Ep 21 [ Majlis Tarian ] {2}

561 71 21
                                    

"Saya..nak menari dengan siapa?"

Kelihatan wajah Icy yang sedih sambil memandang ke arah dewan tarian dan itu juga membuatkan Thorny ikut sama memandang ke arah dewan tarian

Thorny diam dan berfikir tapi tak lama lepas tu dia memandang ke arah abangnya yang berdiri tak jauh dari dia dan Icy

Satu idea terlintas di fikiran dia membuatkan dia tersenyum penuh makna

"Icy! Apa awak akan terima siapa-siapa sahaja yang ajak awak menari?"

"Eh?..Erm..ya"

Thorny pun tersenyum gembira lalu memandang Blaze yang terkejut memandang dia

Thorny tadi berkomunikasi dengan Blaze sewaktu dia menanyakan soalan kepada Icy

"Thorny! Kita datang ke sini bukan untuk berseronok"

"Ala boleh lah abang,kesian dia tak ada pasangan"

Kelihatan Blaze diam sedang berfikir dan tak lama lepas tu dia pun mengeluh perlahan

"Haih..Iyalah..sementara tu kamu pula gantikan tempat abang di sini"

"Baiklah~"

————
————

"Sudikah Tuan Puteri menari dengan saya?"

Icy terdiam dan terkejut memandang ke arah Blaze yang berada di depannya itu,dia sangat tidak sangkah Blaze akan mengajaknya menari

Dengan perlahan dia menyambut huluran tangan Blaze

"Tapi..saya tak pandai menari.." balas Icy dengan nada perlahan

"Tidak mengapa Tuan Puteri,saya akan ajar awak" kata Blaze sambil tersenyum

Dia pun memegang tangan Icy lalu menyuruh Icy memegang bahu dia dan sebelah tangan lagi dia genggam lalu dia angkat ke atas

Tangan kiri Icy di bahu Blaze dan tangan kanan memegang tangan Blaze manakala tangan kiri Blaze memegang tangan Icy dan tangan kanan dia memeluk pinggang Icy

Dengan perlahan mereka mula menari,satu demi satu langkah mereka ambil

"Ah! Maaf.." tiba-tiba Icy terpijak kaki Blaze dan itu membuatkan dia menunduk malu

Dia berasa bersalah dan malu di tambah lagi orang sekeliling mereka sedang memerhatikan mereka

"Tidak mengapa,jangan menunduk..tetap lah angkat kepala awak" kata Blaze memegang perlahan dagu Icy menyuruh Icy memandang dia

"Baik///" balas Icy sedikit malu

Tangan Icy bergetar,dia takut terbuat silap lagi dan getaran di tangan Icy disedari oleh Blaze

Dia pun semakin menguatkan genggaman tangannya memegang tangan Icy

"Jangan takut,bayangkan lah hanya kita berdua di majlis tarian ini" kata Blaze

"Hanya awak dan saya" Icy memandang mata Blaze

Mata biru Icy bersinar indah apabila mengenai lampu dewan itu

"Boleh kan?" Tanya Blaze

Icy tersenyum lalu mengangguk

Blaze pun memusingkan badan Icy lalu kembali memeluk gadis itu

Tiba-tiba..

You and Me Where stories live. Discover now