Addition 🌹

7.2K 267 5
                                    

AKU menguak rambut dan menyelitkan di tepi telinga. Suaminya merenung wajahku tak terkelip-kelip.

"Yang abang tengok sayang macam tu sekali kenapa?" Aku rebahkan tubuh di atas sofa.

"Sayang ni dah makin berseri aje abang tengok dari minggu lepas." Eddie tersengih lebar. Aku mencebik bibir. Saja aje nak kenakan aku.

"Abang jangan nak perli eh" rungutku. Dan aku tahu sangat rungutan aku tak akan mendatangkan kesan di hati Eddie.

Suaminya selalu mengusik dirinya dah semakin nampak tembam. Nak di kata kan mengandung kali kedua belum ada tanda lagi. Nak mengata kita tak jaga badan lah tu. Maklumlah dah ada anak.

"Abang tak kata apa-apa pun." Ku jeling Eddie sekilas.

"Mia sekolahkan? Jom kita..?" Eddie tersengih gatal.

"Hah?"

Terkeluar juga 'hah' dari mulutnya dengan kerutan seribu di dahi. Dia belai pipiku sampai nak ternaik segala bulu roma."

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyanyang,"ucapnya sambil mendekati wajah dia ke wajahku.

"Pagi masihlah...." Aku cuak.

"Ada siapa kisah?" Dia senyum nakal.

"Kejap lagi Mia baliklah.." Aku cuba tolak dia, tapi tak berjaya.  Tak nak jadi lauk dia pagi ni!  Dia kucup pipi, dahi dan kemudian telingaku.

"I know you miss me also!"  Bisiknya romantik. Oh Tuhan! Aku dah jadi 'lauk' dia untuk pagi ni.  Menang, lepas ni sila ambil subjek rumah tangga suami isteri.  kes ilmu kasih sayang? Heh! Terasa gagal seketika.


"Mamaa!" Jerit Si kecil sambil berlari bila masuk saja ke rumah. Ku sambut dengan senyuman dan merangkul dalam pelukkan.

"Hai, anak mama. Rindu kat dia. Belajar apa hari ni?", tanya ku menyelit rambutnya. Muka anaknya banyak mengikut suaminya. Baru aje masuk tingkatan pra.

"Tak banyak, belajar mengira aje". Jawapnya pintar. Mulutnya becok bercerita hingga tangan ikut menyentuh di leher ku.

"Mama ni apa?", tanya Mia Lana dengan muka tidak tahu. Elina terpempam. Tidak sedar akan kewujudan yang di tinggalkan suaminya tadi.

Eddie pula hanya tersenyum geli hati. Tak sangka anaknya perasan. Pipi anaknya di cuit lalu berbisik menyuruhnya mandi.

"Okey papa!" Dengan mudahnya saja Mia lana mendengarnya. Elina berdiri lalu memukul lembut dada suaminya. 

"Abang ni kan. Buat sayang malu aje."

"Sorry. Alah setakat si kecik tu apa nak heran. Lainlah orang lain." Eddie memeluk pinggang isterinya dari belakang. Elina dah jegilkan mata.

"Kita pergi honeymoon nak tak? Dah lama tak keluar berdua", pinta Eddie dengan muka tak semenggah. Tangannya naik meliar ke atas bahunya pula. Miang semacam!

"Janganlah. Takkanlah Mia nak tinggalkan kat mak. Menangis budak tu nanti". Elina menolak kerana tak sampai hati. Mereka bersuka ria tapi anak seorang pun tak bawa walaupun dah umur tujuh tahun tetap kecik di matanya.

"Bukan jauhlah sayang. Dekat aje tak sampai naik kapal terbang pun. Bolehlah sayang, kali ni aje?" Pintanya lagi.

"Tak boleh", bantah ku tak setuju.

"Okeylah kalau tak nak. Abang tak paksa." Pelukkan erat kini terlerai. Eddie mula berpusing untuk naik.

"Marah ke tu?", tanya Elina sekadar menduga. Padahal dia tahu suaminya merajuk dengannya.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now