Bab 18

650 40 0
                                    

𝔏𝔬𝔳𝔢 𝔬𝔱𝔥𝔢𝔯 𝔱𝔬 𝔪𝔞𝔨𝔢 𝔱𝔥𝔢𝔪 𝔣𝔢𝔢𝔩 𝔟𝔢𝔱𝔱𝔢𝔯 𝔞𝔫𝔡 𝔰𝔬 𝔱𝔥𝔞𝔱 𝔶𝔬𝔲 𝔰𝔢𝔢 𝔶𝔬𝔲𝔯𝔰𝔢𝔩𝔣 𝔦𝔫 𝔱𝔥𝔢 𝔪𝔦𝔯𝔯𝔬𝔯𝔰 𝔬𝔣 𝔱𝔥𝔢𝔦𝔯 𝔢𝔶𝔢𝔰


                     "Assalamualaikum, kakak ipar kesayangan By! Apa khabar orang di sana?"

Afyna berjalan sehingga ke arah balkoni rumah sambil memandang senja yang mulai kian turun. Seharian di rumah menjadi hari untuk mereka berehat sepenuhnya seketika.

"Waalaikumussalam, By. Alhamdulillah masih sihat walafiat cumanya abang awak tu je lah demam sikit harini. Man down!" Sejurus dia ketawa kecil.

"Demam? Buat apa semalam sampai demam-demam ni? Oksigen dia ok tak tu?"

Afyna hanya muncungkan bibirnya; masih mahu menyembunyikan perihal sebenar. Biar apa yang berada dalam kain terus kekal di dalam.

"Tak ada buat apa-apa. Cuma kami exercise je sikit. Mungkin itu kot puncanya. Tapi By jangan risau. Qhai ok dah. Tengah berehat dan tidur. Baru bagi makan ubat,"

"Kesian dia. Patutlah call tadi tak angkat. Sampaikan salam By pada dia. Kata yang adik wangi dia ni rindu dia sangat-sangat. Ada rezeki boleh lah Qhai dan Jannah hantar By ke airport lusa ni,"

Afyna melihat kalender dan mendapati tarikh Ayana mahu bergerak ke Amsterdan sudah tiba. Pantas betul waktu berlalu. Sejak dia berkahwin, memang banyak perkara yang dia berkongsi rasa dan pengalaman bersama Qhai.

Akhirnya ada juga yang mahu mendengae mulut celotehnya berbicara tentang hal di kampus.

"Insha Allah. Kami pasti akan temani By di airport."

"Ini kali pertama tau By berjauhan dengan dia. Jadi Jannah jagakan dia baik-baik di sini ya? Janji By pada mama masih belum terlunas lagi kalau apa-apa terjadi pada Qhai,"

"By, awak tak bagitahu pun saya tetap akan jaga dia betul-betul seperti nyawa saya sendiri," Dia tersenyum lembut. Mestilah dia faham perasaan seorang darah daging kepada adik beradiknya. Dia sebagai kakak sulung juga akan melakukan perkara yang terbaik buat adik-adik.

Dengan ilmu perubatan di dada, insha Allah dia akan terapkan dan guna sebaik yang mungkin untuk menolong Qhai.

Bunyi air hidung ditarik di hujung talian mengandaikan bahawa Ayana sedang menahan tangisannya.

"Janganlah menangis, By. Tiga bulan je daripada tempoh satu semester di sana. Sekejap je tu. Nanti apa-apa saya akan call By,"

"Baiklah. By nak siapkan barang ni. Kalau sempat By akan melawat Qhai di sana. Sambil-sambil tu By nak angkut barang yang masih tinggal di bilik By tu,"

"Bagus juga! Saya ada masakkan ikan keli masak balado,"

"Ya Allah kecur liur mendengarnya. Ni yang tak sabar nak datang rumah!"

"Fy!" Laungan suara Qhai dari arah bilik tidur menelengkan kepala Afyna ke arah dalam rumah.

"Ya, abang?"

Bluek!

Bunyi Qhai muntah menyebabkan langkah bertukar dengan pantas. Masuk sahaja ke ruangan tidur, Afyna terbuntang mata.

"Ya Allah, abang! Abang ok tak ni?!" Diterpa suaminya yang terduduk di atas lantai.

"Tak sempat nak ke tandas... Dada sakit sangat... Maaf, sayang..." Pandangan serba salah diberikan kerana sudah mengotorkan lantai dan sebahagian daripada cadar katil. Perut yang bergelora tadi tiba-tiba muncul sewaktu dalam tidurnya.

[ EDITED VER. ] | One Chance (OG)Where stories live. Discover now