Bab 43

472 35 1
                                    

𝔐𝔢𝔪𝔦𝔩𝔦𝔨𝔦 𝔦𝔟𝔲 𝔟𝔞𝔭𝔞 𝔡𝔦 𝔲𝔰𝔦𝔞 𝔡𝔢𝔴𝔞𝔰𝔞 𝔞𝔡𝔞𝔩𝔞𝔥 𝔥𝔞𝔡𝔦𝔞𝔥 𝔶𝔞𝔫𝔤 𝔪𝔢𝔫𝔤𝔦𝔫𝔤𝔞𝔱𝔨𝔞𝔫 𝔟𝔞𝔥𝔴𝔞 𝔨𝔦𝔱𝔞 𝔱𝔦𝔡𝔞𝔨 𝔭𝔢𝔯𝔫𝔞𝔥 𝔰𝔢𝔫𝔡𝔦𝔯𝔦 𝔡𝔞𝔩𝔞𝔪 𝔭𝔢𝔯𝔧𝔞𝔩𝔞𝔫𝔞𝔫 𝔦𝔫𝔦



         Henry David Thoreau pernah berkata kebahagiaan adalah seperti rama-rama; semakin kita mengejarnya, semakin ia akan mengelak daripada kita, tetapi jika kita mengalihkan perhatian kepada perkara lain, ia akan datang dan duduk dengan lembut di bahu kita. Kebahagiaan bukan sesuatu yang perlu dicari secara langsung, tetapi hasil daripada kehidupan yang bermakna. Seseorang mesti menjalani perjalanan hidup dengan tujuan dan keyakinan kerana dalam tindakan hidup sepenuhnya dan mendalam, kita menemui kebahagiaan sejati.

Dan dalam perjalanan yang menyakitkan, Allah tak lupa. Allah tak mungkiri janji malah Dia berjanji dalam secebis ayat dalam surah al-Baqarah (2:286).

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Dalam suramnya malam yang kelam akan terbitnya fajar harapan yang terang. Setiap kesulitan yang mendatang akan ada kemudahan yang menyertainya. JanjiNya terucap jelas bahawa tiap duka akan reda. Kesulitan hanyalah titian pemula, menuju kemudahan yang pasti tiba.

Sakitnya yang dulu dianggap bebanan sudah mulai hilang dari prasangka kepada tuhan kerana setiap kesakitan pasti ada ubatnya walaupun hanya secebis doa usaha yang dipohon sebagai penawar.

"Qhai, kan Fyna dah suruh rehat. Apa yang digodeknya buku tu lagi?"

Qhai menjatuhkan buku daripada paras wajahnya sebelum menoleh ke arah Puan Amalina. Wanita yang bergelar ibu mertuanya sedang membawa sedulang berisi makanan. Sup ayam yang enak pada deria baunya membangkitkan selera makan lelaki itu serta merta. Dalam kepayahan, dia berusaha mengukirkan senyuman meskipun tampak lemah. Dia memang gemar baca buku ilmiah untuk mencari ilham dan ilmu dan dijadikan sebagai bahan dalam penulisan.

 Siapa kata yang penulis tidak perlu membaca lagi? Dia perlu meningkatkan pemahaman dan gaya penulisan untuk menarik pembaca di luar sana. Kadangkala dengan penulisan akan mengakibatkan pembaca baru yang mahu mengenalinya tidak akan berminat untuk membaca.

"Umi, kenapa umi hantar makanan sampai ke atas? Qhai ok je turun ke bawah," Serba salah menyerang diri. Dia membuka kaca matanya dan topeng oksigen daripada wajah.

Malam tadi kesihatannya berubah mendadak, mungkin kerana kepenatan akibat penerbangan mahupun perubahan cuaca dan masa. Dan ditambah pula oleh hama kucing yang mereka pelihara sejak dulu lagi.

Setelah memberikan sedikit vitamin dan ubatan, dia beransur baik setelah menjelangnya pagi tetapi tidak dapat melegakan hati Afyna yang masih runsing. Walaupun sudah berat dengan membawa satu lagi nyawa, dia tetap mahu menjaga kebajikan suaminya sementara mereka di sini. Jadi dia mahu Qhai berasa selesa di tempat yang baru.

"Umi tengok macam tak ok je lagi tu. Maafkan umi sebab kucing dalam rumah ni buat pernafasan Qhai terganggu. Jangan rasa terbeban ya, sayang? Selagi umi dan abah hidup, kami akan pastikan anak-anak akan mendapat kasih sayang yang secukupnya." Puan Amalina meletakkan dulang di atas meja lampu sebelah katil sebelum duduk di birai katil. Dia lagi banyak makan garam jadi dia tahu apa yang terlintas di fikiran anak muda ini. Berlakon kuat bukan bermaksud tak merasa sakit, tetapi kerana tak mahu membebankan orang lain dengan penderitaan sendiri.

"Tak apa, umi. Setakat sakit macamni Qhai dah biasa. Tak boleh nak bandingkan dengan kudrat umi yang perlukan banyak rehat daripada Qhai," Dia cuba untuk mengawal riak mukanya daripada rasa terkesan dengan kata-kata Puan Amalina.

[ EDITED VER. ] | One Chance (OG)Where stories live. Discover now