Bab 19

531 34 1
                                    


"𝔇𝔬𝔞 𝔱𝔦𝔡𝔞𝔨 𝔥𝔞𝔫𝔶𝔞 𝔪𝔢𝔫𝔤𝔲𝔟𝔞𝔥 𝔰𝔢𝔰𝔲𝔞𝔱𝔲 - 𝔦𝔱𝔲 𝔶𝔞𝔫𝔤 𝔪𝔢𝔫𝔤𝔲𝔟𝔞𝔥 𝔨𝔦𝔱𝔞. 𝔍𝔦𝔨𝔞 𝔨𝔦𝔱𝔞 𝔱𝔢𝔨𝔲𝔫 𝔪𝔢𝔫𝔠𝔞𝔯𝔦 𝔗𝔲𝔥𝔞𝔫, 𝔭𝔢𝔯𝔩𝔞𝔥𝔞𝔫 𝔡𝔞𝔫 𝔭𝔞𝔰𝔱𝔦, 𝔨𝔦𝔱𝔞 𝔪𝔢𝔫𝔧𝔞𝔡𝔦 𝔬𝔯𝔞𝔫𝔤 𝔶𝔞𝔫𝔤 𝔩𝔢𝔟𝔦𝔥 𝔟𝔞𝔦𝔨."



"Pergi tempat orang jangan nak memandai-mandai ya? Bawa adab dan agama dengan baik. Qhai percayakan By," pesan Qhai sambil tak lepas memeluk Ayana di hadapan pintu balai lepasan lapangan terbang.

Ayana ketawa kecil. Tahu lah ini pertama kali dia akan berhijrah ke tempat orang.

"Baik, Qhai. Qhai pun jaga diri tau. Sayang nyawa macam mana Qhai sayangkan By. Dah janji kan nak tengok By graduate?"

Qhai hanya mengangguk. Berat dia mahu membuka mulut menahan rasa pilu saat terpaksa melepaskan adiknya pergi jauh ke negara orang yang entah tak tahu macam mana tempatnya.

"Abang, bagi lah Fy peluk By pula," Terpaksa dia menolak lembut Qhai ke tepi.

Afyna di belakang pula mengambil peluang untuk memeluk Ayana sebagai tanda perpisahan sementara. Bukan main Qhai tak nak lepaskan adiknya sampai dia tak ada peluang nak ucapkan selamat jalan.

Selepas menghantar Ayana sehingga gadis itu selamat masuk ke dalam, mereka mulai beransur pergi.

"Ada nak pergi mana-mana?"

"Jom lah dating, abang. Dating kat supermarket. Nak kena beli barang dapur sikit," Disauk lengan Qhai dengan sorotan pandangan yang manja. Qhai ketawa mendengar tempat mereka ingin meluangkan masa.

Biasalah orang dah berkahwin memang akan sering ke tempat macamtu. Lainlah belum kahwin, bawa anak orang ke sana ke sini di tempat mahal-mahal.

#Donebitter #authorsingle

"Selalunya abang guna personal shopper je. Tak perlu pun nak susah-susah ke pasar untuk membeli."

"Ala Fy nak merasa pengalaman pertama pergi ke pasar as a wife. Boleh lah ya? Cari bahan untuk masak seminggu ni je. Lepastu kita pergi dating tempat lain,"

"Hm ye lah," Qhai tidak banyak songeh tentang hal ni. Dia bawa sahaja ke mana Afyna mahu pergi asalkan mereka berdua bersama sentiasa.

Pintu kereta dibuka sebelum Qhai masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Afyna mahu masuk, badannya seolah ditarik seseorang dengan kasar dan pantas.

"Ouch! Apa ni?! Sakitlah-... D-Daniel?"

"Oh jadi kau kat sini ya, sayang?" Daniel tersenyum senget. Memang rezeki dia dapat berjumpa dengan Afyma secepat ini. Setelah dia terlihat sesosok tubuh yang dikenali bersama seorang lelaki membuatkan hatinya bertambah berang dan panas.

Ada hikmah lah kenapa dia ringan kaki untuk hadir ke lapangan terbang setelah menghantar pemergian kawannya yang tiba-tiba ada kecemasan dan terpaksa pulang ke tanah air.

"Seronok lah ya dah musnahkan hidup orang lain?!"

Pang!

[ EDITED VER. ] | One Chance (OG)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora