-12-

281 35 7
                                    

IMBAS SEMULA

Wajah berambut kelabu dengan tona kelabu keperakan itu dipetakan baik-baik oleh Ara didalam kotak ingatannya sejak pertemuan pertama mereka di hadapan ruang legar pusat membeli belah tersebut.

Hal yang diingati Ara adalah bagaimana pemuda tersebut memiliki bau khusus yang persis seperti yang dimiliki oleh Eiiden dan Aiiden namun hal terpenting daripada segalanya adalah bagaimana wajah Eiiden dan Aiiden serta Mark yang berubah dan saling bertukar pandang lalu mengerlingnya dengan riak kerisauan yang sangat sukar untuk disembunyikan.

Dan jika raut wajah tiga saudaranya itu berubah sedemikian rupa-hanya satu hal yang menyebabkan ia berlaku. Masalah. Lagi! Jika sahaja suasana aneh itu tidak tertangkap oleh ekor matanya, pasti dia akan membiarkan sahaja hal tersebut dan terus berpura-pura bahawa dia tidak apa-apa.

Hakikatnya, selama ini yakni sebaik sahaja dia tersedar pada suatu malam dihadapan wajah belasan wajah yang menatapnya dengan pandangan gusar-dia memang tidak pernah berada dalam keadaan yang baik.

Secara zahirnya dia memang tidak apa-apa dan langkah goyahnya semakin berkurangan beberapa bulan setelah menjalani pemeriksaan dan fisioterapi dibawah pemantauan doktor pakar tetapi ada sesuatu yang sangat mengganggunya.

Mula-mula sekali adalah suara-suara aneh yang sentiasa berada di dalam kepalanya sehingga ada ketikanya, dia beranggapan dia sudah tidak lagi waras.Lalu kepada kenyataan bahawa dia langsung tidak mengingati sebahagian daripada masa silamnya tetapi ada ketikanya pintasan-pintasan aneh mengganggu fikirannnya seperti mimpi yang amat samar.

Hanya beberapa bulan yang lepas itupun secara tidak sengaja dia terdengar perbualan diantara Eiiden dengan doktor peribadi Rumah Agam bahawa berkemungkinan besar kehilangan sebahagian ingatanya itu adalah disebabkan oleh dia pernah berada dalam keadaan koma hampir setahun lamanya.

Bayangkan. Sentiasa seperti ada yang kurang entah apa. Malahan pintasan-pintasan aneh yang sesekali melintas di kotak ingatannya seperti serpihan teka-teki yang tidak diketahui jawapannya tetapi kerana tidak mahu mereka yang lain risau dengan keadaannya, Ara mencuba untuk mempamerkan kepada seluruh Rumah Agam dan Istana Besar bahawa dia baik-baik sahaja dengan keadaannya ketika itu.

Kadangkala dalam keadaan dia tidak mengingati sebahagian daripada masa lampaunya adalah antara perkara yang disyukuri Ara kerana jika melihat bagaimana ada ketikanya seluruh
Rumah Agam malah Istana Besar memerhatikannya dalam keadaan yang pada hemat Ara sedikit berlebihan,dia tidak tahu apa yang sudah berlaku lama sebelum ini.

Dan jika mengingat garis risau yang jelas pada pandangan mata Eiiden dan yang lain-lain, dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan mereka daripada pengetahuannya terutama sekali jika ia bersangkutan dengan pemuda berlesung pipi itu.

Dan Ara tahu. Sedikit sebanyak pemuda itu mempunyai jawapan kepada sekian banyak persoalan yang menghantui  Ara sejak kebelakangan ini tentang siapa dia yang sebenarnya.

" Tak sangka cepat juga Ara menemui
saya. "

Begitu kata si pemuda yang duduk bersandar nyaman ke batang pohon sambil tertawa kecil seakan-akan sudah menduga kedatangan Ara lewat petang itu. Mahu atau tidak, Ara harus mengakui bagaimana pemuda itu mengetahui kedatangannya adalah satu perkara yang mengejutkan.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now