailah sangat. Habis hancur keknya nanti.

Pelukan suaminya dileraikan dan dia bergerak ke arah kabinet satu lagi. Mahu membawa keluar acuan. Tapi acuan itu agak ke belakang dan sukar dicapai tangannya

"Ala, tak sampai. Abang, tolong ambilkan, ucap Elina manja. Eddie mengukir senyuman nakal.

"Upah dulu," balas Eddie sambil menyuakan pipinya. Elina mengerutkan batang hidungnya. Menyampah betul. Tapi, diturutkan juga. Saja melayan mood bermanja suaminya pagi-pagi ini.

Ciuman dihadiahkan di pipi Eddie. Terus tersenyum lebar suaminya itu. Dengan senang hati, Eddie mencapai acuan kek yang dimahukan Elina.

Sempat dia tunduk dan mengucup pipi Elina pula, sebelum acuan kek itu diserahkan kepada isterinya.

"Ambil kesempatan," omel Elina sambil mengepit bibir suaminya.

"Eee, mulut dia ni. Geram kita. Suka balas balik", Eddie sekadar tertawa dan menolak lembut. Tidak dilepaskan, sebaliknya tangan Elina digenggam erat. Matanya merenung Elina.

"Teman abang mandi, jom. Sayang belum mandi juga, kan?" bisik Eddie dalam suara mengoda. Elina melarikan matanya daripada renungan Eddie itu. Halah, dia buat perangai dah. Dahlah muka serabai dia tu nampak handsome nak goda-goda pulak.

Dia main tenung- tenung kita pakej tak jadi masak ini karang.Tangannya yang digenggam Eddie ditarik perlahan. Kemudian, dada bidang suaminya ditolak manja.

"Tak payah nak mengada-ada, ya. Sayang dah mandi dah tadi. Sayang banyak kerja nak buat ni. Nak masak. Nak buat kek lagi. Nanti lambat siap, lambat pula kita nak makan.

"Alahh.. kejap aje. Bukan buat lain pun." Pujuk Eddie tidak mengalah. Dia tersenyum sumbing.

"Abang nak makan ke tak? Tak jadi buat nanti", ugut ku acah. Eddie ketawa perlahan. Suka dia mengacau isterinya. Mukanya nampak membahang dan masih malu-malu lagi dengannya.

Sudahnya, Eddie belum lagi naik mandi malah dia menamani Elina membuat kek hingga selesai. Masa mereka terluang banyak dek Eddie yang selalu membuat kacau.

"Suami sayang harikan memang ringan tulang. Rajin pulak tu. Hari ini, abang cakap aje apa yang abang teringin nak makan. Insya-Allah, sayang boleh buatkan. Okey?" Eddie mengecilkan matanya.

Kemudian, dia menggeleng.

"Abang tak nak makanan. Abang nak hadiah lain." Dahi Elina berkerut. Tangan yang masih melekap di pipi Eddie bertukar menjadi cubitan manja. Digoyang-goyangkan pipi suaminya itu. Geram. Adalah tu, akalnya mahu minta yang bukan-bukan.

"Hadiah apa, suamiku sayang?" Eddie tersengih lebar. Tangan Elina yang masih di pipinya diturunkan. Kemudian, dalam sekelip mata tubuh isterinya dicempung dan berada dalam dukungannya. Menjerit Elina dibuatnya.

"Eee, abang. Apa ni?" sungut Elina sambil tarik muncung

"Temankan abang mandi. Itu hadiahnya. Simple je"

"Eee, tak naklah!"

"Nak juga, tak kira!" balas Elina. Kakinya sudah meniti anak tangga naik ke atas. Elina sudah mengeluh dan hanya mampu

Reda merangkul leher Eddie bagi menyeimbangkan badannya. Namun, terlepas ketawanya saat suaminya tercungap-cungap tiba di tingkat dua.

Kurang asam betul. Nak kata aku gemuklah tu sampai dia kepenatan begitu.

Ceh! Elina melompat turun daripada pelukan Eddy tatkala mereka tiba di dalam bilik. Mencebik dia memandang suaminya itu.

####

Done. Vote 90. Ok dah mula dah start nak habis kn story ni. Nak active balik. Takut lupa nama watak.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now