Bab 15

724 40 1
                                    

"𝔎𝔞𝔲 𝔱𝔞𝔥𝔲 𝔱𝔞𝔨? 𝔄𝔨𝔲 𝔡𝔦 𝔰𝔦𝔫𝔦 𝔰𝔢𝔩𝔞𝔩𝔲 𝔰𝔞𝔶𝔞𝔫𝔤𝔨𝔞𝔫 𝔨𝔞𝔲 𝔴𝔞𝔩𝔞𝔲𝔭𝔲𝔫 𝔨𝔞𝔲 𝔩𝔢𝔟𝔦𝔥 𝔰𝔞𝔶𝔞𝔫𝔤𝔨𝔞𝔫 𝔡𝔦𝔞."



Pagi yang indah dengan cuaca yang damai untk beriadah. Qhai dan Afyna memutuskan untuk menghirup angin luar di taman berdekatan dengan kawasan perumahan di situ. Tidak ramai yang turun pada pagi itu membuatkan mereka boleh beriadah dengan tenang.

"Abang, Fy nak tanya sesuatu boleh?" soal Afyna sambil membantu Qhai dalam senaman renggangan pull back. Dia menolak belakang badan Qhai dengan kedua belah kaki sambil tangan Qhai dia pegang dari arah belakang.

"Tanya je, Fy. Tak perlu minta izin," balas Qhai.

"Ukail tu pada abang ok tak?"

"Hm... Ok je. Kenapa?"

"Tak ada apa. Fy takut abang tak selesa Fy berkawan dengannya. Nanti kalau Fy nak minta izin keluar bersama dengan dia dan Sarah, takut abang marah pula," jelas Afyna terang kerana dia tak mahu ada masalah di kemudian hari.

Selesai renggangan ke atas dirinya, Qhai melakukan kepada Afyna pula dengan aktiviti yang sama.

"Nak keluar tak ada masalah tapi Fy kena tahu batas dan pergaulan. Fy tahu kan antara lelaki dan perempuan tanpa jalinan ada siapa,"

"Tahu. Syaitan!" jawab Afyna seperti anak kecil.

Senyuman senang terukir. "Abang tahu kawan-kawan Fy semuanya baik-baik. Kawan juga cerminan diri sendiri. Dengan siapa kita berkawan itulah dirinya," Usai membalas, dia mengelus pipi Afyna menggunakan ibu jarinya.

"Selama kami berkawan memang hanya setakat kawan je. Tak ada perasaan lebih daripada kasih sayang seorang kawan baik. Sama macam Sarah. Fy layan dua orang tu sama rata," tambah Afyna dengan lebih terperinci dan mendalam.

Qhai terlepas ketawa mendengar penjelasan Afyna itu. Menyebabkan gadis itu menoleh dengan sebuah kerutan.

"Fy, layanan yang sama terhadap lelaki dan perempuan tapi reaksi dan tindak balas mereka berbeza," ujar Qhai secara tersurat. Masih lagi tidak berterus terang dengan jelas.

"Apa yang berbeza?"

"Senang abang cakap, persahabatan antara dua jantina yang berlainan takkan berakhir dengan kawan sahaja. Akan ada salah seorang yang akan jatuh cinta kepada sahabatnya itu,"

"Fy kan sayang abang," Gaya dia macam dia sukakan Ukail ke?

"Tapi Ukail sayangkan Fy," tuntas Qhai menyebabkan Afyna termati kata. Renungan terpinga diberikan ke arah suami yang masih tenang air mukanya.

"Mustahil,"

"Tak ada apa yang mustahil dalam fitrah manusia. Sedangkan manusia itu sendiri boleh menangkan fitrah yang songsang. Abang lelaki dan abang tahu pandangan lelaki lain membawa maksud kepada apa. Dia kecewa, Fy. Dia pandang abang macam saingannya," terang Qhai lagi.

Afyna terdiam seribu bahasa. Apa yang Qhai luahkan sedikit sebanyak membuka matanya. Adakah selama ni ianya adalah layanan yang berbaur berharap daripada Ukail? Jadi selama ni Ukail menyimpan perasaan terhadapnya? Sejak bila?

"Abang cakap ni bukan sebab abang nak putuskan persahabatan awak berdua. Dia kenal Fy dulu dan dia kenal Fy macam mana. Macam abang cakap sebelum ni. Abang bukan perampas. Mungkin abang boleh halang dia dekati isteri abang tapi bukan kawannya," Pesanan mendalam daripada suami Afyna hadam sedalam-dalamnya.

Afyna terus mengukirkan senyuman nipis. "Terima kasih sebab memahami, abang. Tapi sungguh memang Fy tak pernah ada perasaan padanya. Fy cuma anggap dia seorang kawan dan abang yang baik buat Fy,"

[ EDITED VER. ] | One Chance (OG)Where stories live. Discover now