-24-

260 25 17
                                    

Aiiden menjadi orang terakhir yang memasuki bilik kawalan utama itu menutup kembali daun pintu dengan senyap tetapi hanya Vixx yang menoleh dan pantas pemuda berbangsa Nymph itu mengisyaratkan sesuatu dengan kepalanya agar Aiiden tidak bertanya apa-apa.

Di hadapan panel komputer utama, Mark yang selalu terampil dengan riak wajah tenang dan lembut itu sudah tidak perduli tentang yang lain-lain kerana baginya kegagalan majlis sebentar tadi yang diakhiri dengan mereka terutamanya Eiiden menundukkan kepala hampir 90 darjah sebagai representasi permintaan maafnya kepada semua tetamu yang menatap pemuda tersebut bagaikan dia telah melakukan kesalahan nan tidak tertanggungkan itu adalah kesilapannya kerana gagal melindungi perisian tersebut daripada digodam oleh susuk tidak tahu diri itu.

Kot hitam yang menyarung tubuh Mark sudah tidak ada menyisakan hanya kemeja putih itupun sudah dibuka dua kancing paling atas dengan tali lehernya terjuntai tidak seimbang sementara lengan kemeja tersebut digulung sehingga ke paras siku. Jari-jemari kurusnya berlari pantas diantara kekunci digital di hadapannya sambil matanya tidak lepas-lepas daripada skrin besar yang terpampang di hadapan mereka ketika itu.

Eiiden juga tidak bersuara apa-apa kerana dia tahu apa sahaja yang dikatakannya ketika itu tidak akan membantu menyamankan hati sang sahabat. Dia sedar dan sangat pasti Mark menyalahkan dirinya sendiri di atas kejadian tersebut.Apa yang boleh dilakukan Eiiden hanyalah mencengkam bahu Mark dan dapat dirasakannya otot bahu pemuda itu kaku menandakan dia sangat tertekan tatkala itu.

Vixx hanya menggelengkan kepala apabila menyedari Aiiden sudah berdiri disebelahnya sambil melonggarkan tali leher yang bergantung di bawah dagunya. Usai membuka kancing baju kemeja yang melekap pada pergelangan tangannya, pemuda itu menarik lengan baju tersebut ke atas siku dan menyertai yang lain-lain berdiri menghadap panel skrin digital di hadapan mereka itu dengan menyilangkan tangan di hadapan dada.

Jika Aiiden, Vixx dan Eiiden mengapit Mark yang menekan kekunci digital dengan wajah kelat, Rein pula bercekak pinggang di hadapan skrin besar di belakang N dengan Ken sedang duduk di atas kerusi juga sibuk memutarkan semula rakaman kamera litar tertutup untuk sepanjang tempoh 48 jam sebelum majlis pelancaran tersebut bagi mencari bukti dalang yang merosakkan rancangan mereka selama bertahun-tahun itu.

Jengkel Ken usah dikata lagi. Wajahnya yang selalu tenang dengan nuansa ulat buku azali itu berkerut seribu sehingga keningnya bercantum di tengah dahi. Jika dapat ditangkap sahaja dalang tidak tahu diri itu, tidak teragak-agak Ken untuk melayangkan penumbuk sekali dua. Biar berdarah juga dia tidak perduli.

Namun sama seperti Eiiden, walau betapa jengkel pun Ken dia tidak mahu berkata yang tidak-tidak demi menjaga hati Mark kerana tampak sekali pemuda itulah yang paling terpukul dengan kejadian tersebut walaupun mereka bertujuh menyatakan kepercayaan penuh seratus peratus terhadapnya.Kerana bagaimana mungkin sahabat mereka itu melakukan hal tersebut kepada usaha bertahun-tahun tersebut? Mustahil malah sangat-sangat mustahil Mark akan melakukan hal begitu kepada saudara-saudaranya sendiri!

" Alamat protokol internet
10.1.1.150 !"

Mark melonjak sambil mengenggam penumbuknya dengan rahang kaku seperti senduk apabila sederet angka muncul di permukaan skrin besar di hadapan mereka ketika itu dan dalam masa yang sama satu tanda berupa titik merah berkelip-kelip di sudut kiri menandakan koordinat tempat di mana penggodam tersebut berada sudah berjaya dikesan.

Tanpa berkata apa-apa, Mark menyambar kunci kereta disertai oleh Eiiden dan juga Ryu kerana bimbang pemuda Alfa Evas itu hilang pertimbangan waras buat seketika. Jika sahaja mereka tidak mempercayai Mark sepenuhnya, pasti sukar untuk menolak rasa wasangka yang terbit kerana jelas sekali sistem tersebut telah ditembusi oleh virus yang sangat menyerupai virus rekaan Mark malahan telah ditambahbaik beberapa kali.

Last Hunter :  DistopiaWhere stories live. Discover now