HFDS 11

12.4K 577 7
                                    

SUDAH tiga hari mereka pulang dari bercuti. Kakinya pun sudah surut dan membaik. Dalam masa singkat jugak mereka sudah tinggal rumah baru Eddie.

Eddie terpegun melihat Elina yang bersangul tinggi itu hingga menampakkan tengkuk putihnya itu. Elina yang sedang ralit memasak  sambal masih tidak sedar kehadiran Eddie di belakangnya. Eddie perlahan-lahan menapak ke belakang Elina. Bau haruman syampu rambut isterinya menusuk hidungnya.

"Hmm.. sedapnya bau."

Hampir terpelenting sudip di tangan Elina kerana terkejut akan teguran Eddie itu.

Elina terus berpaling ke belakang, badannya terlanggar dengannya. Bulat mata Elina kerana terkejut. Eddie kian mendekat, Elina pula mengundur. Eddie sengaja merapatkan badannya dengan Elina dan meluruskan kedua-dua belah tangannya ke dinding lantas membuatkan Elina terkunci di situ. Matanya terpaku pada mata Eddie. Lama.

"Jangan dekat", bentak Elina bila Eddie semakin mendekat. Lelaki ini semakin melampau mengusiknya, geram Elina dalam hati.

"Kenapa tak boleh pulak, sayang? Tak payah tolak-tolaklah.." ucap Eddie dengan nada menggoda.

"Awak jangan.. Saya jerit nanti." Kali ini Elina mengugutnya pula  walaupun dia sedar tak ada orang akan mendengar jeritannya di situ. 

Elina tidak tahan dengan keadaan mereka yang terlalu rapat, menolak dada Eddie sekuat yang mungkin memyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang. Lebih sakit hatinya lagi bila mendengar ketawa Eddie yang kuat menerjah di telinga. Benci betul bila lelaki itu dapat mempermainkannya.

Kurang cerdik jawa betul, omel Elina tidak puas hati.

Eddie menahan gelak apabila melihat muka mengelabah isterinya. Tak sah sikap paranoidnya tu. Macamlah orang jahat sangat. Comel aje aku tengok, puji Eddie perlahan.

"Orang masak pun nak kacau. Lapar tahu tak. Awak tak belum beli barang dapur lagi", bebel ku masih sibuk menyediakan nasi goreng, juadah  tengah hari mereka. Ringkas sebab takde bahan mentah lain.

"Sorry laa.. tadi pagi aku ada kerja sikit. Lupa kejap pun nak berleter. Mama tak berleter macam ni pun tau", ujar Eddie memcuit hidung Elina.

Elina tak memberi peluang lalu dengan sepontan tangan suaminya dipulas ke belakang cuma sekejap.

"Aduh! Hebat betul bini zaman sekarang ni. Dah pandai nak pulas tangan suami pulak.. Hebat!" kata pura-pura mengaduh sakit. Padahal tak sakit mana pun.

"Ohh sorry! Tersengaja pula. Dah lama niat." Elina ketawa lepas dan menutup mulut.

Kali ni Eddie pura-pura menjeling Elina. Nak tunjuk marah. Dia lantas menarik kerusi lalu duduk di meja makan.

Elina tak suka memasak tapi masakkannya tetap dapat diterima tekaknya. Elina pula tahu akan tanggungjawabnya meyediakan minuman atau apa juadah untuk Eddie. 

"Sayang jangan marah-marah..", nyanyi Eddie memujuk kemudian. 

"Meluat dengar tau bila awak cakap macam tu." Elina berpeluk tubuh. Menjeling sekilas pada Eddie yang masih nelihatnya. Lelaki itu hanya senyum melihat reaksi gadis itu.

"Petang ni kita keluar, cari barang dapur", ujar Eddie lama berdiam. Kerjanya semakin banyak hingga benda lain pun dia terlupa.

"Okey."

DEMI TUHAN, banyak-banyak orang di dalam dunia ini, yang tak mahu Elina lihat, Azrin. Tapi apa yang terjadi sebaliknya.

Santai saja cara lelaki itu bersandar di dinding bersebelahan pintu kaca butiknya. Tak perlu ditanya, dia yakin lelaki itu memang sedang menantinya.

Patutnya aku dengar cakap Eddie tadi, agar tidak berlama keluar rumah. Malah aku seharian di butik. Memandangkan seminggu lebih tidak datang melawat.

"Elina.." ucap Azrin sebaik saja melihat Elina.

"Apa you buat di sini?" tanya Elina datar.

Kalau diikutkan hatinya dia tak nak jumpa Azrin lagi. Tapi sedikit sebanyak ingin tahunya padanya, bila perkawinan mereka yang dirancang tidak menjadi.

" You tak happy tengok I kat sini?" tanya Azrin lembut. Dia cuba membeli jiwa Elina. 

"Takde sebab I nak gembira. I dah kawin Az.. Takkan abang tak cerita kat you" beritahunya. 

"Whoa.. What?! I tak tahu pun. Jadinya selama ni you betul curanglah dengan I," sindir Azrin dengan amarah. Tangannya ditepuk beberapa kali tidak mempercayai dirinya ditipu dan mengetahui Elina sudah kawin. Dengan sekejap mata pulak tu!

"Hari-hari I ingat kat you sayang.. You tak rindu I?"ujar Azrin bertukar watak lembut pula.

Sayang?

Dia sungguh tak sudi dipanggil begitu. Rasa jijik! Kalau Eddie panggil dia pun lagi elok dari lelaki depannya ini.

"I masih cintakan you, Elina"

"Nak termuntah I dengar"

Azrin genggam kedua-dua tangannya, sesama sendiri. Tentu tangannya akan naik bila melihat suami Elina ada didepannya. Makin sinis cara Elina menjawap kata yang begitu memanaskan hatinya. 

"Kita kawin, El?" ajak Azrin tiba-tiba. 

"Apa?" Mata Elina tajam menikam mata Azrin.

Dalam hati, dia sangat berharap yang dua orang pekerjanya akan segera sampai dari membeli makan. Dia sudah muak mendengar kata-kata Azrin yang langsung tidak penting.

"Jadi isteri dan kita hidup aman bahagia lepas ni?"

"Gila!"

Azrin dah makin banyak cakap merepek. Bercakap tanpa berfikir macam dah takde otak lagaknya.

"Please sayang.. Kawin dengan I", rayunya lagi.

"I tak gila nak buat macam tu, Azrin. I dah ada hidup sendiri dan you belajar terima hakikat"

Azrin semakin panas hati.

"Kenapa kau tolak kawin dengan aku? Cuba cakap! Kau mengandung ke?" ujar Azrin bagaikan mengejek. Mata Azrin tertacap ke perut kempis Elina.

"Jangan bertingkah biadap pada I, Azrin!"

"Buat apa?"

"Tak elok tengok isteri orang macam tu!" tempelak Elina geram.

Jam tangan dilihat sekilas. Berharap Eddie dapat datang mengambilnya awal.

"Jom ikut aku! Kita kawin ye sayang", pujuknya lagi. Azrin dah gila! Tangan Elina digapai dan diheret masuk ke keretanya.

"Woii", ujar Eddie bersuara kuat.

###

Huhu. Need 30 above vote yee.

© Heroes From Da Sky Where stories live. Discover now