Ep 4 [Buku Emas]

716 81 13
                                    

"Baiklah sebelum mula,kami akan bagitau nama kami dulu" kata Taufan

"Macam yang aku cakap tadi,nama aku Taufan dan aku...kembar kenapa tubuh yang kau duduki sekarang ini" kata Taufan lagi menbuatkan Boboiboy terkejut dan hairan

"Ya aku tahu,muka Gegem dan aku tak seiras sebab kita kembar tak seiras" kata Taufan

"Jadi...dorang ni pun kembar?" Kata Boboiboy menunjuk Blaze dan Thorny

"Betul Tuan Puteri" kata Yaya membuatkan Boboiboy mengangguk faham

"Boleh tak Erm jangan panggil nama tu?rasa janggal" kata Boboiboy memegang lehernya

"Tak boleh kak Gem,kak Gegem kena terbiasa sekarang sebab jika kami panggil dengan nama 'Boboiboy',apa yang abang Kaizo akan cakap nanti?"kata Thorny membuatkan Boboiboy mengeluh lalu mengangguk

"Tak apa Thorny,kalau kau rasa janggal kami boleh panggil nama kau bila kita sahaja ada tapi tolong benarkan kami panggil nama Gegem bila depan yang lain"

"Baiklah,jadi Erm nama kau ying dan Yaya? Pembantu Aku?dan dua kenbar ni adik aku? Dan kau kembar aku?" Kata Boboiboy membuatkan semua mengangguk

"Untuk saat ni kami akan panggil kau dengan nama kau,jadi biar aku terangkan tentang kenapa kau boleh ada di sini" kata Taufan lalu menyuruh Thorny mengeluarkan sesuatu

Bertapa terkejutnya Boboiboy apabila dia melihat apa yang Thorny keluarkan

Kotak coklat itu?!

"Eh,I-ini!"

"Ya,mungkin inilah kotak yang kau juga jumpa itu di Erm dunia kau"kata Blaze lalu membuka kotak itu dan terus mengeluarkan sesuatu di kotak itu

"Na-nanti! Kamu boleh buka kotak ni?!" Tanya Boboiboy masih terkejut dan dia melihat Blaze mengeluarkan satu buku usang berwarna emas

"Semalam kami tak boleh buka tapi lepas kak Gegem baca tulisan ni" kata Thorny sengaja menggantungkan ayatnya lalu menyentuh tulisan di belakang kotak itu

"Ini...semalam pun aku terbaca tulisan tu" kata Boboiboy turut menyentuh tulisan itu

"Eh..tulisan dia lain.." kata Boboiboy setelah meneliti tulisan itu

"Apa maksud kau?"

"Maksud aku,semalam rasanya ayat yang aku baca tu menyuruh aku untuk 'datang' tetapi ini..dia tulis 'tarik masuk'" kata Boboiboy lalu dia pun membaca ayat itu

Cahaya menyinari kegelapan,
Dendam cinta penyebab kehancuran,
Maka hilang lah cahaya dalam dirinya,
Maka hilanglah kegembiraan dalam dirinya
Kegelapan akan menelan cahaya
Dan kesunyian akan menghantui kegembiraan

Wahai sang puteri dari alam lain,
Akan ku tarik kau ke sini dan ku berikan kau satu perjanjian,
Ku berikan kau diriku ini tetapi ingatlah,
Bersumpah dan berjanjilah bahawa kau akan memberikan cahaya ini kepada dia,
Ku mohon datanglah ke sini,
Ku..menyeruh mu

"Memang ayat dia lain,yang aku baca lain dari yang ini" kata Boboiboy setelah dia selesai membaca ayat itu.

"Boleh Pu- Erm boleh kau ingat balik apa yang kau baca semalam?" Tanya ying pula

"Kejap rasanya ayat dia macam.. apabila cahaya cuba mendekati kegelapan,maka hilanglah kegelapan yang ada dalam dirinya,maka hilanglah kesunyian yang ada dalam dirinya,cahaya akan menerangi kegelapan dan ermm..kegembiraan akan menghilangkan kesunyian"

You and Me Where stories live. Discover now